Posts

Showing posts from July, 2010

Don't Judge a book by it's cover

Image
kenapalah aku ni senang percaya pada kebaikan orang...orang baik sedikit mula la aku ingat die baik...tapi hakikatnya tidak semua yang perbuatannya baik bagi kita dia sebenar-benarnya baik...hati dan niatnya kita tidak tahu..hanya ALLAH sahaja yang mengetahui...dan begitu juga sebaliknya tidak semestinya perbuatannya jahat di mata kita.Kita dengan sewenang-wenangnya berkata dia jahat. Mungkin dia juga baik..hanya ALLAH sahaja yang mengetahui..kadangkala kita melihat seseorang melalui pakaiannya..kita lihat die berpakaian seperti gangster tetapi kita tidak tahu hatinya dan perangai sebenarnya bagaimana. Mungkin pakaiannya hanya begitu tetapi sebenarnya baik. Ada juga sebaliknya, dimana kita lihat dia berpakaian seperti alim ulama tetapi bila kita kenalinya rupa-rupanya lain. Ada pepatah inggeris yang berkata " Don't judge a book by it's cover" ...itulah maksud pepatah ini.

Kasih dan Cinta dalam Islam

Image
“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau sedang bercinta dengannya?”, maka dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)”   “…Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di antara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yang berkekalan. Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih sayang yang terjalin terhadap seorang wanita tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita bukannya objek yang boleh diperalatkan. Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir, apakah pasangan seperti ini mampu melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin nanti? Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal berlaku satu hari nanti?…” __________________

Open Your Eyes

Open Your Eyes Lyrics By: Maher Zain Look around yourselves Can’t you see this wonder Spreaded infront of you The clouds floating by The skies are clear and blue Planets in the orbits The moon and the sun Such perfect harmony Let’s start question in ourselves Isn’t this proof enough for us Or are we so blind To push it all aside.. No.. We just have to Open our eyes, our hearts, and minds If we just look bright to see the signs We can’t keep hiding from the truth Let it take us by surprise Take us in the best way (Allah..) Guide us every single day.. (Allah..) Keep us close to You Until the end of time.. Look inside yourselves Such a perfect order Hiding in yourselves Running in your veins What about anger love and pain And all the things you’re feeling Can you touch them with your hand? So are they really there? Lets start question in ourselves Isn’t this proof enough for us? Or are we so blind To push it all aside..? No.. We just have to Open our eyes, our hearts, and minds If we just

Kesatlah Air matamu Wanita

Image
“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.” Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah. Menjadi seorang isteri….kepada insan yang disayangi…..idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku. Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang la

Erti Disebalik Kesetiaan

Image
Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih. Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati… Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita