Rindu Kekasihku Terpuji

Aku rindu kamu, Kekasihku Terpuji,

Aku rindu kamu.

Aku rindu sebut namamu.

Aku rindu senyumanmu.

Aku rindu cakap denganmu.

Aku rindu kau panggil namaku.


Tajuk diatas, Kekasihku Terpuji adalah maksud nama dia. Sedapkan nama dia.

Dulu aku selalu sebut nama dia, nama penuh dia. Kebanyakkannya dalam hati tapi kadang kala ada juga terluah di mulut aku . Aku kalau sayang seseorang aku akan selalu sebut nama penuh dia. 

Dengan harapan dia dapat rasa aku sebut nama dia, dapat tahu aku rindu dia. Kalau tak silap aku, kalau salah maafkan lah ye..

Ustaz Don ada cakap kalau rindu seseorang kita bacakan al-fatihah. Macam dalam gambar di bawah ni. Aku baca macam tu dengan harapan ALLAH sampaikan rasa rindu tu pada dia.

Kalau siapa-siapa yang tak tahu boleh baca post aku yang ini IM4U.
(Dalam post IM4U aku lupa nak cerita actually aku ada beli cincin for myself konon-kononnya aku ni dah berpunya gitu sebab aku sayang sangat kat dia kan. Aku ni jenis yang tak berapa suka sangat pakai gelang tangan atau rantai ke cincin kecuali for special occasion. Kalau nak tahu cerita lebih lanjut baca pada post IM4U)





Sebenarnya aku takut sangat nak rindu dan sayang pada orang yang bukan milik aku, bukan jodoh aku. Sebab tu aku selalu doa pada ALLAH tentang aku dan dia. Mintak petunjuk dari ALLAH. 

'Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta. Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..'


Sebab aku tak nak jadi macam dulu. Cinta pada seseorang tapi tak berlandaskan pada ajaran Islam.



Aku kalau dah sayang seseorang tu susah sangat nak lupa mengambil masa lama nak lupakan kecuali kalau dia ada buat salah besar.

Sekarang pun aku ada juga sebut nama dia tapi aku cepat-cepat ingatkan diri aku bahawa dia dah tiada buat selama-lamanya. "Dia dah tiada.... dia dah tiada...." 

Jadi dia takkan rasa aku rindu dia, cumanya aku hadiahkan al-fatihah pula kali ini bukan seperti dulu. Aku hadiahkan dia al-fatihah dalam doa aku. Setiap hari khamis dan juga pada hari-hari dimana aku rasa rindu sangat-sangat dengan dia aku hadiahkan Yassin.

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z