Friday, December 29, 2017

Diam itu indah

Assalamualaikum..


Hari ini aku kena ceritakan jugak pada blog ni sebab aku dah tak mampu nak tanggung lagi rasa ni..

Seperti yang korang sedia maklum, aku kan dah kerja lain. Kerjaku sekarang menjadikan aku seorang pemarah. Aku tahu aku ni tak berapa penyabar. Aku cuba nak jadi penyabar. Nampaknya tak berapa nak berhasil sebab aku dah marah pada dieorang yang ntah apa-apa perangai nya.

Aku cuba.. bukan tak cuba. Tapi makin lama makin menjadi pulak kerenah company yang aku kerja ni.  GM (general manager) pun kena tempias amarah aku. Aku dah tak peduli lagi.

Ini kisah amarah aku hari ini 29/12/2017- kitaorang buat stok take daripada semalam. Part aku dah lama siap. Aku cuma tolong-tolong orang lain punya tu pun sampai pukul 8 lebih je. Ok bila semua dah hantar kitaorang memang dah takde keje nak buat. Semua duduk borak kosong acah-acah susun ubat sebab nak tunggu orang yang manage stock tu finalise kan. Daripada pagi weh sampai petang nak berapa minit pukul 5 dah nak balik dah ni,tetiba bagi borang stock take kena kira balik yang tak tally.

Yang aku tak fahamnya tadi masa kitaorang duk rileks ko tak bagi keje pulak. Duk kira sendiri yang tak tally tu kononnya. Dah nak balik baru kau nak bagi ape kes. Aku kalau korang bayar OT (over time) takpe jugak. Ni dah la lebih setengah jam OT pun takde, apa pun tarak.  Zero.

Ok cerita tu dah abis dah. Ni cerita part lepas bagi borang stock take. Aku dah nak pergi kira sorang-sorang sebab arahan tadi cakap sorang dapat 2 (borang stok take) . Tengah aku nak kira tetiba datang sorang abang A ni cakap kena kira berdua. Pastu aku jawab balik tadi cakap sorang buat 2. Dia cakap tak. Aku dah la bengang tak dapat balik on time. Terus jerit "weh kena buat berdua" "buat berdua!" 3 kali aku ulang jerit. Mampus lah aku dah tak peduli. Mungkin juga sindrom PMS menerukkan lagi amarah aku.

Last2 aku kena kira sorang-sorang jugak sebab takde partner. Aku dengan cuaknya sebab nak balik punya pasal dah tetiba tak reti kira sangat padahal tadi kira ok je. Aku ajak la sorang budak D ni. Dia cakap tak dapat tolong sebab tengah kira ubat lain. Sebab ALLAH kesian dengan aku tetiba ada budak E datang. Aku ajak dia tolong aku, alhamdulillah dia tolong. Dia dengan aku akhirnya abis jugak kira 2 borang tu.

Aku pun dah excited ni nak balik kan. Tapi mungkin aku baik hati sangat aku tanya la kat GM, boleh balik tak sebab aku dah siap keje tadi. Tetibe dia bagi lagi 2 borang tu. Terus angin zupp naik. Aku cakap direct je "menyesal saya tanya!" Dalam nada marah tau. Hambik ko.

TAK PERNAH DALAM HIDUP AKU, AKU MARAH BOSS AKU ATAU ORANG ATASAN AKU. SELALU AKU DIAM JE. SEMENJAK KERJA SINI AKU JADI SEDIKIT KURANG ADAB.



Aku tak tahu apa kena dengan aku.

Semalam balik dalam MRT aku nangis, hari ni pun sama. Aku nangis sebab aku kecewa aku tak dapat jadi orang yang sabar. Aku rasa aku kecewakan ALLAH tak jadi mukmin yang baik. Aku doa dalam hati " ya ALLAH, tolong aku. Tolong aku ya ALLAH." Banyak kali aku ulang. "Tolong dapatkan aku kerja lain".

Sebab aku tahu aku tak kuat. Aku rasa aku tak kuat untuk kerja terus kat sini. Aku takut aku akan terus jadi pemarah macam masa dulu-dulu. Aku sedih dengan diri aku. Sedih sangat. Aku pun mula berfikir.. aku rasa ALLAH nak tunjuk dekat aku kerja aku dulu yang kat hospital tu tak worse lagi tu walaupun aku kena maki banyak kali, aku masih boleh control aku punya temper. Aku boleh keep calm and in control.

Kerja kali ni lagi teruk.. lagi buatkan aku darah aku mendidih. Aku fikir mungkin ALLAH nak aku jadi sabar dulu. Baru ALLAH hadiahkan sesuatu pada aku.

Selain dari cerita diatas actually ada lagi cerita yang menaikkan amarah aku. Tapi cukuplah aku cerita yang ni je.

Kalian semua boleh tak tolong doakan aku terus diberi kekuatan untuk tetap sabar walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Tadi aku baru dengar usrah live, aku tanya camne nak sabar dengan keadaan environment camtu. Dia jawab aku kena diam. Jangan melawan. Kalau kita lawan lagi teruk jadi. So teruskan sabar dengan berdiam.

Tolong doakan aku ye, agar dapat tergolong dikalangan golongan yang bersabar.

Take care sayang-sayang semua. Terima kasih sudi baca. 😊.
-hanna
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...