Saturday, August 6, 2016

Part 1- Fiddle kucingku

Assalammualaikum,

how was your day?

apa khabar semua?

lama kita tak bersua kan. aku dah lama tak update bukan sebab malas, tapi sebab laptop aku tak dapat internet tambahan laptop adik aku pun dah rosak. Parah kan?

sekarang ni aku ada di CC berdekatan rumah aku. what to do no choice..

aku ada banyak cerita actually nak cerita.

1. Kematian kucing kesayangan aku Fiddle

(kucing aku macam kat atas ni cuma dia ada misai hitler & bulu dia takde la kembang cam gambar atas ni)


Aku masih ingat lagi malam itu, fiddle nak beranak cuma malam itu lain sikit. Selalu die beranak dia akan duduk diam-diam dalam kotak ditemani oleh aku ditepi kotak berkenaan. Fiddle memang lain sikit, dia mesti nak beranak dalam rumah. Memang setiap kali die beranak pasti di rumah. Aku dah sediakan kotak untuk die beranak malam itu.

Air ketuban die pecah. Abis rumah ditumpahi darah dan air ketuban die. Disebabkan itu mak aku bising, fiddle pulak tak reti duduk diam dalam kotak yang aku sediakan tu. Selalunya air ketuban dan darah die tak keluar sampai keluar sebab die pandai duduk dalam tu. Tapi malam tu, dia buat hal pulak kehulu kehilir duduk sana duduk sini. Jadi darah tu ada kat sana kat sini la jadinya.

Die selalu kalo nak beranak mesti aku kena teman dia sambil usap-usap kepala atau badan dia untuk tenangkan dia. Tapi malam tu aku tak dapat nak teman dia sebab pada waktu itu dah pukul 11.30 macam tu, aku esok kena bangun awal nak pergi kerja. Kalau dulu boleh la nak teman dia sampai 1 pagi ke sebab aku tak kerja.

Mak aku cakap letak kotak kat luar, aku pun letak dengan harapan die nak beranak kat situ. Malangnya bila aku buka pintu kucing aku cho-cho (jantan) masuk dalam kotak yang ada darah-darah sikit tu. Aku pun apa lagi pindahklan kotak kat stor belakang pulak. Masalahnya stor belakang tu ada kucing liar duduk pulak. Kucing liar tu anak fiddle sebenarnya, cuma dia liar sikit. Die duduk dengan anak dia 2 ekor.

Fiddle ni tak suka kongsi tempat dengan kucing lain. Aku pulak pada waktu tu tengah sakit perut pulak, aku pergi la membuang hajat dulu. Then lepas dah lepaskan hajat aku pergi check balik fiddle camne. Die takde kat stor. Die keluar panjat ikut dinding tu. Aku panggil die, then die panjat masuk balik.

Aku cakap kat die "Fiddle beranak kat sini ya, tira tak dapat nak teman fiddle, esok tira tengok fiddle ya".

Aku pun pergi la tidur. Esoknya aku tengok kotak tu kosong. Aku fikir mesti die beranak kat luar. Fiddle kucing yang jenis survival cat. Pandai tangkap tikus, burung la. Dia la kucing paling pandai kat rumah tu.
Pandai buka tingkap, pandai jaga anak, pandai jaga diri die bulu die sentiasa putih bersih. Fiddle sentiasa bersihkan bulu die seperti 24/7.

Anjing pun dia tak takut. Kalau kucing lain kena buli Fiddle akan datang selamatkan. Kiranya dia Queen kat situ. Kucing lain tak macam tu pon.

nanti aku sambung lagi ya... aku sedih pulak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...