Posts

Showing posts from 2021

Kisah litmatch part 6 - Roh aku pernah jumpa dia?, Part 2: Kenal dengan Z

Image
Sambungan daripada kisah litmatch tu boleh baca sini part 2 . Aku kan kawan dengan Z tu kan, actually pada mulanya aku suka gitu-gitu je la. Suka as friend not more than that. Takde serius pun. Sebab aku ni jenis memilih jugak tengok rupa kononnya.  Ala biasa la semua orang ada ciri-ciri orang yang dia suka kan. Aku actually suka yang tall, dark, handsome. Ala cam pelakon tu Remy Ishak. Kulit camtu.  Aku tak gemar sangat orang laki kulit cerah. Macam tak berapa macho ala contoh cam laki korea tu. Not my taste ok. Gitu kau nyah.  Tapi dah kalau ALLAH bagi perasaan tu. Siapa kau untuk menidakkan. Macam aku sayang arwah dulu tu. Dia biasa-biasa je keding, tak handsome pun, kulit coklat,  dan tinggi. Dalam kes ni, perasaan tu lahir dalam hati aku ni pelik sangat.  Aku pun terperanjat dengan diri aku.  "Eh aku dah jatuh dengan budak tu ke?"  "Perasaan apa ni?"  Sampai macam tu sekali tau. Ingat aku mintak perasaan ni. Takde. Perasaan tu datang dari hati aku macam yang a

Tak reti emosi sangat

Image
 Assalammualaikum, Lama aku tak tulis kat dalam ni. Cewaah. Padahal baru je seminggu dua kan. Lama jugak la tu.. hehe Aku tak tahu nak tulis apa. Entah kenapa entah.  Takde feel kot. Nak tulis ni pun kena ada idea apa nak tulis atau pun kena ada mood. Aku banyak tulis pasal perasaan aku kat dalam ni. Hakikatnya kat luar orang yang tak kenal aku akan cakap aku macam takde perasaan je.  Kalau pandang orang pun macam pandangan kosong, takde senyum ke apa. Orang pun judge aku sombong. Nak buat macam mana dah aku memang camtu. Aku kalau dengan strangers memang fail. Kecuali kalau orang tu sedara aku yang tak berapa rapat ke baru la senyum fake sikit. Tak reti la emosi gembira. Kalau gembira pun aku macam rasa something akan berlaku punya. Jangan gembira sangat, aku selalu remind diri aku, kecuali tu pemberian dari ALLAH.  Contoh aku takde kerja ALLAH bagi aku kerja. ALLAH bagi aku duit. Tu aku pandai gembira. HAHA. Selain tu tak pandai. Contohnya nak bersweet ke bermanja ke bersayang dengan

Kisah aku try online dating apps : PART 1- Hawaya apps

Image
Assalammualaikum semua, Kali ni nak cerita pasal pengalaman aku guna Hawaya Apps. Kononnya apps cari jodoh untuk Muslim kan. Ok aku cerita la beberapa orang yang aku jumpa dan bagaimana perangai mereka. Biasala benda online banyak merapu je lebih. Dalam banyak-banyak yang match ada beberapa orang je yang balas chat, bukan semua balas pun. Paling minimum pun cakap hi pastu senyap. First aku bagitahu je la nama sebab scammer kan, biar orang tahu sekali. Nama scammer tu Jeff Asim. Dia letak gambar melayu kat situ. Aku tak tahu gambar siapa yang dia curi. Mulanya aku pun tak tahu scammer, tapi lama-lama macam pelik pulak. Dia cakap dia orang Malaysia tapi dah lama pindah USA sejak dari umur 5 tahun. Pastu tak reti cakap melayu langsung katanya la. Aku pun layankan je la. Aku pun speaking la kononnya. Aku nak letak screen shot chat tu tak boleh. Itulah bagusnya Hawaya Apps ni kau tak boleh nak screenshot and screen recording apps tu. Aku dah cuba. Haha. So semuanya selamat la.  Dipendekkan

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z

Image
Post ni mungkin akan jadi panjang.. kalo nak baca part 1 klik sini .  Kisah aku kenal dengan Z tu kat bawah tau.Boleh skip terus baca bawah. Ok aku nak ceritakan kisah yang aku main litmatch tu. Tapi kali ni lebih details.  First aku main litmatch aku ada dapat sorang kawan ni aku letak H la ye. Lupa nak cakap masa tu litmatch maybe ok lagi sebab awal lagi tak terdedah pada ramai orang yang tak berguna.  Aku rasa la. Sebab dia ok je. Chat dengan dia ok tak gatal. Tapi dia ni macam tak bersungguh sangat nak berkawan kan. Macam saja-saja je.  Sebab aku pernah tanya dia pernah bercinta ke, dia cakap pernah tapi tak pernah jumpa. Semua nya online. Semua tak pernah jumpa. Kau rasa? Hmm memang tak la orang camni. Pastu aku pun cakap dalam hati "patut la kau kena tinggal". Pastu terus aku label die..hmm tak boleh mamat ni. Takde usaha untuk jumpa. Aku tak boleh orang yang takde usaha ni. Tak kisah la kau bercinta dengan orang tak sama negeri ke sebabnya kita ni masih negara yang sa

Musim pkp stress

Image
 Assalamualaikum, apa cerita? harap sihat la ye terutama sekali kesihatan mental anda la time-time pkp ni. Aku pun agak stress jugak tapi takla seteruk orang lain. Dia orang stress sebab takde kerja takde duit lagi worse dari aku. Aku memang dari time lockdown first dulu, sampai sekarang alhamdulillah kerja cumanya kerja aku ni sebab bahagian operation.  Kau bayangkan operation team 2 orang je. Sorang pick & pack barang including masukkan barang yang baru sampai ke warehouse, aku pulak issued invoice untuk bahagian ordering kan. Aku time busy nak mampus tu la, aku yang pick barang dari stor, aku yang check barang. Kau rasa tak ke aku stress. Lepas tu, tak berakhir disitu je. Aku jugak yang kena arrange untuk urgent order guna grab atau lalamove. Padahal order berlambak nak siapkan ni. Ikutkan hati aku nak je tolong bungkus (pack) barang sekali tapi kau tahu tak, meja pun alahai macam sekangkang kera je. Dulu kata nak tambah meja la apa la. Haram jadah. Tapi time desperate aku bungk

Update cerita ekzema dan jenis-jenis ekzema aku

Image
Assalammualaikum, Hai semua apa kabar? Harap sihat sejahtera. Lama aku tak cerita pasal sakit ekzema aku kan. ALHAMDULILLAH dengan izin ALLAH setelah aku ikhtiar pelbagai cara ada banyak kurangnya. Walaupun tak sembuh sepenuhnya ekzema aku tapi aku bersyukur ada banyak pengurangan.  Ekzema aku teruk. Satu badan termasuk muka, tapak tangan dan tapak kaki. Cuma yang paling teruk sekarang adalah kawasan jari aku.  Sampai aku terfikir kan, ada ke orang nak terima aku, ye la aku kan belum kahwin lagi. Rasa down teruk, self esteem low, insecurity dengan diri sendiri macam-macam la.   Aku cerita dulu jenis-jenis dia supaya korang tahu dan faham la ea. Lupa pulak ekzema aku dah bertambah jenis kalau dulu discoid ekzema ( sila rujuk gambar diatas), semakin aku berusia dia pun evolve ataupun melayu cakap evolusi. Dia evolve jadi jenis ekzema lain pula. Gambar dibawah adalah discoid ekzema dalam keadaan radang atau inflammation. Dia jadi berair. Gambar kat atas tu gambar masa dia kering. Itu tand

Kisah litmatch Part 4 - Audit hati

Image
 Sambung post lepas ye.. Lepas dah hampir 2 minggu tak contact. Entah kenapa jauh disudut hati aku macam still nak harap kan dia.  Walaupun aku sedar dia takkan nak kembali pun. Kalau betul orang tu sayangkan seseorang dia akan usaha kan betul tak. Lagipun sebelum ni pun aku je yang lebih-lebih so kali ni aku lebih berpihak pada otak aku.  Aku tidak lagi mengikuti hati aku. Aku tentang sekeras-kerasnya hati aku. Aku tak nak buat kesalahan lagi. Cukup-cukuplah.  Dalam masa yang sama aku sedar kenapa ALLAH uji aku macam ni. ALLAH nak preparekan hati aku supaya jangan ikut sangat hati ni kadang-kadang ni semua bisikan dari syaitan goda nafsu kita.  Daripada tak suka boleh suka. Lain tau sayang seseorang kerana ALLAH dengan kerana nafsu. Kita sendiri kena detect kita ni suka dia kenapa. Kita audit balik diri kita. Aku tahu pun sebab aku join group Telegram mengenai relationship  ni.  Bila fikir balik betul jugak. Kenapa aku suka dia kan. Kita kena analysis sendiri. Baru boleh move on denga

Kisah litmatch Part 3 - Mangkuk Jamban no. 2 (updated feb 2022)

Image
 ok ni cerita sambungan post yang lepas pasal si mangkuk jamban no 2 tu Aku cakap aku dah endkan relationship yang tah pape tu kan.. Tapi sebab aku tak nak menyesal. Lagi pun ending aku dengan dia macam tak elok je kan..So aku try la nak baik balik..cakap elok-elok Pada mulanya memang ok je.  Lupa pulak aku nak cerita, ALLAH ada bagi peringatan kat aku.  Masa tu aku kat dapur nak potong bawang, nak masak ayam masak merah ni.  Tibe-tiba tak pernah-pernah tangan aku kena potong pisau, boleh pulak terhiris. Banyak gila darah aku keluar. Sampai last-last mak aku jugak yang masak. hehe Aku pun fikir dosa apa yang aku dah buat ni. Ni mesti dosa maksiat hati la ni. ALLAHUAKBAR. Then, aku nekad aku nak bagi yang ceramah ustazah yang aku dengar kat dia la.  Sebab aku sayang dia.  aku tak nak aku dengan dia boleh tersalah pilih jalan pulak nanti. [updated version 2022 : masa ni aku fikir ni perasaan sayang, tapi sebenarnya hanyalah nafsu belaka] Kau tau apa jadi lepas tu terus dia tak contact a

Kisah litmatch Part 2 : kecewa jom kembali pada ALLAH (updated version feb 2022)

Image
Assalammualaikum para pembaca yang budiman *budiman ke*.. gurau-gurau Kali ni aku nak cerita pasal aku dah malas pulak fikir pasal jodoh.  Hari tu beria-ia aku cerita pasal cari jodoh ni kan.. tup tup aku dah berubah fikiran Nak tahu kenapa sebab, entah..aku ni terlalu overthinking sangat kot..tak tahu la kot aku ada penyakit mental anxiety ke.. entah la Kan aku cerita aku ada kenal dengan seseorang melalui apps litmatch tu, baca post lepas part 1  ,  kalau nak tahu.  updated feb 2022 : Kita namakan dia mangkuk jamban no. 2 la ye, ni yang umur dia 26 tahun tu. Actually aku ni jenis entah la mungkin mudah memberi hati pada yang tak sudi. Hambik ko ayat tu.. Walaupun dah disakiti banyak kali, hati aku ni tetap mahu berbaik sangka kalah akal aku atau otak aku ni. Otak dan hati tak sehaluan langsung.  Mungkin juga aku tak nak menyesal seperti kisah aku dulu. Tapi akhirnya memakan diri aku sendiri. My heart was too damn good. Pada hakikatnya, orang tengok aku tough kuat, hakikatnya hati ak

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Image
Assalamualaikum, Aku masih lagi di sini. Alhamdulillah masih hidup lagi.  Jikalau blogku sudah lama tiada post baru bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini. Alhamdulillah syukur pada hadrat ilahi syukur kepada ALLAH subhanahu wataala akhirnya aku dapat kerja dekat dengan rumah.  Lebih kurang 30 minit sampai tempat kerja.  ALHAMDULILLAH hidup aku baru nak stabil diusiaku yang menjangkau 30 an.  Aku bukan seperti orang lain muda-muda hidup dah stabil.  Hidup aku banyak ujian. Baru sekarang ALLAH hadiahkan aku sedikit kesenangan hidup di dunia.  Masa aku dapat kerja awal-awal tahun 2020 akhir bulan februari, tiba-tiba politik negara kacau bilau kemudian dengan COVID 19 lagi sampai la sekarang.  Alhamdulillah daripada aku probation sampai kerja tetap la. Sampai naik gaji, sampai dapat rasa bonus. First time dalam hidup aku selama aku pernah bekerja nilah kali pertama aku rasa apa itu bonus.  Tempat kerja lama aku dulu macam haram menindas pekerja tiada bonus apa satu haram pun takde.