Friday, October 30, 2015

Cinta.. Apa itu Cinta?



Kalau ikut wikipedia cinta adalah sebuah emosi dari kasih sayang yang kuat dan ketertarikan pribadi. Dalam konteks filosofi cinta merupakan sifat baik yang mewarisi semua kebaikan, perasaan belas kasih dan kasih sayang. 

Pendapat lainnya, cinta adalah sebuah aksi/kegiatan aktif yang dilakukan manusia terhadap objek lain, berupa pengorbanan diri, empati, perhatian, kasih sayang, membantu, menuruti perkataan, mengikuti, patuh, dan mau melakukan apa pun yang diinginkan objek tersebut.

Definisi:

Cinta adalah suatu perasaan yang positif dan diberikan pada manusia atau benda lainnya. Bisa dialami semua makhluk. (wikipedia)

Kalau menurut ahli-ahli berkenaan (for more info u can read at theguardian) :

1. The physicist: 'Love is chemistry'

2.The psychotherapist: 'Love has many guises'

3.The philosopher: 'Love is a passionate commitment'

4. The romantic novelist: 'Love drives all great stories'

5.The nun: 'Love is free yet binds us'


Maksud Cinta Dalam Islam

"Pandangan Cinta Dalam Islam - Mencintai Kerana Allah"

Islam memandang cinta seperti iman. Kerana mencintai adalah bahagian dari sifat orang yang beriman. Cinta adalah Iman maka harus diungkapkan dengan lisan, diyakini di hati dan dibuktikan dengan tindakan.



Bagi aku cinta aku yang pertama adalah pada ALLAH, kedua Nabi Muhammad dan yang lain2 kemudian..

Kalau definisi cinta bagi aku lah kan ini cinta pada manusia tau, cinta adalah perasaan yang halus yang boleh dirasakan dalam hati. Tapi hati-hati jangan terpedaya dengan hawa nafsu samada melalui maksiat mata atau maksiat hati.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik dia maka baiklah yang lain, jika rosak daging ini maka akan rosaklah anggota lain, daging seketul itu adalah hati.”

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. (An-Nur:30-31)

Mata itu bisa berzina, dan zinanya adalah pandangan. Lidah itu bisa berzina dan zinanya adalah perkataan. Kaki itu bisa berzina dan zinanya adalah ayuhan langkahan. Tangan itu bisa berzina dan zinanya adalah kekerasan. Hati itu bisa berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan kemaluan membenarkan perbuatan itu atau mendustakannya. (Bukhari &  Muslim)

Maksiat hati, sama seperti zina hati. Zina hati, zina mulut dan zina mata adalah perumpamaan kepada menghampiri zina

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 42 :

وَلَا تَلۡبِسُواْ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُواْ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang haq dan yang batil sedang kamu mengetahuinya."



sumber:


Tuesday, October 27, 2015

Bersyukurlah



Assalammualaikum,

Just nak cerita mengenai diri aku that's all.. siapa-siapa rasa tak berminat nak tahu boleh skip baca post ini ya.. boleh baca post-post lain..hehe

Pada 24/10/2015 hari sabtu lepas aku rasa sakit dada pada waktu lebih kurang 6 petang. Sakit dada pada waktu itu aku rasakan seperti sakit dada yang pernah aku rasa sebelum ini, sakit yang mampu aku tanggug lagi. 

Aku sebenarnya sudah lama sakit dada especially kalau sejuk sangat. Selalu aku sakit dada masa aku bangun tidur. Sebab kan kadang-kadang tidur bawah kipas boleh menyebabkan aku rasa sakit dada. Rasa kat tengah-tengah dada tu sakit sangat macam ada tekanan.

Tapi kadang-kadang je berlaku. Kadang bila dah tahu aku siap-siap sapu balm panas terus kat dada supaya bangun pagi tak rasa sakit lagi.

Sakit dada berlaku waktu biasa-biasa kadang ada jugak tapi sekejap je lepas tu ok dah lepas letak balm panas tu ok la hilang.

Pada sabtu lepas aku sakit dada then aku letak balm panas tapi tak kebah-kebah lagi. Sehingga esok masih ada malah keadaan bertambah teruk aku rasa dada aku berdenyut-denyut. Denyutan itu sekejap datang sekejap tidak.

Mak ayah aku menyarankan aku pergi hospital. Pada mulanya aku keberatan kerana mak aku cerita pengalaman dia kalau buat ECG kena tanggal baju. Itu yang buat aku rasa seperti malas je, aku lebih risaukan aurat aku. Tapi akhirnya aku pergi juga. 

Aku siap-siap pakai baju  yang ada butang depan supaya aurat aku tidak terlalu terdedah jika terpaksa buat ECG nanti.

Semasa menunggu giliran dipanggil aku sudah berfikir macam-macam. "Adakah waktu aku sudah dekat? Jika betul ajal aku sudah dekat aku redha ya ALLAH". Aku fikir aku patut bersyukur ALLAH bagi aku macam-macam sakit untuk hapuskan dosa aku. Aku rasa macam nak nangis sebab ALLAH sayang sangat dengan aku, ALLAH selalu ingat pada hambanya yang seorang ini. Tapi aku tahan je.

Aku paling risau aurat aku. Aku berdoa dalam hati " Ya ALLAH, tolong jagakan aurat aku". Banyak kali aku ulang. Aku tak nak doktor laki ke nurse laki ke. Alhamdulillah nurse perempuan.

Setelah pergi ke sana aku buat ECG, alhamdulillah jantung aku sihat seperti biasa. Doktor pun tak tahu apa kena dengan aku cuma doktor berpesan jika sakit aku merebak ke tempat lain atau sesak nafas atau berpeluh-peluh ke datang hospital terus.

Doktor disitu cuma beri aku ubat tahan sakit.
Pada keesokan harinya aku bertanya pula pada doktor di tempat kerja aku. Aku kerja di hospital jugak cuma kerja di pejabat.  Doktor cakap mungkin masalah thyroid. Hyperthyroid mungkin. Doktor akan cuba arrange ambil darah aku dan cek hari khamis ini.

"Common symptoms of hyperthyroidism include restlessness, tremors, weight loss despite an increased appetite, sweating, rapid heart rate, intolerance to heat, and frequent bowel movements."-www.medicinenet.com


Sehingga kini aku masih rasa denyutan itu. Dan aku masih bersyukur setiap hari aku masih hidup lagi especially semenjak kejadian ni. Aku nak pergi gym lepas kerja pun sekarang ni aku fikir 2-3 kali takut juga.

Bukan la takut mati cuma takut menzalimi diri aku pula dengan sakit lagi, lepas tu dah tau sakit pergi pulak gym. 

Aku harap tiada sakit yang teruk. Tolong doakan aku ye semua..Terima kasih..

Friday, October 23, 2015

DRIVER DI MALAYSIA KURANG ADAB??



ASSALAMMUALAIKUM,

Aku tak faham kadang-kadang dengan driver dalam malaysia ni. 

Kalau balik keje dah la jem yang korang bawak macam tak tentu arah kenapa? Sampai simpang pun kau tutup, abis tu camne kereta lain nak masuk simpang tu? 



Dah tau jem kan sila la BAWAK-BAWAK LA BERSABAR (ke perlu aku cakap beristigfar bagi orang islam) . Macam la kau sowang je yang nak menuju ke destinasi yang kau nak tuju tu. Adoyai.. 

Lagi satu aku tak faham perangai driver.. Ada satu hari tu pagi pulak tu, aku tak faham kenapa driver tu nak meroyan dekat aku. Aku drive hendak menuju ke bulatan kecil dalam taman rumah aku. Orang meroyan tu pulak dari arah simpang lain dan ada dalam bulatan tu.

Tiba2 hon-hon pastu angkat tangan kat aku? Aku takde buat ape2 pun. Kereta aku jauh nak mampus lagi dari kereta dia tak sampai lagi pada bulatan tu pun. Mood dia yang tak betul pagi tu kemudian nak libatkan orang, nak lepaskan dekat orang lain.



Aku rasa orang-orang camni la kot yang MENINGKATKAN FAKTOR-FAKTOR KEGANASAN di dalam traffic in Malaysia. Mana taknya kalau orang lain yang kena aku rasa mungkin pak cik yang meroyan tu dah kena belasah dah. Alhamdulillah aku boleh bersabar lagi dengan pak cik meroyan tersebut.

Ye YANG MEROYAN TU seorang pak cik dalam lingkungan 40-50 an if i'm not mistaken. Bukan perempuan tau.

APA YANG AKU PERHATI MOSTLY MEREKA YANG TAK TENTU ARAH TU TAK SABAR.

" Reader’s Digest had ranked Kuala Lumpur almost at the bottom of a list of least courteous cities, placing it at 34th place out of 36 major cities in the world. Six years ago, this same magazine had placed Malaysia’s rudeness level at 33 out of the 35 countries ranked " - themalaysiantimes.com


Melaui pengalaman aku lagi, orang lain dah la beratur panjang nak masuk simpang tu kau boleh pulak SELAMBER BADAK buat line baru then potong kereta lain. That's is very rude of you!


Kalau traffic light tu dah lampu merah yang kau nak pergi terjah KENAPA?? Orang camni la yang meningkatkan lagi FAKTOR-FAKTOR KEMALANGAN di Malaysia ni.

SEKALI LAGI AKU INGATKAN BAWAK-BAWAK LA BERSABAR. Nyawa korang ni ada satu je bukan dua.

Ok la, korang dah maklum kalau balik mesti jem, so better fikir apa yang aku patut buat dalam jangka masa jem tu?

Maybe dengar music boleh buat korang chill or dengar radio Ikim.fm (bagi orang islam) lagi tenang jiwa raga tu. Siap sediakan makanan mana tau lapar. Ye la lapar pun boleh buat orang marah kan kadang-kadang. 

Kalau orang nak berak or terkencing tu nak cepat sangat tu aku faham la tapi ...

CONCLUSION: PLEASE LA SABAR SEMASA DRIVE. YOU ALL NEED TO CHILL WHILE DRIVING OK.
 

Tuesday, October 20, 2015

Kebaikan Kunyit

ASSALAMMUALAIKUM,

kali ni aku nak cerita mengenai kebaikan kunyit. Kalau korang nak tahu kunyit ni ada 4 jenis.


1. Kunyit Kuning



Merupakan kunyit yang sering sekali dipergunakan dan mudah dijumpai. Kunyit ini pulalah yang biasa dijadikan sebagai bahan bumbu masakan untuk menambah rasa khas pada masakan. Contohnya saja kuning ini sering dipakai untuk membuat nasi kuning yang khas dan enak sekali rasanya.


2. Kunyit Putih


Kunyit putih ini umumnya memilki daging yang berwarna putih. Maka dari itulah sering disebut sebagai kunyit putih. Kunyit putih tidak termasuk kedalam keturunan curcumae karena memiliki warna yang putih. Maka dari itu ciri khasnya berwarna putih dan transparan. Kunyit putih sering juga disebut sebagai temu rapet atau temu putri.


3. Kunyit Merah



Sebenarnya kunyit merah hampir sama dengan kunyit kuning hanya saja warnanya lenig kemerah merahan. Kunyit ini juga biasa dipakai sebagai bumbu dapur. dan dapat mengobati berbagai penyakit baik ringan ataupun berat.


4. Kunyit Hitam



Kunyit hitam merupakan salah satu tumbuhan yang sangat langka sekali sehingga sangat sulit untuk mencari saat ini. Kunyit ini sangat banyak sekali peminatnya karena bisa mengobati kista dan juga bisa membuat kita menjadi awet muda. Nah kunyit satu ini tuh biasanya sering dikait - kaitkan dengan hal mistik. Kunyit hitam pada dasarnya memiliki bentuk yang sama seperti kunyit pada umumnya hanya saja daginggnya berwarna biru kehitaman atau ungu kehitaman.

 SUMBER: inkkesehatan.blogspot.com


Macam pelik kan.. aku tengok kunyit putih macam halia je.. atau dia memang halia?? 

Kalau korang nak tahu nutrien yang paling menarik dalam kunyit ialah Curcumin. Curcumin ni dapat memerangi KANSER + penyakit Alzheimer. Nutrien curcumin di dalam kunyit ditugaskan sebagai agen anti-radang yang sangat baik. Selain daripada curcumin, kunyit mengandungi paras yang tinggi zat besi + sederhana tahap vitamin B6 + kalium. Semua vitamin dan mineral adalah sebahagian daripada diet yang sihat + seimbang.

Aku actually cari kebaikan kunyit ni sebab haritu aku gaul2 ayam dengan kunyit then aku noticed tangan aku yang eczema baik sikit. Alhamdulillah. Maybe aku cuba guna kunyit untuk kat tempat eczema lain pulak kaki ke kan. Bawah ni ada beberapa khasiat kunyit:


Kelebihan dan kebaikan KUNYIT

Agen antiseptik + antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka + terbakar 

- Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia telah terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada.  

- Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru2

- Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak2.

- Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak

- Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza

- Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan

- Boleh membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan

-Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri2 anti-radang, ia adalah satu rawatan semula jadi untuk artritis dan artritis reumatoid

- Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel + mengurangkan kesan sampingan

- Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas

-Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah

-Sangat pantas dalam penyembuhan luka2 + membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak

-Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain2 keadaan kulit radang

SUMBER:kongsibersamanora.blogspot.com 

Hebat kan khasiat kunyit ni.. nanti kalau aku punya eczema ok pakai kunyit ni aku update ok..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...