Posts

Showing posts from June, 2023

Kisah aku try online dating apps : PART 2- Malaysian Online Match apps & Salam apps

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. ok kali ni cerita pasal apps seperti yang tertera tajuk dia atas la ye.  (FYI aku taip cerita ni julai 2022 tapi tak post).  Nak baca PART 1: Hawaya apps boleh klik. Aku ada try download la Malaysian Online Match dan Salam apps tu sebulan - dua yang lalu. Nama je Malaysian tapi tak Malaysian pon  Maaf cakap la ye yang Malaysian Online Match tu kan,  aku bukan racist, tapi banyak orang Bangladesh je ada dalam tu. Sampai aku terfikir entah-entah apps ni untuk diaorang cari jodoh dengan orang Malaysia.  Betul tak? Ada jugak orang Malaysia tapi tak ramai la. Boleh kira la. Dating apps ni semua lebih kurang je..nak kena like like orang tu..kalau match, boleh chat camtu la. Macam biasa. Untuk dua-dua apps tu ade la sorang Bangladesh match dengan aku. Adoi lawak betul la. Aku cerita yang Malaysian Online Match dulu la.  Lebih baik aku single daripada pilih suami yang ntah apa-apa. Ini hidup aku. Aku yang kena hadap seumur hidup. Mesti pilih yang elok la ka

Vitamin B elok ke

Image
Assalammualaikum and hye all, i just wanted to start writing again insya ALLAH. i'm starting from scratch again and slowly build up my confident in writing things that i love or just wanting to express my feeling here again after so long. Maybe my writing got pretty worse but then again it's now or never right? Aku dah penat nak taip kat sosial media panjang-panjang..aku dah penat untuk semuanya. . Now my finger pun dah problem. Umur 30an jari dah mula nak kebas. Kesan guna komputer and mouse dalam jangka masa panjang including scrolling social media. Nah boleh juga baca sini sakit tangan . THat's why aku nak stop scrolling dan fokus menaip pulak. Saja nak cakap aku ada baca pasal kekurangan vitamin B. Sebab tu boleh jadi kebas-kebas. So aku pun try makan Vitamin B. Jap aku google ha tu la vitamin yang aku makan. Ada rasa kurang la sikit kebas-kebas tu.Aku pun tak tahu dari mana aku dapat tahu pasal vitamin tu. Maybe masa tu aku tengah cari supplement k

Jom kita senyum

Image
Assalammualaikum, Apa khabar semua? Ni aku penulis blog ni masih hidup tau. Belum mati lagi. Gurau tak rilek aku kan. Macam biasa la guys.  Tahun 2023 ni aku akan cuba ubah cara aku melihat kehidupan dan dunia. Segalanya akan berubah. Aku akan lebih berfikiran positif. Aku akan lebih menyebut yang positif. Aku akan tengok atau fokus pada positif sahaja. Semua negatif tidak dibenarkan samada dalam percakapan atau perbuatan. Tapi kita semua hanya manusia biasa pasti ada hari akan down. Sekarang kalau aku down atau sedih aku akan ingatkan diri aku jangan sebut negatif sebut yang positif je biar energy aku a.ka.a vibration aku sentiasa positif.  Cukuplah aku dah puas sedih dan meratap dahulu. Tiba masa untuk aku bangkit dari kesedihan dan pandang kearah positif dalam hidup dan cara fikir. Tiba masa untuk aku ceria dan senyum. Omputih kata "Fake it till you make it" . Paksa untuk senyum insya ALLAH mood akan lebih tearah ke positif. Aku dah cuba dah. Berjaya. Aku sebut yang positi