Tuesday, January 31, 2017

Cerita aku-Diarrhea



Assalammualaikum manusia sekalian,

hari ini aku ingin bercerita mengenai sakit perut. kita cerita sakit perut dahulu kemudian baru cirit-birit ye.

Sejarahnya begini, memang aku dari kecil sering mengalami sakit perut. Tapi hanya sakit perut kemudian lepas itu dia akan baik semula walaupun berulang kali aku kena insya ALLAH lepas tu akan baik.

Tapi semenjak aku menganjak ke usia yang lebih..hehe..kalian faham-faham aje lah ye..

Semenjak aku kena sakit perut yang TERUK SAMPAI AKU MUNTAH-MUNTAH, semenjak itu perut aku mudah terkena cirit-birit. Buat pengetahuan semua, aku tak pernah sakit sampai muntah-muntah sepanjang usia aku hidup di dunia ni, pada waktu itulah pertama kalinya aku muntah.


Ianya bermula pada tahun 2016. Aku pada waktu itu baru sahaja selesai melawat Paklong aku di hospital PPUM di Petaling Jaya.

Aku tidak berapa ingat sangat, tapi yang pasti memang perut aku tak selesa langsung, rasa nak muntah tapi tak muntah-muntah.
\
Aku siap jolok mulut aku lagi bagi keluar muntah. Sebabnya emak dan adik aku cakap kalau muntah dah keluar aku akan lega.


Malangnya bagi aku walaupun aku dah jolok tekak aku masih tiada hasil yang keluar. Memang terasa macam muntah nak keluar tapi masih begitu sahaja.

Akhirnya muntah aku berjaya keluar bagai air yang mengalir deras sewaktu aku berada di dalam kereta. Masa itu aku dalam perjalanan pulang ke rumah dari PPUM berkenaan. Selamat ada plastik waktu itu. 

Kemudian kereta yang dipacu ayah aku berhenti seketika di tepi jalan, aku pun apa lagi keluar dari kereta mengambil nafas baru serta membuang plastik yang berisi muntah aku tadi.(Ayah aku nak beli ape entah di kedai lupa la).

Alhamdulillah memang rasa lega tapi perut aku memang sakit gila. Sakit sangat-sangat rasa macam dah nak pergi dari dunia ni je aku rasa, tapi aku diamkan sahaja. Aku malas nak heboh betapa sengsaranya aku pada waktu itu.

Aku terus demam malam itu juga. Masa aku demam tu, aku nak bergerak pun mcam rasa lembik gila, nak capai selimut, nak bangunkan diri aku semua. Tapi aku GAGAHKAN JUA. Aku memang tak pernah rasa selembik itu, rasa selemah itu. Sendi-sendi aku pun rasa sakit.

Aku tidur dalam bilik pada waktu itu. Jadi tiada siapa tahu aku demam. Aku pun malas nak heboh, lagipun aku kan dah besar bukan kanak-kanak lagi kalau sakit reti makan ubat semua. 

Prinsip aku, selagi aku mampu bertahan aku tahankan. Aku takkan nak heboh kat orang.

Keadaan perut aku masih begitu. Keluar masuk bilik air itu sahajalah aktiviti aku pada waktu itu. Walaupun aku lemah nak ke bilik air aku tetap gagahkan hati dan badan aku bahawa aku BOLEH.

Pernah suatu ketika aku cirit-birit, sakit perut sangat, badan memang mengigil tapi aku gagahkan juga pergi beli pil chi kit teck on. Mengigil-gigil aku drive kereta. Aku seperti biasa tidak heboh pada orang sekeliling betapa aku memang memerlukan bantuan orang pada waktu itu. Selagi aku mampu bertahan mampu berjalan better aku diamkan sahaja.

sambung cerita tadi....

Semasa semua orang sedang tidur dengan lenanya, aku tiba-tiba teringat tips orang dahulu supaya minum air teh pekat untuk tak bagi cirit-birit.

Jadi aku pun buat la air tersebut. Aku minum. Aku paksa diri aku untuk minum, walaupun rasanya memang pahit gila. 

Sejurus selepas aku minum air tersebut, terus aku rasa nak muntah, tak sempat aku ke tandas, aku sudah termuntah di sinki.

(lupa pula aku ada juga makan ubat herba pil chi kit teck on, malangnya pil itu juga aku termuntahkan.)

Selepas itu aku kembali tidur. Bangun  pergi tandas tidur itu sahaja aktivit aku, sampai la pukul 4 pagi aku sudah tidak tahan sangat. Aku kejut mak aku ajak pergi Hospital Serdang. 

YA ALLAH lama sungguh tunggu dari 4 pagi sampai nak dekat pukul 7 pagi baru jumpa doktor. Aku ingat lagi hari itu ialah hari Ahad.

Masa mula aku sampai emergency, dah daftar semua, mereka ada ambil darah aku. Cek suhu badan. Tekanan darah semua.

Jadi masa jumpa doktor, doktor tanya aku 
-ada pergi camping mana-mana?
-ada masuk hutan?

aku jawab takde. 

Doktor bagitahu aku kena jangkitan kuman dalam darah. Ada virus dalam darah aku. Itu yang doktor tanya macam-macam (ada yang aku tidak ingat). Doktor khuatir aku kena kencing tikus, walaupun tidak sah lagi cuma takut kuman tu ada jadi doktor bagi aku antibiotik untuk sakit kencing tikus.

Doktor juga cakap jika esok aku masih keadaan demikian (demam panas, cirit-birit) segera ke Hospital.

Alhamdulillah aku tidak demam esoknya.

Pendapat aku sebenarnya aku sakit perut sebab minum air campuran apa entah. Ayah aku bawa dari ofis. Kawan dia bagi, kawan dia cakap air tu campuran air gas ape entah pastu campur asam boi lagi.

Disebabkan minum air tersebutlah aku terkena sakit tu. Hmm.. aku tahu itu cuma asbab sahaja, Yang bagi penyakit itu semua datang dari ALLAH.

Jadi sampai sekarang la perut aku dah sensitif. Yang peliknya aku masih tak kurus-kurus lagi.. hahahah

tapi ALHAMDULILLAH mungkin ada hikmahnya..


Monday, January 30, 2017

Are you really a friend?


Friend?? Relative?? they all sometimes gone when you need them. That time you knew who your true friend or who your real relative are? From my experience, people will come and act they knew you ONLY when you're rich or you're a celebrity or successful business people. 

Other time they act like they didnt know you a bit. Whether it's a friends or relative. They unfriend or unfollow or even unlike you profile or post in social media just because you post something or selling or promoting online. 

Yeah I get it we aren't close enough right?? 

Not close enough like family member or sibling but that's okay. 
Even though deep down I feel disappointed of them, but that's human nature. 

I still support their business eventhough they .... You know right. But sometimes my dark sides are stronger than my light sides. Sometimes in my heart said " go to **** like i care". I just human being, i have feeling too.

If it a friend who does it it's OK to me. But if it a relative i can't tolerate it.  

Anyways actually they don't matter much to me really. 

I should be more focusing to those who really support me in my hard times or good times. That what matter most.

For those who didn't know i just started my online business. I AM AN AGENT OF MARY JARDIN product. You can follow me on instagram: @hanna.maryjardinagent

Mary Jardin is a 100% natural & organic skincare made in MALAYSIA.

I think you all knew that i am an acute eczema patient. That's why i used organic product on my skin, i will tell you more on my next post.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...