Tuesday, August 1, 2017

Konsultan terbaik aku

Assalamualaikum..



Cerita mengenai kawan aku si konsultan.

"pelan pelan kayuh" bak kata consultant aku dulu.. itu la ayat dia ajar aku dulu..

9-10 tahun dulu aku ada consultant yang selalu dengar masalah aku..Aku kenal dia dari YM (yahoo messenger). Zaman aku dulu, femes YM niπŸ˜….

Of course la dia lelaki bukan perempuan hokeh😁. Kongsi masalah dengan laki lagi best aku rasa dari kongsi masalah dengan perempuan. Feedback dia lain, solution dia pun lain. Especially kalau dia matured. Hehe. Buat masa sekarang takde lagi konsultan baru, i mean yang matured macam dia.

Bagi aku dia ala-ala macam Dr.Fadzilah Kamsah. Seriusly nasihat dia memang best gila! Tak tipu! Dia memang seorang yang matured. Aku suka dengar nasihat dia. Kadang dia bagi aku lagu untuk kasi aku cheer up dari masalah aku.

Sebab tu sampai sekarang aku ingat dia, i mean as a good friend. Masa dulu tu sebab aku macam dah suka plak kat dia kan.. so aku pun mula la menjarakkan diri aku.. cause i know my limit..tambah aku pun malas nak susahkan dia lagi dengan problem aku yang bertimbun ni. So camtu je la.

Tapi kadangkala contact jugak dia cuma aku tak cerita masalah aku sangat just tanya kabar. Sekarang takde la tahun dulu-dulu je.

Even aku tak pernah jumpa dia pun, still boleh kawan baik. That's is real friend ship.

Dia kata nak belanje aku sampai sekarang takde πŸ˜…. Takpe la. Aku pun tak harap sangat pun sebab dia busy+ duduk johor.

Sekarang dah lost contact dah. Aku rasa dia dah bahagia siap ada anak. Good for you. Kata nak jemput aku time dia kahwin tapi tak jemput pun. Aku pun macam datang, dah la dia orang Johor. Memang tak la. Ok la itu je nak taip. Daaa πŸ™‹

Tuesday, July 25, 2017

Aku lupa

Dicopy dari Facebook

 Pesakit masuk dibawa MA.
'Kes apa?'
'PV bleed,' jawab MA. (Read: per vaginal bleed).
Dua org colleagues lelaki dh pandang aku.
'Nak suruh aku tgk la tu.' πŸ™„

'Alaaa xnak tgk PV bleed lagi dh hari ni plsss..' Mengadu.
Pastu colleague lain yg xtau cerita tanya,'kenapa? Siapa O&G oncall hari ni? Garang ke?'
'Xla.. Bukan sebab garang.. Fobia..'

***
Sebelumnya..

'Najiha, nak passover satu kes. Pt ni single. Last menstrual period 2 bulan lepas. Dtg complain pv bleed dgn lower abdominal pain. Darah dah soaked 3 pads. Deny blood clot or POC (product of conception). Katanya sexually inactive. Tapi sedara yg bawa syak dia gugurkan kandungan.'

Lepas colleague balik, mesin scan ditarik sambil menarik langsir. Mencipta ruang berdua bersama pesakit. Dengan harapan dia mahu bercerita.
'Adik, kita scan sket eh.' Ujarku kepada pesakit berusia belasan tahun itu.
Sambil memeriksa perut, 'Adik, adik dah kahwin?'
'Belum.'
'Adik ada boyfriend?'
'Ada.'
'Sorry saya tanya. adik memang xpernah 'bersama' lelaki ke?'
'Xpernah.' Menafikan.
Melihat scan finding, colleague dipanggil.
'Tolong double check jap.'
'Hmm kalau palpate perut, uterus at 20 weeks size. Well contracted.. scan uterus nampak besar tapi kosong.' Dengan mesin scan usang yg menanti masa, kami cuba menafsir.
'Xpela adik. Kita nak sample kencing eh.'

Setelah berkali2 datang dan soal pesakit, sedikit demi sedikit dia membuka cerita yg disembunyikan.
'Saya sebenarnya pernah kena tangkap basah.'
'Bila?'
'Bulan sepuluh tahun lepas.'
'Adik memang ada 'bersama' x?
'Ada..'
'Bila last sekali?'
'Bulan sepuluh tu la.'
'Ok saya minta izin periksa bawah eh? Adik hilang banyak sangat darah ni. Nadi adik laju sangat ni. Kita kena tahu punca.'
Akhirnya. Baru boleh proceed dengan further examination sebab pt dah mengaku sexually active.

***
Melihat vaginal tear, kesabaran mula menipis.
'Adik, adik cakap betul2. Adik dah bersalin kan?'
'Tak.. mana ada..' Masih menafikan.
'Adik xpayah tipu doktor. Adik ingat ktrg ni baru kerja sehari dua ke?' Colleague mula bersuara.
'Aah..'
'Pukul berapa bersalin tadi?'
'Saya xingat..'
'Adik bersalin kat mana? Baby mana?'
'Kat toilet..'
'Baby mana? Besar mana?'
'Saya xtahuuu. Dia lahir2 xmenangis.'

Marah.
Kecewa.
Sedih.
Sakit hati.
Semua ada.

Kenapa, adik?
Why???
***

'Aku xfaham betullah. Aku punya la bertahun2 tunggu nak anak. Wife aku berapa kali gugur. Tapi orang macam ni, senang2 je..' rungut colleague.
'Sebab Allah akan uji pada titik lemah seseorang..' ujarku perlahan.

***
Aku pernah terfikir.
Kenapa Allah bagi org2 yg xnk anak, dorang senang sangat mengandung?
Kenapa org yg bertahun2 berusaha demi gelaran seorang ibu, susah sangat nak mengandung? Kadang2 dah dapat anak, anak mereka ssh sgt nk survive..

Aku terlupa.
Yg Allah akan uji seseorg tu pada titik yg paling dia lemah.
Selagi x lepas ujian tu, selagi tu Allah akn uji.
***
Tanpa kita sedar,
Benda yg kita ssh sgt nk lawan suatu masa dlu,
Kita blh lawan dgn macho nya pada hr ini.

Kecik2 dulu maybe susahnya nak pakai tudung.
Tapi sekarang kalau keluar xpakai tudung, rasa mcm jln xde kepala. So Allah uji benda lain plak. Allah uji apa niat kita pakai tudung plak..

Atau kecik2 dulu susahnya la nak solat. Ayah kejar dengan rotan, baru nak solat. Sekarang, kalau x solat rasa mcm berdosanya hidup. So, Allah uji plak sudut lain. Allah uji plak susahnya nak solat awal waktu..

Hidup ni xkn berhenti dr ujian kan.
Cuma ujian tu je yg berbeza
Yg makin lama makin mencabar.
Yg makin lama makin menggugah iman.
***
Mcm kecik2 dlu pny la study sakan masa nk upsr.
Sbb rasa ssh nya la upsr tu.
Tapi bila dh umur 17 tahun nk amek spm,
Rasa upsr tu senang blh jwab tutup mata je.

Sbb..
Allah akn uji kita pd titik paling kita lemah.
Allah xkn uji seorg bijak pandai dgn soalan bdk tadika..

Kalau kita sorg yg kaki marah,
Allah Akan temukan kita dgn org2 yg akn asyk buat kita marah.
Utk tgk sejauh mana kita akan cuba bersabar demi Dia.

Sebab Allah nak kita lepas ujian tu.
Allah nk tgk usaha kita utk buktikan kita cinta Dia.
Kerna pada akhirnya,
Yg Allah nilai adlh usaha2 kita.
Struggle kita.
Air mata kita.
Kesakitan kita.
Utk capai redha Dia.

Sebab Allah nak tinggikan darjat kita.
Allah nak angkat kita ke level seterusnya.

Syurga tu kan bertingkat2.
Syurga paling bawah mestilah xsama dengan syurga paling tinggi, kan..

***
'The cure for pain is in the pain.'

Carilah jawapan di sebalik ujian.
Pasti kau bertemu cintaNya.
Dalam bentuk yg x kau sangka.

'Every next level of life will demand a different you.'



Maka di saat ujian,
Percayalah,
Kesakitanmu xpernah sia2.
Moga titis air mata menjadi saksi ke syurga.
Membawamu ke firdausi,
Syurga tertinggi yg diimpi manusia..
_____________________________________________

Korang tahu apa perasaan aku bila baca.. baru aku sedar..

Baru aku sedar.. hmm

Aku akui kadangkala aku terfikir kenapa rezeki aku dari segi pekerjaan tak macam orang lain..

Aku sedih..

Aku sedih kenapa aku tak dapat kerja yang gaji lebih macam orang lain.. kenapa aku asyik kerja gaji rendah je.. kenapa..

Kenapa.. kenapa..

Kenapa masa aku kerja dah elok masa tu la ujian datang.. walaupun aku tak berapa suka kerja tu tapi sebab cari makan.. aku sabarkan diri..

Tiba-tiba masa tu la ekzema aku naik mendadak.. naik kat jari aku.. dan semenjak itu ekzema kat jari aku seakan tidak akan pergi selamanya..

Sentiasa datang semula.. takkan sembuh..

Aku masa mula sakit kat jari tu sampai pakai glove masa nak shampoo.. (Alhamdulillah kini aku dah pakai shampoo 100% natural walaupun sedikit mahal)

Aku sedih.. tapi aku tak tunjuk aku sedih kat orang.. sedih.. impian aku macam hancur berkecai.. (mata masuk habuk pulak)..

Masa aku nak usahakan bisnes kek aku macam-macam jadi.. laptop rosak la..jalan aku seolah-olah sukar..

Lama tu i came to my senses that i maybe cannot be a pastry maker.. with my allergic contact dermatitis.. it's hard to do all the things myself.. especially with my finger..

So i telan the facts that i have to search for other job that suits me as an eczema patient.

Kerja lab? Jari aku kalau pakai glove tu sakit tau..if it triggers my eczema hmm.. so i maybe cannot work at the lab..

Aku sebelum apply kerja dekat Jobstreet aku fikir dulu sakit aku. Aku fikir dulu ekzema aku..boleh ke aku??

Boleh ke?? Aku khuatir ekzema aku akan naik..

Kalau kerja tu ade shift.. contohnya 3 shift.. shift yang waktu 10pm-7am tu.. aku boleh ke?? Tak effect ke ekzema aku?? Takut tidur tak berkualiti nanti ekzema aku naik lagi..

Walaupun sekarang aku dah terima hakikat bahawa aku ada allergic contact dermatitis..

Aku bukan sengaja.. sampai aku fikir hidup "orang lain macam elok je.. takde ujian macam aku.. bestnya hidup korang..dah ade career". walaupun deep down aku sedar ujian setiap orang berbeza..Aku tetap fikir

Aku satu habuk pun takda..

Cuma Alhamdulillah aku masih punya keluarga; ibubapa, adik beradik. Itu je yang aku ada..

Itu je..

Harta yang melibatkan duit, rumah dan kereta aku takde semua tu..(maaf habuk masih mahu masuk mata aku lagi..😒)

Aku rasa macam aku tak berguna pun ada.. aku takde apa-apa nak sumbang pada keluarga dan orang-orang yang memerlukan. Maksud aku dari segi kewangan.

I HAVE NONE.

Hmm maaf la berjela pulak penulisan aku.

Aku harap sangat aku dapat kumpul duit untuk hidup didunia sementara ni..

Harap aku redha sakit kat jari aku tu; allergic contact dermatitis.

Siapa yang baca tolong doakan aku dapat kerja yang sesuai dan boleh kerja lama.

Sincerely me
-Hanna

Monday, July 24, 2017

Telinga ada lubang



Assalamualaikum.. πŸ˜₯

Just wanna write something..

Kadang bila kita nak bercakap sesuatu atau nak share cerita tapi tiada siapa yang nak dengar.. mereka buat tak tahu je..

Padahal kita cakap dari hati.. luahan hati.. respon yang kita dapat pun macam tak berapa nak best..

Kadang kita rasa down sangat.. and kita tak memang tak expect pun orang nak ceriakan kita.. we just need someone to listen.. listen to our story.. dengar dengan ikhlas..

Aku kadang rasa macam sedih je.. bila orang lain punya masalah kita dengar.. i listen.. i make my time to listen.. i listen to the heart..but bila aku ada masalah.. they don't wanna listen..

Aku tahu aku pendengar yang baik.. tapi kadangkala i'm also need a time where i want someone to just listen to what nonsense that i want to talk.. just listening will do.. and maybe give 1-2 advise.. that's it..

Maybe sebab aku tak tunjuk aku down.. hati aku hmm.. hanya Maha Pencipta je tahu..

Kadang dengan orang lain bukan main rancak mereka bercerita.. and semua akan dengar..cuba time aku cerita..hmm hampeh.. bukan cerita pasal masalah aku pun.. but please la listen 😒

Susah sangat ke😞.. why is it so hard to just listen?

Yeah maybe i was oversensitive about it..
Yeah it's always me who is oversensitive 😐

I'm sorry but negativity has overiden in me😐 and i can't help it.

Sincerely me
My inner voice







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...