DRIVER DI MALAYSIA KURANG ADAB??



ASSALAMMUALAIKUM,

Aku tak faham kadang-kadang dengan driver dalam malaysia ni. 

Kalau balik keje dah la jem yang korang bawak macam tak tentu arah kenapa? Sampai simpang pun kau tutup, abis tu camne kereta lain nak masuk simpang tu? 



Dah tau jem kan sila la BAWAK-BAWAK LA BERSABAR (ke perlu aku cakap beristigfar bagi orang islam) . Macam la kau sowang je yang nak menuju ke destinasi yang kau nak tuju tu. Adoyai.. 

Lagi satu aku tak faham perangai driver.. Ada satu hari tu pagi pulak tu, aku tak faham kenapa driver tu nak meroyan dekat aku. Aku drive hendak menuju ke bulatan kecil dalam taman rumah aku. Orang meroyan tu pulak dari arah simpang lain dan ada dalam bulatan tu.

Tiba2 hon-hon pastu angkat tangan kat aku? Aku takde buat ape2 pun. Kereta aku jauh nak mampus lagi dari kereta dia tak sampai lagi pada bulatan tu pun. Mood dia yang tak betul pagi tu kemudian nak libatkan orang, nak lepaskan dekat orang lain.



Aku rasa orang-orang camni la kot yang MENINGKATKAN FAKTOR-FAKTOR KEGANASAN di dalam traffic in Malaysia. Mana taknya kalau orang lain yang kena aku rasa mungkin pak cik yang meroyan tu dah kena belasah dah. Alhamdulillah aku boleh bersabar lagi dengan pak cik meroyan tersebut.

Ye YANG MEROYAN TU seorang pak cik dalam lingkungan 40-50 an if i'm not mistaken. Bukan perempuan tau.

APA YANG AKU PERHATI MOSTLY MEREKA YANG TAK TENTU ARAH TU TAK SABAR.

" Reader’s Digest had ranked Kuala Lumpur almost at the bottom of a list of least courteous cities, placing it at 34th place out of 36 major cities in the world. Six years ago, this same magazine had placed Malaysia’s rudeness level at 33 out of the 35 countries ranked " - themalaysiantimes.com


Melaui pengalaman aku lagi, orang lain dah la beratur panjang nak masuk simpang tu kau boleh pulak SELAMBER BADAK buat line baru then potong kereta lain. That's is very rude of you!


Kalau traffic light tu dah lampu merah yang kau nak pergi terjah KENAPA?? Orang camni la yang meningkatkan lagi FAKTOR-FAKTOR KEMALANGAN di Malaysia ni.

SEKALI LAGI AKU INGATKAN BAWAK-BAWAK LA BERSABAR. Nyawa korang ni ada satu je bukan dua.

Ok la, korang dah maklum kalau balik mesti jem, so better fikir apa yang aku patut buat dalam jangka masa jem tu?

Maybe dengar music boleh buat korang chill or dengar radio Ikim.fm (bagi orang islam) lagi tenang jiwa raga tu. Siap sediakan makanan mana tau lapar. Ye la lapar pun boleh buat orang marah kan kadang-kadang. 

Kalau orang nak berak or terkencing tu nak cepat sangat tu aku faham la tapi ...

CONCLUSION: PLEASE LA SABAR SEMASA DRIVE. YOU ALL NEED TO CHILL WHILE DRIVING OK.
 

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z