Friday, September 9, 2016

Pain & blesses in me 12: Ekzema update 2016

hai semua apa khabar? sihat tak?

aku alhamdulillah sihat cuma ekzema aku je dah jadi teruk balik macam 7 tahun yang dulu. aku pernah cerita kot dulu. nak baca sini kalo nak tahu.


kalau nak tahu semuanya (dulu-dulu) boleh baca sini terus. ada luahan aku kot kat situ.

aku sekarang ni sedih je bila tengok keadaan jari aku especially, sebab kat situ paling teruk sekarang ni, pastu dah mula nak naik kat kaki dan tangan. Muka ada naik sikit-sikit, tapi maybe orang tak perasan sebab nampak macam jerawat je gitu.

aku sedih bukan apa, sebab sakit kat jari aku tu. pedih tau. time letak ubat tu rasa pilu sangat. 

Mungkin ALLAH nak uji keimanan aku.

Itu tandanya ALLAH masih sayang aku ALHAMDULILLAH. Kalau tak mungkin ALLAH biar je aku.

7 tahun dulu dulu paling teruk kat kaki, now kat jari dan telapak tangan.

Aku rasa ALLAH nak bagi petunjuk dekat aku yang selama ni aku cari. Akhirnya aku ada reason yang kukuh untuk berhenti kerja.

Aku rasa environment tempat kerja tak selamat untuk pesakit acute eczema macam aku. Silap-silap boleh jadi chronic cam 7 tahun dulu.

hari itu dah baik, tapi biasa la ekzema akan datang balik. Seperti 7 tahun dulu, dah makan ubat steroid sume tapi still datang balik, maknanya ada benda lain la tu. Faktor-faktor lain yang menyumbang pada keterukan ekzema aku. 

Kalau dulu-dulu ekzema aku trigger sebab duduk rumah sewa tu ada banyak tikus (tahun 2008 kot).Then hama dari gunea pig yang kawan aku bela. Bela dalam dorm pulak tuh (2009). Terus masuk wad aku tahun tu. Terganggu jugak pelajaran aku tapi apakan daya sabar je la.

Tahun ni teruk sebab aku kerja kat medical record yang terletak di basement, mungkin juga kerana ada linen sekali kat bawah tu. Habuk dari linen dari wad. Kerja aku pulak mostly la selain dari meet client ialah scanning the inpatient document. Semuanya document itu datang dari wad. mungkin ada bacteria pada document berkenaan, aku pulak pegang everyday mungkin sebab itu tangan dan muka aku terjejas, sebab hanya kawasan tu yang terdedah.

i had to do what i had to do in order to regain back my health which is resign. That's the best way. Aku yakin dengan rezeki ALLAH. Kalau ada rezeki aku kerja tempat lain insya ALLAH tak kemana.

disebabkan aku kerja di columbia asia hospital, so medical tu die cover. hari tu 29 julai 2016 aku masuk wad daycare sebab buat biopsy. Doktor tu cakap kalau dia bagi ubat masa outpatient nanti tak cover sangat sebab outpatient sikit je die cover beratus je. Ubat dermatology kan mahal-mahal so dia masukkan aku kat wad daycare untuk buat biopsy, so that nanti die boleh bagi ubat banyak. Inpatient cover banyak berbanding outpatient.

aku rasa macam adil je company cover duit medical aku, sebab aku kerja situ la ekzema aku jadi teruk. so fair and square la kan. sorry to say la. aku memang kejam sikit bab-bab macam ni.

selain tu aku jugak dah buat follow-up semula under HKL, sebab dulu memang aku follow up dengan HKL pun.so continue semula la. bulan october ni doctor nak buat patch test pada aku nak tengok aku ni allergic pada benda apa. contoh pada gambar dibawah:


ni cara baca result die:



aku terpaksa buat semua ni kalau tidak aku takkan tahu aku allergic pada apa. 

kalau korang nak tahu biopsy tu pun aku terpaksa buat, dia ambik sikit daging kau dan hantar pada lab. gmbar kat bawah tu. camtu la dia ambik daging aku, inject anesthetic dulu then ambik sikit daging, gunting sikit, pastu jahit.

sakit tau tak. dah la ambik pada tempat yang memang dah bengkak teruk. lepas dah ambik daging tu sakit la kaki aku, nak jalan pun tak larat, sebab sakit. keluar lepas buat biopsy ayah aku ambilkan wheelchair tolak aku.








masa tu rasa macam aku ni cacat je. padahal selama ni aku elok boleh jalan sendiri. tergelak aku. bukan apa rasa malu pulak selama ni aku elok, hari berkenaan kena pakai wheelchair untuk jalan.

duduk wad daycare pulak bukan ada katil. dia bagi duduk pada sofa je. lagi la sakit. dalam hati aku berkata'takde katil ke?kaki dah la tengah sakit ni'. tapi apakan daya aku sabar je.

balik rumah aku tengok dressing kat kaki aku ada darah, maybe sebab kaki banyak gerak. tangan darah sikit je. sakit selepas operation kecik tu. nama pun operate kan? takkan la kita tak rasa sakit.

doktor bagi cuti 2 hari je jumaat dan sabtu. isnin kena kerja dah. hmm kaki aku still sakit semasa berjalan tapi aku sabar je.

solat pun aku duduk atas kerusi tak mampu nak solat seperti biasa.

tapi alhamdulillah masa luka tu dah kering dah elok, buka jahitan tak rasa apa pun. ALHAMDULILLAH SANGAT.

itu je la serba sedikit cerita mengenai ekzema aku pada tahun ini.

aku rasa kan selain tu, dulu aku selalu ada Fiddle untuk release stress. aku cakap-cakap dengan fiddle, dukung fiddle, usap kepala fiddle. Rasa stress aku release sikit. ni fiddle dah takde, aku takde kucing lain nak dukung. Kucing lain semua tak nak aku dukung dieorang.

aku kalau dukung fiddle, peluk fiddle, fiddle faham tau die mesti sandarkan kepala dia kat bahu aku, seolah-olah die peluk aku balik. Aku dapat rasa kasih sayang fiddle. Fiddle dah takde... (sedih pulak aku, rasa nak nangis pulak)

itu je la buat masa ni.. jumpa lagi ya..jangan lupa doakan kesihatan aku tau..

take care semua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...