Sunday, February 28, 2016

Semangat yang hilang / Faded spirit



اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Baru aku faham kenapa aku dah tak buat kek atau apa-apa aktiviti berkenaan 'baking' lagi. Semenjak kejadian itu berlaku, cinta di hati aku hilang, semangat aku pun hilang.

(nak tahu lebih lanjut boleh baca sini- aku masih disini)

Hari itu ada aku buat kek tapi tidak sesedap dulu. Aku juga suka membuat eksperimen dalam semua aktiviti membuat kek, sebab aku nak cari resipi aku sendiri. 

Ada juga satu lagi eksperimen yang aku buat tapi sehingga kini tertangguh. Aku seperti tiada mood langsung. Tidak seperti dulu. Rasa nak buat kek je terus aku buat tanpa ada halangan yang mengganggu. 

Tadi aku menonton cerita bertajuk Inikah Cinta di TV3 yang disiarkan 6.58 setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dalam cerita tu, perempuan yang bernama Ros tu sudah tiada semangat untuk meneruskan aktiviti eksperimen membuat 'perfume' kerana cinta di hatinya hilang. Lelaki bernama Muammar itulah semangatnya.  



Bagi aku cerita berkenaan 'best' sebab ada unsur 'humour'. Itu yang aku suka. 

Jadi aku faham sekarang kenapa aku dah tak macam dulu. Sebab cinta di hati aku dah tiada. Mungkin kalau ada bunga di taman, aku akan membuat semula aktiviti 'baking' aku. Insya ALLAH.


SEGALANYA MUNGKIN. EVERYTHING IS POSSIBLE. INSYA ALLAH.

Nah dengar la lagu techno ni beserta liriknya di bawah:-




You were the shadow to my light
Did you feel us
Another start
You fade away
Afraid our aim is out of sight
Wanna see us
Alive

Where are you now
Where are you now
Where are you now
Was it all in my fantasy
Where are you now
Were you only imaginary
Where are you now

Atlantis
Under the sea
Under the sea
Where are you now
Another dream
The monsters running wild inside of me

I'm faded
I'm faded
So lost
I'm faded
I'm faded
So lost
I'm faded

These shallow waters, never met
What i needed
I'm letting go
A deeper dive
Eternal silence of the sea
I'm breathing
Alive

Where are you now
Where are you now

Under the bright
But faded lights
You set my heart on fire
Where are you now
Where are you now

Where are you now
Atlantis
Under the sea
Under the sea
Where are you now
Another dream
The monsters running wild inside of me
I'm faded
I'm faded
So lost
I'm faded
I'm faded
So lost
I'm faded

Friday, February 26, 2016

Buta mata belum tentu buta hati




اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Apa khabar you alls?? hihihi

Aku alhamdulillah baik..sihat je..

kali ni aku nak cerita sedikit mengenai orang buta. 

Ceritanya begini, di tempat kerja aku ada seorang hamba ALLAH ni orang istimewa, dia buta. 

Masa mula-mula aku kerja situ aku macam pelik tau " dia keje apa ea kat hospital ni??". Sebabnya aku tak pernah nampak mana dia kerja atau apa kerja dia buat. 

Dah dua bulan aku kerja baru aku tahu apa kerja dia. Dia bekerja sebagai Operator telefon. Itu pon setelah aku tanya senior aku dia kerja apa. Baru aku tahu orang yang bercakap dengan aku tu adalah orang buta. 

Nama dia aku tahu Imran je.

Aku kalau nak telefon pesakit kena telefon melalui operator tak boleh direct call. Suara dia serius sedap macam suara orang yang biasa-biasa. Macam suara lelaki macho gitu. Bagi aku la, tak tau la korang.

Maaflah aku ni tak pernah ada kawan yang buta. Jadi aku tak tahu macam mana mereka secara dekat. Rupa-rupanya mereka sama sahaja seperti kita ada kaki ada tangan, suara pon sedap, cuma mata sahaja yang buta. 

Setiap kali aku telefon kena bagitahu aku ni siapa dan dari department mana, yang paling best sekali dia tanya apa tau:

"Kenapa suara Hanna lain?"

"lain?? ha.. hmm.. " itu je aku jawab masa first dia tanya sebab aku macam pelik sangat, camne die tau suara aku lain sikit ni. Tambahan sebab dia lelaki kot jadi aku macam pelik berganda-ganda la, segan pon ada.

Masa tu aku maybe nak dekat sakit tekak, tapi belum sakit tekak pon, maybe jugak aku macam takde mood sangat, tak tahu la nape, jadi aku rasa maybe sebab tu effect suara ke tak tau la.

Aku pun tanya senior aku, senior aku cakap "aah, dia dapat detect kalau suara kita lain macam batuk-batuk ke, camtu la". Baru aku faham.

Semalam dia borak-borak dengan aku dalam telefon, siap cakap ".........., oh ni ke hanna..... ". Yelah aku kan baru kerja situ maybe dia baru nak kenal aku kot kan siapa Hanna dalam department yang aku kerja tu.

Aku pun dah lepas borak-borak tu baru la ok sikit jawab soalan dia, biasa la aku ni kan sikap negatif masih ada.. haha.. Lelaki kan... hahaha


Then kali kedua dia tanya arini:-

Imran: "Kenapa suara Hanna lain?"

Aku: "Saya sakit tekak"

Imran: "oh patut la, musim sakit sekarang ni kan"

Aku: "aah tu la"


Aku macam terharu sangat bila dia tanya macam tu, tak tahu la kenapa, rasa macam dia prihatin je kat aku. Yelah aku kan tak ramai kawan. Tiba-tiba ada orang tanya kenapa suara lain, kawan baik aku atau family aku sendiri pun tak dapat detect aku sakit tekak tau. Aku pon tak cerita kat orang lain aku sakit tekak.

Ikut hati aku nak je aku cerita kat Imran tu, tekak aku sakit macam nak berdarah je rasa. Tapi hmm takpe la..

Senior aku penah cerita dia dapat tahu hati orang. Ada la seorang ni nak beli sesuatu tapi tak cakap pon nak beli benda tu, tapi si Imran tahu, siap cakap lagi "awak nak beli donut kan".

Semuanya ni membuatkan aku terfikir, kita yang tak buta ni belum tentu celik hati. Dan pelbagai lagi membuatkan aku berfikir, paling penting aku bersyukur aku dapat lihat.

Walaupun dia buta tapi ability dia, telinga dia sharp, siap boleh kenal suara orang dan kalau suara tu lain dia tahu. Bagi aku hebat sungguh la dah macam ninja.. hehehe



Celik hati yang aku cerita atas tu maksud aku ialah dapat baca dengan mata hati. Bukan just nampak depan mata pastu assume camtu je. Tapi fikir kenapa benda tu jadi camtu, mesti ada sebab. Aku pon tak reti nak explain camne. Dalam motivasi Prof Muhaya ada selalu cakap.

(p/s: Aku tak pernah pun tegur dia depan-depan. Biasa la aku ni kan pemalu terlebih, walaupun dia tak nampak tapi hmm takpe nanti lepas ni insya ALLAH aku tegur.)

Tuesday, February 2, 2016

Aku tanya apa khabar? (^_^)



اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai kalian semua,

apa khabar? harap semuanya dalam keadaan sejahtera belaka. Jika hari ini kalian bersenang-senang bersyukurlah ye. (^_^)

Maaf jika aku tidak update post selalu seperti dahulu, ini adalah kerana kerjaku sekarang tersangatlah sibuk. Cause i have to finish the work by today, like english proverb saying " by hook or by crook" kena siapkan jugak no matter what. 

Minggu-minggu yang lepas aku tak buat lagi kerja yang sebenar sebab tunggu orang yang nak berhenti tu berhenti (jap ayat apa aku cakap ni..). Tapi harap korang faham la. Minggu lepas aku just buat filing je.

Kerja aku mostly kena scan all the folder of patient into the system (banyak tahap dewa). Apart from answered call and meeting patient/agent insurance/doctor and even key in infectious disease case to KKM. 

Ni pon baru 2 hari aku buat kerja tu dah rasa macam ya ALLAH.. (maybe juga sebab aku baru lagi, tak berapa reti lagi tu yang buat kerja terkial-kial)

Aku kalau buat kerja nak siapkan by today memang aku fokus tahap dewa punya dan takde masa nak makan, minum, except waktu lunch maybe. Even nak minum pon boleh lupa, menggila punya busy aku. 

Tambahan pula ofis aku di basement memang line telefon sangat sukar untuk didapati. Kalau kerja aku dulu boleh rilek-rileks lagi makan, minum sesuka hati. Ni aku sendiri serius tiada masa. Masa untuk diri sendiri pon tiada. 

Sampai aku terfikir bagaimana la kakak yang kerja dulu tu buat kerja dengan pantas, siap ada masa lagi makan, minum. Yela dah lama kerja kan mesti dah mahir kan?. Harap aku dapat jadi pantas macam kakak tu buat kerja. 

Insya ALLAH.



Doakan aku elok-elok kerja tau korang semua, Doakan aku diberikan kesabaran dan ketabahan dalam melakukan kerja. 



(p/s: Dah la ari sabtu kerja halfday. Aku dah takde life sekarang. Life aku banyak tertumpu pergi kerja dan balik kerja je. Pagi aku bangun pukul 5. Pastu siap-siap, panaskan lauk, goreng apa yang patut bawak bekal untuk makan di ofis. Pukul 6.30 pagi aku bertolak atau 6.40 macam tu. Bagi aku biar sampai awal jangan lambat. Kalau awal lepak dalam kereta takpon tido dalam kereta.hehe. Balik kerja pun lewat dah nak dekat maghrib atau dah maghrib. Tido awal dalam around 10.30 pm. Itulah aktiviti aku setiap ari kecuali ari bercuti. Takde life kan? Nak layan laman sosial pon malas dah.)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...