Wednesday, February 8, 2017

Part-2 Fiddle kucingku

Sebelum Fiddle, aku ada juga kucing  lain seperti  T-tin. Nak tahu cerita pasal dia boleh baca sini 2. T-tin tu kucing yang spesial jugak macam Fiddle, dia selalu datang kat bilik aku. Tidur dalam bilik sampai terberak dalam bilik pun ada. haha.. 

Mot-mot pulak, kucing yang dibela selepas T-tin. Actually T-tin dengan Mot-mot adik bongsu aku yang ambik tapi of course la at last aku jugak yang paling menyayangi kucing tu. 

Aku tak tahu nak mula macam mana balik cerita fiddle, sebabnya hmm hati aku sedih kot. Bayangkan Fiddle sentiasa ada dengan aku. Dulu fiddle ni liar sikit, aku dekat je dia lari. Tapi tak tahu la, deep in my heart aku tahu aku boleh jinakkan dia. Aku tahu aku ada naluri binatang sikit, aku macam faham je binatang tu. Alhamdulillah usaha aku berjaya. 

Actually fiddle ni mula-mula abang aku yang bela dia. Dia ikut abang aku balik. Masa tu abang aku pergi kat ladang kuda mana entah. Disebabkan dah alang-alang dia ikut, abang aku pun belasah la ambil dia bawak balik dan bela dia. Macam-macam nama abang aku bagi limah la..cat la.. abang aku panggil die cat.

ha disebabkan abang aku panggil die cat in english tau, bukan in malay. aku pun teringat rhyme ayah aku ajar masa kecik dulu "hey diddle diddle, the cat and the fiddle..... " itu yang aku panggil die cat and the fiddle. akhir sekali melekat nama fiddle itupon setelah aku jaga dia la. akhirnya dia ada nama tetap. aku sayang sangat kat fiddle. Rasa macam fiddle dan aku ada satu jiwa yang sama. Mungkin sebab perangai dia kot. Fiddle die jinak dengan orang yang bela dia je, kalau orang lain macam stranger ke die tak datang. 

Fiddle kucing yang setia. Kalau anak dia orang lain kacau, dia marah orang tu. i mean stranger la. kucing rumah aku ni banyak itupon hasil dari anak fiddle. pastu anak fiddle pulak beranak jadi la banyak.

Aku pernah bawak Fiddle tidur dengan aku, tapi kalau bawak dia tidur memang kau takkan lelap sebabnya dia akan bunyi-bunyi panggil bagi dia makan. Fiddle ni memang kuat makan. Pantang ada orang makan, dia mesti mintak. Dia bunyi-bunyi. Ya ALLAH rasa rindu je nak dengar suara meow Fiddle.

Aku kalau makan memang aku akan bagi Fiddle, walaupun secubit. Kiranya Fiddle ni kucing V.I.P dalam rumah ni. I mean bagi aku at least. Sebab aku sayang gila dengan Fiddle. Bagi aku kalau kucing lain takde takpe lagi, jangan Fiddle yang pergi dulu. Sampai macam tu sekali sayang aku pada dia.

Fiddle pandai tangkap tikus, dia makan tikus. Fiddle selalu lepak dalam bilik aku. Duduk atas sejadah. Dia kadang tidur atas tu. Pernah suatu hari tu aku tengah study kot, aku main-main dengan dia guna pen. dia gigit pen tu sampai ada kesan lubang. kesan akibat gigitan Fiddle. Aku masih ada lagi pen tu. Termasuklah dia gigit sedikit mukasurat Al-Quran aku.

Selalu kalau aku peluk Fiddle aku rasa tenang sikit sebab entahlah rasa macam ada connection jiwa dengan dia. Dia pun seolah-olah peluk aku balik. Maaf air mata aku mengalir masa taip ni.

Fiddle satu-satunya kucing yang aku dukung, belai-belai semua dia ok je. Kucing lain, tak berapa suka sangat. Aku suka cakap dengan Fiddle, sebabnya dia mesti balas balik. Dia meow balikselalunya. Kalau dia tak meow pun, dia kan kelip mata seolah-olah dengar apa aku cakap. Dia akan gerak-gerakkan ekor dia.

Sampailah Pijul datang............


bersambung part3 nanti ya..

FOR PART 1 BACA SINI - Part 1



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...