Tuesday, February 28, 2012

Carilah Imam untuk dirimu wahai wanita






“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
” Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”

Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan. Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing. Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing. Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam. Apa peranan imam dalam solat?
Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud. Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah? Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya. Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.

Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya. Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya. Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua. Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua. Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.

Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.

” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”

Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab. Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami? Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya? Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.

Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu. Pun begitu, saya suka mencadangkan. Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang. Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

sumber:myilham

Wednesday, February 8, 2012

Cat dah beranak


arini 7 haribulan Februari 2012 kucing abg aku beranak kt umah..kotak tuh aku dh sediakan awal2 mse die pregnant ag...hehe..mane la tau kn..sblum ni ltak kotak tu dkt2 pintu dapur tapi sebab masa die mcm nk dkt beranak je tuh kan die dok naik tingkat atas so aku pon rse tmpt ltak kotak tuh tak starategik jadi aku pindahkan kt atas di bwh meja jahit mak aku..hehe..mama yg suh ltak situ..akhirnye die beranak jgk dlm kotak tuh..anak die ade 4 ekor aku tgk sume putih ade hitam2..hehe..

mase die dh dkt mase nk beranak tuh kan....die ajak ank die Tam naik atas skali maybe suh tolong die beranak kot..asyik dok panggil2 si Tam tuh..(Tam ni dh besar ye bkn ank kucing lg)..pastu time aku suh die pergi kt kotak tuh die duduk dalam tuh..aku pon tunggu depan kotak tuh..pastu aku blah la kan takkan aku nak dok tengok die nak beranak pulak kan..si Piddle ni boleh kluar balik plak dari kotak tuh..die dok meow2 mungkin menahan sakit nak beranak..aku pon usap2 kepala die dengan harapan die akan kembali masuk semula dalam kotak..kemudian tuh die masuk jugak..aku pon blah skali lg..laa die kluar lg..aku pon fikir maybe die nak aku teman die kot..aku pon teman la die sekejap..dh lame2 ckit baru aku blah..sbbnyer die dok meow2..aku terpaksa la usap2 die bagi die tenang sikit..kalau tak die akan keluar dari kotak tuh dengan bontot die yg dah berdarah tuh..ish2..Piddle..Piddle..(Piddle tuh nme panggilan aku kasi kt die)

dipendekkan cerita dalam 2 jam kemudian lahir la anak2 die...4 ekor..mula2 aku ingat 3 ekor..4 ekor rupa-rupanya.. nak tau kisah anak die klik kt cni..A, B,

Wednesday, February 1, 2012

Kucing


aku ni pandai ckp lemah lembut dgn binatang je especially kucing-kucing yang aku bela..aku tak tahu la aku lebih pandai berkomunikasi dgn binatang kot berbading manusia, mungkin kerana persekitaran aku begitu. Mak ayah aku tak pernah nak cakap dari hati ke hati, aku tak salahkan mereka mungkin mak ayah mereka atau datuk nenek aku tidak berbuat begitu terhadap mereka. aku pernah cuba untuk cakap dengan lemah lembut atau dengan penuh kasih sayang tapi entah mengapa mulut aku seperti terkunci. aku hanya pandai cakap dengan binatang je especially kucing. sejak kecil lagi aku sudah membela kucing jadi aku lebih suka dan sayangkan kucing. aku sayangkan kucing mungkin lebih dari manusia agaknya (kecuali ALLAH,RASULULLALLAH dan mak ayah aku la kan) sebab kucing lah peneman aku. Kalau salah satu dari kuicng aku mati aku akan menangis gila-gila lah sampai aku perlu mendegar alunan zikir-zikir untuk menenangkan diri aku takut dibuai perasaan duka yang teramat kan. Kuicngku juga suka datang kebilik aku, tandanya mereka lapar dan mahu diberi makanan atau mahu diberi perhatian dari aku. Kadangkala kucing tunggu di depan pintu bilik aku semata-mata hendak aku memberikan makanan kepadanya. Aku juga suka panggil kucing-kucing aku dengan panggilan yang pelik-pelik.hehe..Setiap satu kucingku mesti ade panggilan dan nyanyian yang pelik untuk mereka tanda aku sayang mereka. Aku juga suka bermanja dengan kucing. Kadangkala apabila aku lihat kucing yang sekarang ni warna sama seperti kucing aku dulu aku menitiskan air mata teringat pada kucing aku yang dulu tu. Aku memang begitu, hati aku mempunyai pertalian yang erat kot dengan kucing aku. Sampai ade satu masa dulu kucing aku nama T-tin sakit tak balik-balik kerumah malam tuh pukul 2 pagi tiba-tiba aku rasa seperti ingin menangis, mulanya sedikit lama kelamaan esak tangisku makin teruk pula. terdetik dalam hatiku ketika itu,'t-tin dh mati ke'rupanya memnag benar keesokan hari aku dapat tahu T-tin dh mati. adik aku jumpa di  belakang rumah. Semoga aku dapat bercakap dengan lemah lembut dengan manusia seperti dari hati ke hati atau nasihat dengan penuh kasih sayang ke kan, tapi aku tak pasti bila cuma anda semua doakan semoga aku berjaya.(^_^)I LOVE MY CATS SO MUCH.

INGIN TAHU mengenai kucing aku T-tin sila klik sini post-post ni : T-tin special, T-tin sakit dan T-tin mati .
DAN KUCING AKU yang dah takde: TAM & TEH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...