Pain & Blessed in Me 11 : Update 2014 (latest update 26/4/2014)

ِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalammualaikum,

Dah lama sungguh aku tidak update mengenai penyakit ekzema aku..alhamdulillah ekzema aku dah banyak baik berbanding dulu2..cumanya aku seperti biasa tidak boleh makan ketam, udang, sotong dan cili api.

Kadang-kadang ekzema aku naik jugak tak tahu la kenapa. Pastu gatal-gatal tetap ada, tak banyak pon sikit la..nak tahan daripada menggaru tempat ekzema tu ya ALLAH hanya ALLAH dan pesakit ekzema lain je la yang tahu especially ekzema yang teruk sikit dari biasa. Seksa betul..hmm sebab musababnya terjadi terlalu banyak boleh jadi faktor makanan, genetik, persekitaran, stress dan pelbagai faktor lain.

FOOD

Mesti orang pelik asal tak boleh makan cili api orang lain elok je, lantak korang la penat aku kalo nak layan perasaan orang je perasaan aku sapa yang nak jaga pulak..ok settle.. 

Camni la kalo tak boleh makan cili api aku still boleh makan cili lain contohnya cili thai, cili akar..tak semestinya semua masakan kita perlu atau wajib guna cili api boleh juga pelbagaikan dengan cili lain..Be creative man!

As for prawn and sotong aku boleh jugak makan cikit-cikit berbanding ketam dan cili api. Selain itu aku juga allergik kepada perisa tambahan dalam makanan. Bukan la tak boleh langsung tapi perlu dikurangkan especially jika ekzema aku tengah teruk.

Mee segera jenama Maggi especially la kulit aku tak tahan sangat, kalo jenama lain dia ok lagi la..boleh la tahan..maybe penambah perisa atau MSG dia banyak sangat kot..

SKINCARE ROUTINE

Ekzema di muka aku alhamdulillah dah tiada mungkin juga sebab aku guna organic soap as 2 in 1 cleanser (face+body) ni die backtonature review-1 dan backtonature review-2 . Ada juga aku pakai Elianto facial cleanser (yang untuk kulit kering tu) tapi tak selalu la. Jarang sangat aku guna. Ada dalam post aku yang lepas-lepas aku cerita pasal organic soap tu.

For facial scrub aku guna avon. Scrub badan aku guna sari ayu tapi bukan la satu badan nak scrub sebab takut scrub tu mengeringkan kulit pulak especially bahagian yang prone to ekzema so takde la.Untuk my facial daily routine aku guna cream olay total effect, lotion/toner dari hada labo. aku tak buat lagi review pasal produk2 berkenaan kan..lupa la..nanti kalo aku rajin aku buat review tau..

itu je yang aku pakai buat masa ni. aku penah jugak try produk buatan malaysia Neesya kot kalo tak silap sebab dia bagi trial pack yang kecik tu ok jugak aku try memang best tapi aku as usual tiada budget sebab aku still student lagi. tu pon aku tak review tapi memang sesuai untuk kulit aku serius. Daripada Nova pon aku penah try cuci muka trial pack jugak dapat free, s8 kot kalo tak silap bekas dia warna hijau memang best sangat2 krim dia, cuci muka everything la..memang rasa kulit tu lembut je. Sebagai seorang student belum mampu lagi aku untuk pakai produk harga sebegitu..huhu..

So kalo korang nak try boleh pergi beli memang berbaloi beli produk tu. Itu je kot aku nak cerita buat masa ni..

MEDICATION

untuk ubat aku dah tak pakai sangat steroid cream unless kalau ekzema aku macam teruk sebabnya aku tak nak terlalu bergantung pada steroids cream je..

once in a while ada jugak ekzema teruk datang dan kena letak yang ubat cair warna ungu tuh sampaui ekzema tu kering la kan..biasa la..sebabnya seperti biasa maybe makanan dan faktor2 lain..

aku ada jugak ambik supplement sekarang ni aku tengah cuba makan virgin coconut oil mana tahu sesuai untuk kulit ekzema kan..product catalyst cumanya aku baru makan yang original aku ingat nak cuba yang campur dengan minyak aprikot ke kan tapi belum ada budget lagi..hehe..nanti kalo ada perubahan aku update tau..

ok la jumpa lagi..

~stay strong people~

xoxo

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z