Wednesday, February 27, 2013

Sebab Rasulullah SAW Larang Minum Berdiri




Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”. Qatadah berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.





Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.”

Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.

Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan” (HR Bukhari)



sumber diambil dari : http://madah-tazkirah.blogspot.com

Sunday, February 17, 2013

Ujian untuk aku



Assalammualaikum,
cerita kali ni aku nak cerita mengenai kucing..

kadang2 aku tak faham camne la orang leh tergamak wat macam tuh pada kucing seperti pergi tetak kucing ke sampai berdarah2 la kucing tuh, patah tulang bagai..sejahat-jahat aku ni walaupon aku geram pada kucing aku kadang2 jentik telinga, pukul kepala ke tapi takde la aku tergamak nak wat sampai kucing tuh begitu..aku faham jugak maybe die geram ke kucing tu curik ikan ke makanan ke sebab aku aritu ada tibe2 syaitan mana ntah yang merasuk aku tibe-tibe aku geram gile dengan sekor kucing ni aku belasah die..maksud aku belasah tu aku gi pukul kepala die, sebab kucing sekor ni degil sangat..pukul dengan tangan..pastu aku muhasabah diri aku balik kenapa aku boleh jadi teruk camtuh sebab aku kan penyayang pada kucing kenapa tibe2 aku boleh bertindak macam tuh pada sekor kucing ni..kucing yang lain aku ok je..aku insafkan diri balik..kenapa? kenapa aku berubah..mungkinkah aku marah pada bende lain aku lepaskan pada kucing..mungkin jugak..sebab kan aku belajar physcology..mungkin jugak..aku kemudian cuba berbaik2 balik dengan kucing tuh..kucing tu ok je..cuma time aku nak bagi makan ubat die takut..maybe die trauma sebab aku penah belasah die..aku mintak maaf ye kucing..aku tak tau la..kenapa dengan aku..syaitan mesti suka kan time aku belasah die dulu..mesti syaitan tu cakap yes! yes! die dah mule bencikan kucing..maaf ye syaitan, alhamdulillah ALLAH bagi aku hidayah dan petunjuk aku mula sayang kat kucing tu, aku takde beza-beza kan die dengan kucing lain alhamdulillah..itu pon setelah aku terlihat gambar aku dengan kucing tu waktu dulu2 masa aku baik dengan die..time tu baru aku sedar ape yang aku dah lakukan, kesian kucing tuh..terima kasih ALLAH..

sekarang aku di uji pula, bile Tan, tak tau la orang belasah ke ape..kaki die dah tempang sebelah, dengan mulut luka, aku jumpe die kat dalam batu-bata sebelah umah aku, sebab orang sebelah ni die wat renovation..aku punya teori maybe die curi makanan orang indon yang tengah wat construction tuh, pastu indon tu kejar Tan sampi tan termasuk dalam tuh/indon tu yang masukkan Tan..pastu orang indon tu baling batu-bata samapi kaki die patah, lembik kaki belakang kanan..hati aku time tu sakit rasa cam nak bergenang air mata je..aku memang tak boleh kalau orang wat bukan2 kat kucing aku..teori ke-2 maybe die main2 kat dalam batu bata pastu batu-bata terhampap atas Tan..tapi aku lebih percaya pada teori pertama aku..sebabnya batu-bata tu dieorang tutup dengan plastik besar..kucing2 aku, yang aku pernah bawak jalan2 kat depan rumah sebelah ni..tak pernah main dalam plastik batu bata tuh..mustahil la tibe2 die nak masuk dalam tuh..aku tahu la kucing aku..aku yang bela die dari kecik sampai besar.. Patut la pagi tadi die takde..kalo tak mesti die bising2..rupe2nyer celah batu-batu tuh.. aku tak tau nak wat ape sekarang nak bawak gi klinik duit aku tak banyak..aku ni student lagi.. dulu mot-mot sakit (aku ade cerita dulu pada post2 yang lepas2)..sekarang si tan pulak..kucing jantan yang aku bela sume tak panjang umo..kucing betine elok je beranak pinak bagai..entah la..sape2 yang bace post ni tolong la doa semoga kaki si Tan akan baik semula ye..

Saturday, February 2, 2013

Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.



Antara sunnah2 Nabi Muhammad S.A.W:

*Utk memperolehi keredhaan Allah..

"Barangsiapa yg mbaca surah Yassin pada waktu malam semata2 utk mendapatkan keredhaan Allah, ia akan diampunkan oleh Allah."

*Mengibas2 tempat tidur..
"Apabila seseorang dari kamu dtg ke tempat tidurnya (hendak tidur), hendaklah dikirapkan (mengibas2 tempat tidur) dgn hujung kainnya kerana dia tidak tahu apakah yg berada disebalik tempat tidur tsebut (tilam ataupun alas tempat tidur)."

*Berwudhuk sebelum tidur..

"Sucikanlah tubuh badan ini maka Allah akan menyucikan kamu kerana sesungguhnya tiada seorangpun drpd hamba yg mhabiskan waktu malamnya didalam keadaan bsuci melainkan Malaikat bmalam dirambutnya. Tidak ia bangun diwaktu malam tsebut (utk beribadat dan bdoa) melainkan Malaikat akan bkata: Wahai Allah ampunilah hambaMu ini lantaran bmalam didalam keadaan suci (berwudhuk sblm tidur dan tidak bhadas besar)."

*Kedudukan ketika tidur..

Huzaifah telah bkata bahawa Rasulullah apabila mengambil tempat tidurnya pada waktu malam baginda akan berbaring diatas lambung kanan (mhadap kiblat) dan meletakkan tangannya diatas pipinya.

*Mengusap keseluruhan tubuh..

Drpd Aisyah r.a beliau telah bkata bahawa Rasulullah apabila mdatangi tempat tidurnya akan mbuat hembusan (seperti isyarat bludah iaitu mhembuskan keluar dari mulut dgn sedikit tempiasan air ludah) diatas kedua tapak tangannya, baginda mbaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas tiga kali dan menyapu muka dan keseluruhan tubuhnya yg dpt dcapai oleh kedua tangannya itu.

*Membaca ayatul Kursy..

"Hendaklah seseorang itu mbaca ayatul Kursy apabila mdatangi tempat tidurnya kerana sesungguhnya apabila ia mbacanya Allah akan mewakilkan Malaikat mjaganya dan syaitan tidak akan mhampirinya."

*Membaca Bismillah..

"Apabila seseorang itu mdatangi tempat tidurnya maka Malaikat dan syaitan bergegas menghadapnya. Malaikat akan bkata kpd lelaki tsebut: Sudahilah dgn kebaikan! Bkata pula syaitan: Sudahi dgn kejahatan! Oleh itu apabila menyebut nama Allah kemudian tidur, maka Malaikat bmalam utk melindunginya.

*Memadam api..

"Sesungguhnya api ini adalah musuh kamu, maka apabila kamu tidur padamilah ia."

*Adab2 bila bmimpi..

"Mimpi yg baik itu dari Allah, maka salah seorang dari kamu bmimpi barang apa yg disukainya, janganlah menceritakan kepada sesiapa melainkan sesiapa yg disukainya. Apabila bmimpi barang apa yg dibenci olehnya maka hendaklah dia blindung dgn Allah drpd kejahatan mimpi tsebut dan kejahatan syaitan. Hendaklah mengisyaratkan dgn bludah ke arah kirinya sebanyak tiga kali kemudian beralih tempat tidur dan janganlah mceritakan kpd sesiapa kerana ia tidak memudharatkannya."

*Adab2 masuk tandas..

"Disembunyikan antara penglihatan jin dan anak Adam apabila memasuki tandas dgn membaca Bismillah."

-jgn memegang kemaluan (zakar) dgn tgn kanan.

-jgn beristinjak dgn tgn kanan.

-membersihkan bahagian badan sebelah kanan dahulu ketika mandi.

-memakai kain cukin (kain nipis seperti kain cotton saiz 1 meter setengah) yg tidak berjahit dan berwarna gelap ketika mandi utk mengelak iblis melihat tubuh badan.

-jgn mhadap atau mbelakangi kiblat apabila buang air kecil atau besar.

*jgn buang air ditempat laluan atau tempat bteduh manusia.

*jgn buang air didalam lubang.

*jgn bcakap semasa mbuang air.

*Adab2 masjid (masjid adalah taman2 Syurga)..

-jgn memasuki masjid sedangkan ia mbawa bau yg tidak enak.

-jgn bhadas didalamnya (terkentut atau hadas besar).

-jgn meninggikan suara.

-jgn bludah ke luar tingkap.

-jgn melunjurkan kaki ke arah kiblat.

-jgn bersembahyang sedangkan ia sedang menahan kencingnya.

*Memerintahkan anak mdirikan sembahyang..
"Perintahkanlah anak2 kamu mdirikan smbhyg pada umur mereka 7 tahun dan rotanilah mereka (jika enggan smbhyang) pada umur mereka 10 tahun. Dan pisahkan diantara mereka ditempat tidur (iaitu sediakan tempat tidur yg berasingan utk mereka)."

*Apabila marah..

"Sekiranya dia berdiri, hendaklah dia duduk jika kemarahan telah hilang. Jika tidak, hendaklah berbaring."

*Adab makan..
"Hendaklah mbaca Bismillah, makan dgn tangan kanan dan ambil makanan yg paling hampir. Jangan mcerca makanan, makan jika ingini dan meninggalkannya jika tidak menyukainya."


SAMBUNGANNYA SILA BACA DI BLOG ni QURANTERJEMAHAN..hehe.. SUME NI SUMBER DARI BLOG QURANTERJEMAHAN.. 

[p/s: banyak lagi sunnah nabi yang kita buat tapi maybe kita tak tahu yang kita buat tu adalah sunnah nabi, jadi jangan la tak sambung baca, sebab ade banyak lagi tau..tak rugi pon kalau kita luangkan masa baca sikit kan..(^_^)]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...