Posts

Showing posts from January, 2010

Dengkur

Image
Dengkur yang berlaku akibat getaran tisu di laluan pernafasan, turut mengganggu pasangan. Penghidap gangguan tidur Obstructive Sleep Apnea berisiko serangan jantung, strok Ramai beranggapan dengkur hanyalah gangguan tidur yang jika memudaratkan dan sekadar menjejaskan tidur pasangan. Tidak kurang yang memandang ringan dengan menganggap masalah dengkur itu berlaku akibat getaran tisu di atas laluan pernafasan. Bagaimanapun, dengkur bukan lagi masalah biasa, sebaliknya serius apabila anda berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih setiap kali berdengkur. Keadaan itu dikenali gangguan tidur (Obstructive Sleep Apnea - OSA). Sejauh manakah serius atau kroniknya masalah ini? Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pantai Ampang, Dr Raymond Tan Suo Kuan, berkata OSA ialah masalah kesihatan yang kronik. Ia menyebabkan seseorang itu berhenti bernafas dalam tidur secara berulang kali iaitu antara lima hingga 30 kali atau lebih dari sejam. "Setiap kali selepas pernafasan terhenti, p

Penawar Sakit Utk Iblis

Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan itu juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya. Walaupun seteruk mana pun penyakitnya dan patah kakinya,namun ada sejenis ubat yg membantu memulihkan penyakitnya. Boleh katakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yg serius dan boleh dimasukkan ke wad ICU. Namun kita sebagai umat Islam juga telah bersimpati dgn nasib iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara percuma kpd mereka yg dilaknat. Dipendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anaknya pergi mengganggu umat Islam yg baru hendak solat dimasjid, apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah. Tiba-tiba berkumandanglah azan. maka larilah iblis2 - lintang pukang sambil terlanggar bukit, pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan. Maka iblis tadi meraung sakit kerana cedera parah, patah tangan,

Sifat-sifat Jin

Untuk Pengetahuan Kite Bersama.... 1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .. 2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. 3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. 5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur. 6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya),

Jangan guna perkataan 'MOHD' dan 'MECCA'

Image
Fatwa ini dikeluarkan oleh Mufti dari Arab Saudi bagi penggunaan perkataan 'Mohd' dan 'Mecca' yang tidak sesuai lagi digunakan kerana membawa maksud tidak elok.. Penggunaan bagi nama 'Mohd' perlu di tulis dengan 'Muhammad' manakala perkataan 'Mecca' pula perlu ditulis dengan 'Makkah'.. Kepada pembaca blog Buaya-Merah ini bolehlah sebar artikel pada saudara islam yang lain... Berikut adalah Fatwa tersebut:

Makanan Yang Dilarang Untuk Pengantin Perempuan

RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan : "Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabilakamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis maka

Beza Mentega & Margerin

Image
Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka. Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru. TAHUKAH ANDA ....perbezaan antara marjerin dan mentega? Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yan

Seorang Lelaki Ego Kalah..............

Image
Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan- kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasangmata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh salingmenyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya... "Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimanamemperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-halyang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...". Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang t

RAHSIA IBLIS

Image
Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara. 1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). " 2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya." 3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah

Kalau perempuan...............Lelaki kata..........

Kalau perempuan cantik pendiam lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman... Kalau perempuan tak cantik pendiam Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer... Kalau perempuan cantik berbuat jahat Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer... Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!! Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan Lelaki akan kata: wow!heroin sejati... Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu... Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua... Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu... Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!! Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih Lelaki akan kata: patut pon kena reject... Kalau perempuan cantik bawa BMW Lelaki akan kata: ntah

Sekadar Nasihat Untuk Kaum Hawa

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain. Kecantikan wanita buk