Posts

Showing posts from November, 2017

Besi lembut

Image
Assalamualaikum.. Korang semua apa khabar? Alhamdulillah jika baik dan masih boleh menghirup udara percuma yang dihadiahkan oleh ALLAH pada kita. Aku harap semua umat Islam di seluruh dunia akan diselamatkan oleh ALLAH. Amiin. Post kali ini aku pun tak tau nak habaq apa dah. Takdaq idea mau datang melekat. Haaa.. lupa dah.. Aku nak cakap lepas ni aku tiada kawan nak bercerita dalam rumah ni. Sebabnya adik aku dah dapat kerja kat Johor. Aku sebenarnya pendam je segala cerita dalam hati aku. Aku bukan apa.. tiada orang yang sesuai untuk aku ceritakan. Jika cerita pada orang yang tidak sesuai mesti la macam cerita macam one sided je. Dengar tapi macam tak ikhlas. Haaa gitu la.. Aku tak rasa nak cerita pada kawan baik. Entah la.. aku nak cerita kat blog ni pun macam tak berapa sesuai juga kerana ini melibatkan hati.. cewaaah 😁😁. Blog ni pun aku rasa tak selamat dah sebab ada kawan-kawan yang tau.. dalam 2-3 orang gitu walaupun aku tak rasa dieorang ada masa nak baca b

Kawan ada tiada..survival mode

Image
Assalamualaikum.. Hari ni aku nak dedahkan rahsia macam mana aku survive walaupun tanpa kawan disisi. 1. ALLAH Aku survive sebab ALLAH sayang aku. Alhamdulillah dengan rahmat kasih sayang dari-Nya aku dapat hidup berdikari tidak bergantung hanya dengan kawan sahaja. Aku sedar aku masih punya Tuhan walaupun tiada orang disisi aku. Itu yang buat aku kuat untuk hidup dalam dunia yang penuh cabaran ni. Biarlah sejuta manusia benci kau, asalkan ALLAH tak benci kau. Itu prinsip hidup aku. Insya ALLAH.. 2. Aku masih punya keluarga Aku selalu cerita dengan adik aku.. Aku rasa aku cerita dengan dia je walaupun dia tak nak dengar aku cerita jugak. Hahahha.. kalo kat luar aku pendam je.. balik pot pet..pot pet.. haa itulah aku😂 3. Aku dah biasa hidup tak banyak kawan Bagi aku keluarga akulah kawan aku. Sedara mara yang rapat itulah kawan sebenar aku. Yang lain cuma sekadar di pinggiran tapi ada juga yang ok cuma biasa la manusia. Termasuklah kawan baik aku. Sebabnya semenjak d

Semua pasal Kerja baru 2017

Image
Assalammualaikum.. korang sihat tak? Alhamdulillah aku pun sihat juga. Maaf lama tak update. Aku seperti biasa masih tiada komputer/ laptop untuk menaip. Ini pun ditaip di telefon pintar. Buat pengetahuan semua aku dah dapat kerja pada bulan Ogos yang lalu. Alhamdulillah. Kali ini aku lebih banyak guna konsep bersyukur. Bersyukur aku ada kerja. Bersyukur aku diambil bekerja. Bersyukur aku kerja kurang stress berbanding kerja yang dulu. Bersyukur walau kerja hari sabtu tapi alhamdulillah ada juga hari sabtu yang tidak kerja. Bersyukur tempat aku kerja balik sharp pukul 5 pm je dah blah dari ofis kadang balik 5 minit awal. Bersyukur walaupun ambil wuduk dalam toilet at least dia ada sediakan surau kecik untuk solat. Bersyukur semenjak aku kerja situ berat badan turun. Alhamdulillah. Bukannya tiada stress langsung, mesti ada punya. Paling best kerja situ semua belang aku keluar takde hipokrit langsung. Kalau aku marah, aku marah je. Sesekali aku pendam juga tengok pada keada