Masih liar

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku tak tahu apa patut aku buat. Aku rasa aku semakin parah. Semakin aku nak jadi orang yang lebih baik lebih banyak dugaan datang. Dugaan dalam diri aku sendiri. Nafsu marah aku seperti tak dapat nak dikawal. Nafsu marah aku seperti usia aku masa muda-mudi dulu. Rasa nak marah semua orang. Tak kira la orang pandang ke apa ke. 

Kalian tahu kan, nafsu marah aku jadi lebih teruk semenjak aku kerja di stor sekarang ni. Tapi orang sekeliling tak tahu. Mesti mereka fikir aku memang pemarah. Orang yang suka marah-marah. Aku malu dengan diri aku. Aku malu dengan rakan sekerja aku tapi aku tak dapat nak kawal. Mungkin syaitan dah berjaya mengalahkan aku. 

Syaitan pasti tergelak sekuat hati melihat aku. Suka sangat syaitan. Sebab dah berjaya buat aku kuat marah semula. Aku rasa nafsu marah aku dah jadi liar semula. Dulu aku berjaya jinakkan. Tapi kini dia dah terlepas lagi. Mesti orang akan pandang serong dengan aku. Mesti orang fikir budak ni tudung je labuh tapi perangai macam haram. 

Daripada orang nak jadikan aku calon terus kena reject 😂😂😂. Serius tau. Ni bukan perkara main-main. Hanya aku sorang je perasaan perubahan diri aku. Keluarga atau rakan-rakan (ada ke aku rakan??LOL) memang tak tahu. Kalau keluarga memang dah tahu aku dari kecik memang kuat marah. Jadi dieorang ingat itu perkara biasa. Aku rasa la.

Kadang aku fikir munafik ke aku?! Berpakaian macam kononnya baik. Tapi perangai macam haram. Aku kalau orang tak kacau aku, insya ALLAH aku pun ok tak marah. Tapi bila start orang kacau aku. Mula la aku nak marah. Especially di tempat kerja la. Aku dah tahan dah. Kalau aku diam lagi mereka pijak kepala. Apa patut aku buat lagi.




Dieorang cakap dulu ramai lelaki kerja stor tu, sekarang mostly perempuan. Adakah kerana aku penat kerja angkat kotak berat-berat semua menyebabkan aku lagi nak marah? Could be. Perempuan yang kerja kat situ dah jadi macam laki tau kena angkat berat-berat. Sampai ada kes tau sorang akak ni rahim die dah nak keluar. Alhamdulillah die sempat berurut dulu. Akak tu dah kahwin ada anak semua mungkin tu yang lebih menambah kan lagi. Untuk perempuan yang belum kahwin aku tak sure la pulak, mungkin rahim boleh jatuh jugak kot. Bahaya kan perempuan angkat berat-berat. Nak buat macamana takde lelaki kat situ. 

Kalau ada, tak tolong pun, dok tengok je macam takde apa-apa. Hangin pulak aku tengok. Mana aku tak marah kerja situ. Banyak sangat faktor yang menyumbangkan untuk aku marah.

Berbalik pada nafsu marah aku tu. Aku harap sangat aku dapat kawal semula. Memang ujian sungguh. Kalian tolong doakan sekali ya aku berjaya kawal nafsu marah aku ni. Aku tak nak orang cakap aku munafik. Jalan untuk aku istiqamah sungguh berliku pula. Susah kan nak jadi baik. Nak jadi jahat senang sangat. Bila kita nak jadi baik, nak cari redha ALLAH lagi banyak dugaan datang.

Mohon doa semua orang untuk aku mengawal nafsu marah aku. Moga ALLAH membalas jasa kalian yang mendoakan aku.


"Maaf aku bukan orang yang kuat, aku tak berjaya menahan marah"

-Hanna

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z