Friday, May 29, 2015

EDISI CERPEN: Kisah Hantu/Jelmaan Kucing


Comel kan kucing kat atas tu? Tapi kesian pula pada budak tu tak dapat makan, tapi kucing tu elok je makan lepas itu besar dan gemuk. 

Kembali pada tajuk, aku nak cerita pada kalian cerita yang aku alami sendiri. Hmm nak kata cerita hantu boleh jadi jugak... camni la benda tu....

HANTU KUCING KE JELMAAN KUCING??

Ceritanya bermula begini, pada hari isnin malam 25/5/2015, aku dan adikku Azim pergi berkaraoke di Greenbox selepas menghantar adik bongsu aku, Iman pergi tusiyen di area yang berdekatan. Tuisyen itu bermula dari pukul 8-10 malam.

Kitaorang start karaoke pukul 8.10 malam. Menurut orang tu karaoke package kitaorang tu habis sampai pukul 2 pagi.

Gila ke apa nak karok sampai pukul 2 pagi kan..harga mahal juga sebab dia kira satu kepala RM42. Selalu aku pergi time lunch murah sikit dalam RM12-20 satu kepala karok 3 jam (yang time lunch ni harga depend kepada makanan yang korang order, air boleh refill).

Tapi yang ni maybe sebab malam so lagi mahal tapi boleh karok sampai start pukul 8 malam sampai 2 pagi sama dengan 6 jam.

Bila dah start karok memang tak boleh nak berhenti la, lagi-lagi kitaorang ni memang suka sungguh dengan karaoke. hehe ...

Tambah pulak bayar mahal apa lagi gunakan semua masa yang ada. Pastu aku pun bagi cadangan kat Azim "Apa kata akak pergi ambil Iman pastu hantar dia balik rumah kemudian akak datang sini balik. Haa boleh la kita karok lama sikit sampai pukul 11.30 malam ke kan"

Azim pun setuju je dengan cadangan aku.

Dalam pukul 10 aku pun keluar dari Greenbox tu. Masa aku keluar tu staff tu tanya aku then aku tunjuk tag kat tangan aku dan cakap "Saya nak keluar sekejap nanti saya masuk balik"

Dia tanya lagi "Bilik no berapa? You sorang ke?"

Aku pun balas la "Tak, ada lagi sorang kat dalam"

Dia jawab "Ok"

(Lupa nak bagitahu sekarang kena pakai tag kat tangan macam masuk theme park, mungkin takut orang menipu).

Aku juga hampir accident masa nak ambil adik aku balik tusiyen.Tapi ALHAMDULILLAH aku ni cekap memandu jadi aku buat macam ala-ala kereta drift sikit dan ALHAMDULILLAH lagi kereta tak kemek. Kalau tak dah kena LANGGAR dah..

Dah sampai di Pusat Tuisyen Cikgu Mariam tu, aku tengok dah tak ramai budak-budak dah. Aku nampak dah adik aku, Iman tapi dia boleh pulak buat tak nampak je kat situ. Aku pun hon-hon la kereta. Dia buat dek je.. Adeh..

Ada la dua budak lain kat situ yang pandang aku, siap dok tanya-tanya lagi masa aku honkan kereta tu mungkin beritahu budak sorang lagi kot-kot yang hon-hon tu kereta mak ayah dia.

Aku pun terpaksa menurunkan cermin kereta dan menjerit panggil adik aku. "Woi Iman, pekak ke apa? Penat aku hon-hon ko buat tak tahu je"  (Jangan terperanjat, kitaorang memang ganas sikit percakapan, ke aku yang cakap ganas tapi jangan risau memang perbualan kitaorang camni)

Barulah dia pandang tempat aku menapak tadi. Aduyai.. Ade jugak macam ni.. Ada ke selamber je dia jawab "Iman tak nampak pulak ada kereta kat sini"

"Ko biar betul tadi ko dah pandang tu apa?"

"Iman pandang tempat lain kat pakcik motor"

"Apedaa.. dah la pekak, tak nampak pulak, apa benda yang ko fikir? ish..ish.."

Dia jawab dia tengah fokus ape ntah..

Lepas dah hantar dia balik rumah aku sempat masuk ambil kunci rumah sambil bagitahu pada ayah aku  "kitaorang balik lambat sikit malam ni".

Then sampai sana aku parkir kereta di tepi jalan. Aku lihat pintu shopping mall berkenaan telah ditutup, jadi aku terpaksa guna laluan pintu kecil yang menggunakan tangga.

ALHAMDULILLAH pintu yang aku masuk tadi memang terus menuju keluar ke GreenBox. (Aku mana tahu pintu mana nak guna, aku belasah je masuk. Aku mana pernah masuk shopping mall yang dah ditutup pintu besarnya).

Sampai GreenBox kemudian aku sambung karoke dengan adik aku. Aku fikir bukan kami sahaja yang karok sampai pagi disitu. Bila dah nak dekat pukul 12 baru aku sedar YA ALLAH dah pukul 12 tengah malam. Tapi aku karok jugak..huhu..

Waktu hampir ke 12.30 malam baru kami beredar dari pusat karaoke berkenaan. Tapi jika diikutkan hati memang nak je aku karaoke sampai pukul 2 pagi, tapi bila mengenangkan keesokkan hari aku bekerja jadi tidak jadi berbuat demikian.


Dalam perjalanan balik ke rumah, seperti biasa kami lalu di U-turn dekat dengan stesen minyak Petronas. Semasa membuat U-turn, adik aku Azim ternampak kucing sebijik macam kucing aku yang ada di rumah.

"Eh kucing tu macam cho-cho la"

"Mana? AAh la..Ntah-ntah Milo tak, jom berhenti tepi tu nak tengok kucing tu"

(cho-cho tu anak kepada milo, muka pun lebih kurang sama, cuma milo dah hilang)

Bila dah abis buat U-turn kami masuk ke selekoh sebelah kiri dan sempat memberhentikan kereta semata-mata nak tengok kucing tu. Masa itu kereta kami berada di seberang jalan, bukan tepi kucing tu.

Aku pun menurunkan tingkap kereta dan panggil kucing tu "Cho-cho...milo...Cho-cho ke tu ?? cho-cho buat apa tu?? ..ko macam kucing aku la.. cho-cho"

Masa aku panggil kucing tu, kucing tu sebenarnya tengah jalan terus, kemudian terus terhenti pandang kitaorang. Pandang tepat arah kitaorang. Siap badan pun pandang kitaorang. Bukan pusing muka je tapi dengan badan sekali ala duduk macam kucing duduk.

Dalam masa yang sama, adik aku pun tegur juga kucing tu "Cho the chi...." 

Akhir sekali aku cakap dengan kucing tu "Hehe.. takde la aku gurau je..ko teruskan la jalan" 

Kemudian kami pun meneruskan perjalanan, dalam masa yang sama aku pandang je ke arah tempat kucing tadi, tapi oleh kerana kucing tu berada di seberang jalan sana jadi tidak berapa nampak semasa kereta tengah jalan tambah dengan pagar tepi jalan tu kan..ala pagar macam kat tepi highway tu. 

Akhirnya aku nampak juga arah kucing tadi, malangnya kucing tu tiada. Aku rasa dalam tiga saat je tiba-tiba dah hilang.

Aku: "kucing tadi dah hilang la"

Azim : "biar betul.Tipu la"

Aku: "ek eleh. betul la. takde masa aku nak tipu la"

Azim: "ok jom kita tengok balik"

Aku: "ok jom la, ingat akak tipu ke"

Azim: "let's do this! kita pusing balik tengok ada tak kucing tu"

Sampai tempat tadi, kitaorang tengok seberang jalan sana tu memang sah kucing tu hilang. Memang takde.

Azim cakap "betul la dia hilang"

"Ha kan betul, mana ada akak tipu"

"meremang pulak bulu roma ni". Saampil pandang seat belakang adik aku cakap "mana tau ada kat seat belakang". 

ALHAMDULILLAH tiada. Gila sungguh la kalau ada.

Aku terus istighfar banyak kali. Selepas tu aku buka radio IKIM.fm dan ALHAMDULILLAH ayat-ayat Al-Quran berkumandang di radio tersebut. Aku juga buka surah Al-Baqarah di handphone aku dan perlahankan volume radio. Sengaja aku buka radio biar dengar sampai belakang.

Kami meneruskan perjalanan dan berbincang dalam kereta pasal kejadian sebentar tadi.

Aku: "macam tak percaya dia boleh hilang, nampak sangat bukan kucing"

Azim: "Selamat la dia menjelma jadi kucing kalau jadi rupa lain"

Aku: "Haah kan.Lupa pulak sekarang pukul berapa, boleh pulak kita gi tegur dia tadi"

 Azim: "Itu la... akak nanti malam ni kita tido sama la"

Aku: "memang pun.." 

Azim : "nanti kita cerita kat abah la"

Aku: "kalau abah dah tido camne?"

Azim: "Esok je la camtu"

Aku: "Kita dua beradik asyik kena je la, dulu masa kecik kena dengan hantu assalammualaikum, ni sekarang hantu kucing pulak" (nanti kalau ada masa aku cerita pasal hantu assalammulaikum)


Azim: "tu la"

Bila dah sampai di rumah. Aku keluar dulu dari kereta. Sambil menunggu adik aku parkir kereta, aku pergi melihat kucing aku yang bernama cho-cho. Kelihatannya elok saja dia tidur atas kereta. Pada waktu yang sama handphoneku yang masih tetap berkumandang surah Al-Baqarah.

Pabila hendak masuk rumah, aku bagi salam dan masuk menggunakan kaki kanan dahulu. Afdhal masuk rumah guna kaki kanan supaya tiada makhluk halus yang ikut. InsyaALLAH..


Adik aku siap cerita kat mak aku mengenai kejadian tadi.

Azim: "Tadi jumpa kucing macam cho-cho, pastu kan dia hilang" 

Mak:"Cho-cho la tu" (Mak aku ni actually penakut sikit so suka fikir positif je walaupun tahu kebenarannya).

Azim: "bukan cho-cho tapi jin"

Aku: "Rupa dia sebijik macam cho-cho kan, cuma dia takde rantai macam cho-cho. Patutnya kalau kucing biasa dia pandang sekejap masa kita panggil pastu lari, ni tidak kita panggil dia terus pandang tepat tu.. siap berhenti jalan..nape la akak tak rasa pelik tadi"

Inilah first time pengalaman aku kena something yang macam ni. Benda tu hilang selepas beberapa saat kitaorng bergerak dari tempat tu. Kalau orang lain maybe dah meremang bulu roma kan? tapi aku tak, sebab memang ALLAH tiada bagi ability macam tu pada aku.

Berdasarkan pengalaman aku masa kat kampung dulu, aku ingat lagi masa tu waktu maghrib. Perut aku pula memulas aku pun terus pergi ke tandas diluar rumah. Jarak tandas dengan rumah jika ikut pintu belakang memang dekat sangat. Orang cakap dekat gila la.

Selesai urusan aku, baru aku lihat jam di tangan aku, dalam hati aku berkata "Eh waktu maghrib ke?" Jam menunjukkan pukul 7.40 malam pada waktu itu. Selamat aku pakai jam pada waktu tersebut.

Aku pun keluar dari tandas. "Ya ALLAH gelapnya tak nampak apa-apa langsung". Aku cuba buka pintu belakang. "Alamak dah tutup pulak, dah la gelap nak mampus ni". Terpaksa aku guna jalan yang jauh untuk ke depan.

Tiba-tiba aku dengar bunyi seperti ada orang berjalan di atas atap pangkin di belakang rumah. Di belakang rumah wan aku ada pangkin dan juga bangsal tempat letak kayu api. Bunyi itu aku dengar dari arah pangkin.

Dalam hati aku waktu tu "Aku nak lari ke apa ni? Kalau aku lari nanti takut dia kejar pulak? Takkan monyet pulak,tak mungkin la..mana ada monyet waktu camni..monyet pun dah tido". Akhirnya aku buat keputusan untuk jalan seperti biasa konon-kononnya aku tidak dengar apa-apa.

Pabila sampai di pintu depan aku segera masuk kedalam rumah. Apa lagi, aku terus cerita pada saudara mara aku tentang apa yang berlaku.

Masa tu sebenarnya kami semua sudah bersiap-siap untuk balik kerumah masing-masing, sebab itulah pintu belakang dikunci awal.

Selepas aku cerita, beberapa minit kemudian adik aku Azim pergi tinjau di belakang melalui tingkap dapur. Dia nampak macam lembaga pocong tapi lembaga tu baring atas atap tu.

Paklang aku pun nampak sesuatu tapi dia cakap takde apa la. Mungkin dia sengaja tidak mahu kami semua takut. Bila dah jadi macam tu barulah sepupu aku, gelarannya kakyong membuka cerita. Kakyong beritahu dia nampak ada benda putih terbang mungkin sehari dua sebelum ini, masa tu pukul 12 lebih nak ke 1 pagi rasanya.

Itu la pengalaman aku, memang aku takde rasa meremang bulu roma waktu itu. Aku memang pelik tapi itulah hakikatnya.

Kembali pada cerita sebenar aku, malam tu aku tidur di bilik adik aku. Adik aku yang bongsu sudah lena dibuai mimpi, masakan tidak jam sudah menunjukkan pukul satu setengah pagi.

Seringkali waktu tidurku memang aku membuka bacaan ayat-ayat Al-Quran. Alhamdulillah tidurku malam itu tidak diganggu.

Pada keesokkan harinya aku menceritakan kejadian semalam pada ayahku. Ayah aku cakap "takde apa la tu".

Panjang sungguh cerita aku..Apa kata aku habiskan disini saja..ok lah jumpa lagi..

Friday, May 22, 2015

Truth hurts / Kebenaran itu pahit



Assalamualaikum,

If many of you readers have read the tittle i guess you would know what this post about right?

Yup it is about truth or in malay 'KEBENARAN'.

Indeed that truth may hurt you, but i believe it is better than you don't know the truth at all. If you don't know or didn't want to know, you will be wondering for the rest of your life not knowing it.

I always believe that we should always seek the TRUTH. About what we didn't know or maybe we know about it a bit but doesn't quite sure. 

Recently or should i say 'sudah lama dah' I knew about the news it just i want the certainty whether what i knew is really happening. Surprisingly YES.

It is happening but i shouldn't blame him cause i let him go. I AM THE ONE who asked him to go to her so i should know better. Maybe after i broke his heart he went for her, so i supposedly shouldn't be too surprise right?.

OR

Because I don't showed him that i really care for him or love him maybe? So that's why he gave up on me and went for her. Probably right?..


UNFORTUNATELY I am a little bit disappointed cause THE TRUTH REALLY HURT ME.





But i know what i feel, i am so true about what i said  how I LOVED HIM. I know he love me too by the way of his action towards me.

Although it disappoint me but i should let go about the past right.

I dua' for him everyday eventhough i knew the truth. I just want to know the truth cause i don't want to be wonder all my life what really happen..but actually it's only a little bit of the truth not all cause the rest of the story i still don't know..

And yes i still wondering what is the rest of the story but hmm...like how they met? how and..
Why? why?

Although it was too late....i just hmm..

If you can understand what i feel right now maybe you would know better....

BUT DON'T WORRY I accept it...Itu semua takdir ALLAH..

Friday, May 15, 2015

Kenangan Terindah Untukku



ALHAMDULILLAH...


Akhirnya aku dah redha atas segala ketentuan-NYA..

Aku dah boleh redha dia dah tiada buat selama-lamanya..



Aku dah boleh move on continuing my life like before this..makan dah ok, semua la except my sleep only..

But i never forget about him, everything...NEVER..

Tentang hati aku..nak kata hati aku terbuka hmm tak jugak..nak kata hati aku tertutup selamanya tak jugak..aku akan terima takdir ALLAH itu sahaja aku boleh cakap buat masa ini..


Dia akan Aku jadikan kenangan terindah dalam hidup aku..

I know i will never met a person like him anymore..That's i'm sure..

And this will be a lesson on my life, my future.. so that i will never repeat the same mistake again.

InsyaALLAH..






Tuesday, May 12, 2015

Pergi Kesana


Assalammualaikum,

Aku sebenarnya kurang faham mengapa aku seperti tidak diizinkan untuk kesana.

Padahal aku pergi bukan menziarah sahaja tapi kerana ada kenduri kahwin abang dia. Ingat aku saja-saja ke buat cerita supaya aku pergi sana.

Aku tak pernah tipu, kalau aku cakap pergi menziarah ,memang aku pergi menziarah la.

Kalau aku cakap pergi orang kahwin so pergi orang kahwin la.

Aku tak minta pun duit mereka untuk kesana tapi kalau nak bagi aku OK je.

Actually 30/5 hujung bulan ni ada kawan aku kahwin kat sana. Tapi bila aku fikir aku baru je pergi awal bulan 5 hari tu, so takde la pergi sana. Tapi jika diikutkan hati memang aku nak je pergi.

Jadi aku rasa aku pergi bulan Jun ni sepatutnya tiada masalah kan..

Tolong la faham perasaan aku.

Kalau kubur dia dekat, aku pergi la seminggu sekali entah-entah 2 kali seminggu..tak kisah la orang nak cakap apa pon. Malangnya jauh jadi aku tak boleh pergi selalu just doa dari jauh.

Lagipun memang dalam buku ROH yang aku baca tu, memang Roh akan suka bila kita menziarah mereka.

Tambahan pula aku bukan pun meraung bila pergi sana, aku cuma baca Yasin je. Aku rasa tiada salahnya..

(P/S: ada hikmahnya aku dapat pekerjaan masa 17/3/2015 haritu, jika tidak tentu aku tiada fulus untuk kesana )

Monday, May 11, 2015

Tidurku Masih Belum Lena


Assalammulaikum,

Aku cuma nak tulis yang tidur aku masih belum lena sepenuhnya,
Aku seringkali terjaga tengah malam, mungkin juga ALLAH nak aku sembahyang sunat, Mungkin..

Yang pastinya semenjak hari kejadian (baca pada post yang lepas) tidur aku tidak lena seperti dulu.
Mungkin kerana terlalu banyak benda difikiran aku.

Bukannya aku sukar tidur cuma tahap lena tu tak macam dulu.

Tidur aku menjadi tidur yang tidak berquality kerana aku tak rasa refresh pada keesokkannya.

Kalau tidur pun sebab terpaksa tidur camtu la..cuma tidur sudah tidak quality seperti dulu.



Thursday, May 7, 2015

SEQUEL I AM 4U : MENZIARAH / VISIT TO .....



Assalammualaikum semua,

ini adalah sambungan kepada PART 8-ENDING. I know the title sounds like its the end of the story. 

Actually yes it is the end of the story it just like i want to elaborate more on part that AKU PERGI MENZIARAH KELUARGA DAN PUSARANYA.

FIRST OF ALL, AKU NAK UCAPKAN TERIMA KASIH PADA KY DAN LR YANG SANGGUP BAWA AKU KESANA UNTUK MENZIARAH KUBUR ARWAH. TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT HANYA ALLAH JE DAPAT BALAS JASA KORANG.

Pada hari Jumaat 1/5/2015 tu aku excited gila tak sabar-sabar nak datang sana. Aku bertolak dari KL ke Perak bersama kawan aku KY dan LR. Disebabkan kami bertolak sebelah petang lepas sembahyang jumaat jadi jem teruk juga. Pada mula tu ok la pastu sampai di Rawang tu mula la highway menggila.
 
Bila highway menggila kitaorang pon menggila juga dalam kereta. HAHAHA.. Dah takde apa nak buat kan jadi kami banyak berborak-borak dan gelak-gelak. Jem tersangat teruk sepatutnya perjalan 4 jam jadi 9 jam. Itu pon dah lepas isyak tu baru kitaorang sampai Tapah.
GILA KAN.. tapi nak buat macam mana semua orang KL nak balik kampung masing-masing. Kalau rasa nak kencing tu tahan je la ya..Banyak jugak orang yang berhenti tepi jalan dan kencing tepi semak tu.

Aku kesian juga pada KY sebab dia seorang je yang drive. Aku ni tak reti drive manual. 

ALHAMDULILLAH selepas RNR Tapah tu jalan lancar. (Kitaorang memang berhenti RNR Tapah untuk berehat, makan  dan buat la apa-apa yang patut pun you know..huhu)

Akhirnya sampai juga di simpang Changkat Jering. Disini kami bermalam di rumah Opah LR. Malam tu aku tak berapa tidur lena sangat gara-gara tempat baru. Yelah rumah kita tak pernah tidur kan.

Actually aku ingat kalo sampai awal masa JUMAAT 1/5/2015 tu boleh la direct menziarah, tapi kan jem teruk jadi takde la. Sebabnya buku roh yang aku baca tu ada tulis yang ROH BOLEH TAHU ORANG DATANG MENZIARAH DIA HARI JUMAAT sehingga SABTU SEBELUM TERBIT MATAHARI. Maksudnya kalau hari lain kita datang dia akan tahu kita datang masa hari JUMAAT. Nanti kalau ada masa aku buat post pasal buku roh yang aku baca tu.

Pada keesokan harinya hari Sabtu 2/5/2015, aku ni dah excited gila tak sabar nak pergi dan tengok dengan mata aku sendiri pusara arwah AAA. Aku dah siap2 dah pakai baju blouse tu dari pagi kol 6 pagi.

Disebabkan aku tidur di rumah orang jadi nak tidur lama-lama tu segan juga jadi aku bangun macam biasa aku bangun untuk pergi kerja pukul 5.30 pagi padahal aku dah bangun pukul 5 pagi tapi tengok orang semua tidur lagi jadi aku sambung la tidur sampai la pukul 5.30 pagi aku bangun balik.

Sebenarnya planning memang nak pergi awal la dalam pukul 10 pagi. Tapi oleh kerana Opah LR suruh LR masak dulu untuk makan jadi lambat sikit la dalam tengah hari baru kitaorang pergi ke Pantai Remis.

Daripada pakai blouse tu aku tukar la baju t-shirt biasa untuk tolong mereka memasak di dapur. Lagipun memang Opah ajak sekali. Opah siap bahagi-bahagi tugas lagi. Lepas dah siap LR masak tu kitaorang makan dulu kemudian baru siap-siap untuk ke sana. Kitaorang ada berbual pasal nak pergi sana.lebih kurang camni:-

LR:"Hanna ko rasa kita patut pergi kubur dulu baru pergi rumah dia ke camne?"

Aku:"Aku ni tak reti sangat pasal ziarah-ziarah ni"

LR:"Takpe la camtu kita tanya KY"

LR pun tanya pada KY.

LR:"Kita nak pergi kubur dulu baru pergi rumah dia ke camne?"

KY: "Kalo ikut adab kita kena ziarah keluarga dulu baru pergi kubur dia. Tapi hari ni kan hari minggu mesti ramai keluarga dia balik. Nak-nak pulak kejap lagi dah tengah hari"

Aku:"Aah kan betul jugak tu"

LR;"Habis tu camne?"

KY:"Kita pergi la rumah dia dulu. Boleh je nak pergi kubur je, tapi kot sat lagi kalau pergi kubur je karang nanti ada babak macam cerita P.Ramlee kenapa kamu menangis di kubur ibu saya?"

Aku dah tergelak dah. Haha...

-------------------------------------------------
Aku rasa dalam 12 kot  kitaorang bertolak. Sebelum pergi tu kitaorang singgah dulu di kedai untuk beli sedikit buah tangan. 

Semasa dah sampai di Pantai Remis, kami terlepas simpang nak ke rumah arwah yang sepatutnya kami masuk jadi kami guna la simpang yang lain. Jalan kat dalam tu memang complicated jugak, boleh sesat kalau tak pernah pergi. 

Alhamdulillah KY dan LR pernah pergi sebelum ni jadi takde la sesat. Pastu ada satu selekoh dah nak sampai rumah arwah ada macam kenduri kahwin Perbualan kami lebih kurang macam ni:-

KY : "Eh ada khemah la kat depan tu. Ah sudah. Timing macam tak betul je kita datang ni".

LR dan Aku : "Biar betul?"

Aku : "Weh betul la ada kat depan tu, takkan kenduri tahlil pulak? Macam bukan je".

KY : "Macam orang kahwin je.Sapa pulak yang kahwin ni?"

Aku: "Sapa yang kahwin? takkan la ada adik dia pulak kan, dia baru je dikebumikan"

Agak lawak jugak disitu. Hehehe..Selepas kitaorang dah jalan depan sikit (dalam kereta) baru nampak kebenarannya.

KY: "Bukan rumah dia la. Rumah dia sebelah tu."

Tergelak jugak la kitaorang. Tersalah rumah rupanya. Patut la ada kenduri kahwin.

Selepas dah park kereta, kami pun berjalan kaki menuju ke rumah keluarga arwah. Malangnya pada hari tersebut hanya adik arwah sahaja yang ada.

Adik arwah putih orangnya, terperanjat juga kali pertama aku tengok dia sebab arwah tak camtu. LY cakap mak arwah putih jadi no wonder la adik dia putih. Mak dan ayah arwah tiada di rumah kerana pergi ke majlis perkahwinan jiran mereka.

KY dan LR sahaja yang cakap dengan adik arwah, aku diam je. Lagipon aku memang tak tahu nak cakap apa. Aku memang tak pernah ada pengalaman menziarah keluarga yang baru kehilangan. INI LA FIRST TIME.

AKU JUGA TAK PERNAH PERGI JAUH SEMATA-MATA NAK TENGOK PUSARA KAWAN AKU. (maybe sebab semua kawan baik dan ahli keluarga juga saudara mara aku yang rapat masih hidup lagi)

Diaorang cakap la yang kitaorang ni kawan arwah dan datang nak menziarah mereka untuk tanya khabar dan ziarah kubur sekali. Kitaorang bagi buah tangah yang dah dibeli tadi dan selepas itu minta diri untuk terus menziarah pusara arwah.

Akhirnya sampai juga di kubur. Aku rasa happy akhirnya aku dapat tengok dimana kubur arwah dengan mata aku sendiri.

ALHAMDULILLAH cuaca pada hari tersebut sejuk sahaja. Walaupun kami pergi pada waktu tengah hari tiada panas terik langsung. ALHAMDULILLAH ALLAH makbulkan doa aku agar cuaca elok pada hari itu.

Masa sampai di kawasan kubur tu perasaan aku ok je tiada rasa apa-apa lagi. Bila dah melangkah masuk tu aku bagi salam yang general untuk semua ahli kubur.

KY dan LR tunjuk pada aku kubur dia. Masih tiada batu nisan lagi yang ada cuma pokok sebagai penanda sementara.

Aku masa tu macam tak sanggup je nak bagi salam kat arwah. 'Takpe kot sebab aku dah bagi salam yang general awal-awal masuk tadi' hati aku berkata-kata. Mungkin juga aku segan dengan kawan aku. Entah lah pelbagai perasaan yang ada.

Masa nak mula baca Al-Fatihah sebagai intro baca Surah Yasin tu hati aku mula macam tak stabil.

Aku cakap kat LR "Aku macam........" Mata aku mula berkaca. Mengalir air mata aku seketika. Aku tak dapat tahan perasaan aku.

LR : "Takpe perlahan-perlahan". LR pun maca surah Yasin dulu.

Aku cuba baca Al-Fatihah dan Yasin perlahan-lahan dengan air mata yang masih ada. Mula-mula tu terhenti-henti sebab nangis pastu dah lama-lama tu aku kuatkan diri dan meneruskan bacaan.

Dalam pada masa yang sama masa kitaorang tengah baca Yasin, adik arwah datang. Adik arwah duduk sebelah KY. KY pun berborak-borak dengan adik arwah pasal sakit arwah macam mana bermulanya sakit tu sebenarnya.

Mujur juga pada masa adik arwah datang airmata aku tidak mengalir lagi. 'Gila ke, nanti mesti dia fikir apasal aku nangis pulak kan, well i'm just a friend right? so act like a friend ok'

Tapi dalam hati aku masa tu "asal la adik dia datang, aku baru nak luah perasaan". Aku ingat lepas dah baca Surah-Yasin tu aku macam nak cakap-cakap sikit la kat arwah. I wanna let out all my feeling there but unfortunately his sisters are there so nak tak nak aku kena sabar.

Aku rasa kalau aku pergi seorang di kubur dia mesti aku lagi sedih lagi banyak nangis. Aku cakap dalam hati aku "takpe-takpe nanti aku datang lagi".

Sesudah baca Yasin tu, aku dengar la perbualan mereka. Actually aku tak berapa dengar sangat perbualan tu. Suara dia perlahan sangat kot atau aku yang kurang pendengaran.

Tapi yang jelas aku dengar adik dia sebut nama S tu, dia cakap camni "kawan arwah S mesej tanya alamat kat mana sebab wakil dari Universiti nak datang".

Tak silap aku S tu JPM (Jabatan Perwakilan Pelajar). Aku dengar je nama tu rasa cam hmm.. faham-faham je lah ye. Rasa cam sibuk je minah tu je tapi sebab dia sebut kawan jadi aku ok la jugak. Jadi aku tahu la S tu dah datang masa hari itu. 

Bila dah habis berbual tu kitaorang pun minta diri untuk pulang. Borak punya borak lupa tanya nama adik arwah. Nama adik-adik arwah juga start dengan huruf A.

Masa LY cakap kat arwah yang kitaorang gerak dulu pastu bagi salam, aku pun ikut bagi salam. Aku seperti biasa tak sebut pun nama arwah. Aku macam hmm entahlah....

Dalam kereta aku tanya KY apa yang adik arwah cakapkan. KY cerita la pasal rentetan penyakit arwah.

Mula-mula arwah rasa kebas sebelah tangan kiri. Tapi biasa la kadang orang ingat kebas-kebas biasa. Lepastu ada demam pulak. Ala mesti orang ingat demam biasa kan. Paling teruk yang batuk-batuk tu la. Mula pergi ke hospital kot ke klinik aku lupa pulak tapi diaorang takde detect apa-apa lagi siap bagi dia balik cam biasa (hospital kot).

NAK TAHU CERITA LEBIH LANJUT PASAL SAKIT ARWAH BACA KAT SINI PART-8 YANG AKU HIGHLIGHT WARNA BIRU.

Kisah yang arwah koma ni sebenarnya macam ni, doktor tu ada bagitahu la effect ubat tu kalau dia ambil akan jadi koma.

BUT HE INSIST ON TAKING THE DRUG maybe because he can't stand the pain anymore. Actually his family disagree on this, yelah kan elok-elok boleh cakap lagi kenapa nak koma pulak ni.

Because umur dia pun dah lebih 21 years so boleh buat keputusan sendiri even family tak bagi. JADI ARWAH YANG NAK UBAT TU so family tak boleh buat apa-apa.

ON SUNDAY 5/4/2015 THE DRUG WAS INJECTED. THAT WAS THE START OF HIS COMA. Selepas subuh pada ISNIN 6/4/2015, arwah dah mula kritikal. Mengikut kata adik dia, arwah menghembuskan nafas terakhir tepat 8.30 pagi.

Mungkin juga badan arwah tidak dapat tahan ubat berkenaan dan ajal sudah tiba jadi dia dijemput ILAHI.

Adik arwah juga cakap yang family mereka tak ambil pun keputusan biopsy tu. Yelah dah tau kan CARCINOMA tu apa, masa yang result air dalam paru-paru dia tu. Lagipon buat apa nak ambil result tu arwah dah tiada dah pun, result pun lambat sangat keluar.

Korang tahu tak lepas aku dapat tahu cerita ni aku mula berfikir macam-macam. Kalau dia terus koma maybe dia boleh hidup lagi dan macam-macam la aku fikir. Sampai sekarang ni aku masih berfikir.

Tidak dinafikan memang aku GEMBIRA akhrinya aku dapat tengok kubur arwah.

Lima minit selepas kami meninggalkan kawasan kubur tu rintik-rintik hujan mula turun. ALHAMDULILLAH masa kami di kubur tadi hujan tidak turun. Aku bersyukur sangat.

Perasaan aku selepas meninggalkan kawasan kubur tu macam sayu je. Rasa macam tak nak pergi je dari situ.

'Aku bertekad aku akan datang lagi untuk menziarah arwah' mungkin pada waktu tu batu nisannya sudah ada. INSYA-ALLAH aku datang lagi.

Jika aku ikutkan hati aku ni rasa macam nak nangis lagi je tapi aku tahankan masa dalam kereta KY tu. Masa duduk rumah family LR hari ketiga pun aku sedih lagi tapi aku tahan je.

Dipendekkan cerita bila dah balik di KL pada hari ISNIN 4/5/2015 baru lah aku dapat lepaskan tangisan yang aku tahan-tahan tu, cumanya takde lah teruk nangis cam dulu..ok sikit la.

ALHAMDULILLAH LEPAS DAH TENGOK DIMANA PUSARA DIA AKU LEBIH ALIVE TAKDE LA RASA TERKILAN SEBAB TAK DAPAT TENGOK KAT MANA PUSARA DIA. RASA LEBIH OK, DAN BOLEH  REDHA DIA DAH TIADA.
 -----------------------------------------------------------------------------
P/S: This was a chronology of POEM that i made since HE CAME TO MY LIFE (ada juga yang bukan poem)

1.NEVER THOUGHT (just inspiration from him)
2. JUST MY HEART SAYING
3. LIKE A PENGUIN LOVE
4. I THINK I LOVE YOU
5. FEEL
6. HAVE I LOST MYSELF
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...