Sunday, April 21, 2013

Social Anxiety Continue

this is the video of what social anxiety disorder is about



hope you all know and understand what they really feel...maybe aku takde la teruk cam orang tuh..but incase anda semua nak tahu lebih boleh tengok video nieh,.,

Tuesday, April 16, 2013

Social anxiety

assalammualaikum,

apa khabar semua sihat ke? alhamdulillah kalo sihat..i think now i know what my my problem is setelah mendengar salah seorang daripada youtuber..bercakap mengenai hidup dia. *(she an arabic maybe)  dia cakap masa dia kecik2 die ada social anxiety..aku pon macam haaa..ape tuh..lebih kurang macam aku ke..aku pon google..rupa-rupanya aku memang ade social anxiety..aku cuba buat ujian kat sini SAS.. 

aku jawab sampai habis..memang sah aku ni severe social phobia..gila teruk kan..aku dapat markah 85 severe kot..wow..patut la aku ni macam malu-malu je nak cakap kat public semua..tak kisah la masa presentation ke..die macam kadang-kadang aku ok..kadang tu malu gila.. aku rupa-rupanya ada masalah..patut la aku macam tak reti nak berkawan tak reti nak bersosial..patut la aku ni macam tak normal je. (berapa bnayak patut daaa).

aku rasa ni semua berlaku sebab childhood aku..daripada apa yang aku baca kat internet la kan..aku rase masa aku kecik2 dulu kan sedare-mare yang lagi tua dari aku suka pinggirkan aku..ejek-ejek aku semua.. salah satu contohnya kalo dieorg tengah main makeup2 ke..dieorg tutup pintu bilik, bila aku nak masuk dieorg tak bagi..dieorg time tuh kire darjah 5 kot aku cam tadika kot..aku tak ingat sangat..biase la yang besar cikit mane nak kawan dengan budak-budak kecik kan.. aku siap ade lagu tema untuk diri aku time tuh..lagunya sedih sikit la bunyi nya begini "dicela dibenci kasihanilah dia berilah die wang sebagai bekalan" maksud lagu tuh ialah die cam dah tak tahan dan rase nak lari..huhu.. macam sadis sangat je kan.. but somehow i still remember all those times.. maybe they even don't remember it..but i did..and lots more pains during my childhood but i am not quite remember..

ditambah pulak aku sekarang dah malas nak kawan dengan lelaki dah tak kisah la scandal ke teman tapi mesra ke kawan istimewa ke kawan biase ke (cewah). Sebab bagi aku dieorang semuanya penipu..yup based on my experience..dah tak rasa nak bersosial network bagai tak kisah la kat yahoo messenger ke We Chat ke whatsapp ke..aku buka jugak semua tuh..last-last macam..hmm tak payah la..buat apa nak nak kawan dengan lelaki, lelaki tu bukan nak kawan sangat pon dengan aku..aku tahu..bende social network ni semua untuk menghilangkan rasa bosan je..sekejap je kawan pon pastu dah..nampak sangat tak ikhlas nak kawan kan..kan..ke aku yang trauma dengan dieorang..haha..selamat aku tak anti lelaki..kalo tak hmmm

walaupon ade jugak time mase aku layan social network ni dulu-dulu aku ade jugak jumpe sorang dua yang baik dan kawan sampai sekarang..but tu dulu..sekarang yang ade kat chatting room yahoo messenger semuanya gila seks..benci aku..haa tu juga salah satu faktor aku malas nak berchat2 dengan lelaki dah..

aku rasa better kita kawan yang kita nampak depan mata yang kita memang kenal dia..lagi bagus daripada social-social network ni semua..tapi aku tetap camni je..huhu..patut la social anxiety aku dah bertambah worse..hadoi..kan sekarang aku study haa aku takde pon nak kawan sangat dengan budak2 laki dalam kelas pon..dulu time diploma better lagi la dari sekarang at least dieorang kenal aku, aku kenal dieorang kira cam baik la dengan semua..sekarang dah bertambah teruk aku nieh..haih..ape nak jadi..

memang betol la environment memainkan peranan penting untuk kehidupan seseorang..nah baca mengenai social anxiety kat WEBMD ni...dan satu lagi faktornya ilah ibubapa yang overprotective..aku rase mak ayah aku dulu maybe overprotective kot..contohnya situasi (bukan situasi aku, aku kasi contoh je) seperti kalo aku nak beli gula katakan..pastu aku segan..aku pon balik la balik kat mak cakap segan then mak aku pon tolong belikan..aku rase maybe sebab tu..kalo tak pon time aku kecik dulu mak aku yang selalu carikan kawan..patutnya biar aku cari kawan sendiri kot (situasi aku yang sebenar)..hmmm..

p/s: AKU CERITA BUKAN NAK TAGIH SIMPATI TETAPI APA YANG AKU RASA DAN PENGALAMAN HIDUP AKU..itu je (haa kan aku cakap aku ni ade social anxiety padahal takde orang baca lagi pon aku dah letak p/s awal2)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...