Saturday, April 28, 2012

The Muss dah mati :updated with video

semalam aku dh update..dh taip panjang dah macam karangan lepas tu mozilla browser buat hal...crash pulak..adeh..so jadinya aku akan cerita sikit2 je..tak macam yang karangan secara detailnya..semalam tuh aku taip dengan penuh inspirasi, harini hmm biase je takde mood sgt nak taip
aku balik kelas hari sabtu aritu masa tu aku drive kereta unser bukan kereta wira seperti selalu sebab ayah aku nak betolkan..aku pon hon sebab nak parking kt dalam rumah tapi sebab kereta wira halang kt depan gate ala parking kt depan gate besr tu so tak bleh nak masuk parking..ayah aku pulak masa nak reverse kereta memang tak tengok kat bawah kereta dulu..haaa ni aku geram nieh..pastu ape lg terlanggar la the muss bawah kereta..


ni dah kejadian kedua t'langgar anak kucing kt umah ni,.dulu yang aku cerita tu Tom, sekarang Muss..Tom aku tak terkilan sangat sebab ade kucing lain lagi dan juga memang mak aku dah tengok kt bawah sebelum reverse cuma mungkin tak tau die dok celah mane.tibe2 je dah hmm...kau tahu kucing kena langgar pastu badan die gerak2 kerana kesakitan haa macam tu la rupa the muss time tuh..ayah aku angkat letak tepi aku tengok mulut die dah keluar darah..aku pon membebel la sambil nangis kt ayah aku..orang tengah sedih kan,.biase la emosi..sedih aku..sebab sume anak kucing kt umah dah takde..2 hilang 2 mati.. pastu sekor lagi yang mot-mot sakit, mana aku tak sedih..dah takde kucing yang aktif dah kt umah nie.. ni aku ltak video skali ye..


Sunday, April 22, 2012

Diet & Makan Cara Rasulullah S.A.W





Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis,lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit.Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan, daging atau ayam. Baginda pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah mendapat penyakit. ( Para saintis juga telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion positif manakala dalam makanan laut mempunyai ion negative. Jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur makan akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus menjadi rosak.

2. Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.

3. Jangan makan buah bersama susu atau dalam erti kata lain – Koktel. Namun, para saintis telah menemui bahawa adalah baik untuk menikmati khasita susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan masalah penghadaman. Namun, pengguna perlu memilih jenis susu kultur yang kurang kadar kemasaman kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh mnyebabkan gastrik.

4. Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.

5. Rasulullah tidak makan ikan bersama daging atau telur.

6. Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat seperti gandum atau roti.

7. Elakkan makan makanan darat bercampur makanan laut. Contohnya jika seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu, maka dia tidak digalakkan untuk makan makanan laut seperti udang, ikan atau sotong. Walau bagaimanapun, percampuran makanan ini ( antara makana darat dan makanan laut ) tidaklah dianggap haram cuma ia boleh membahayakan kesihatan.


SENANG NAK INGAT DALAM BAB MAKAN2 BACA YANG NI :
 
Jangan makan SUSU bersama DAGING .
Jangan makan DAGING bersama IKAN .
Jangan makan IKAN bersama SUSU .
Jangan makan AYAM bersama SUSU .
Jangan makan IKAN bersama TELUR .
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD .
Jangan makan SUSU bersama CUKA .
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL


8. Rasulullah akan tidur sekejab dalam 1 jam selepas makan tengahari sebelum masuk waktu Zuhur.

9. Rasulullah melarang umatnya untuk meninggalkan MAKAN MALAM. Barangsiapa yang meninggalkan makan malam. Dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah akan meningkat. Makan malam adalah sebelum Magrib.Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya…cubalah….. Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek…. Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.*

10. Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk secara perlahan-lahan. Nabi melarang kita untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang sedang diminum.

11. JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

12.Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain : * Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 

13.Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit(susah mendapat sakit).

14. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

15. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Sama-samalah kita mengamalkannya. ……WallahuA’lam .


Barangsiapa mengamalkan 1 sunnah Rasulullah SAW , Allah akan ampunkannya 10  dosa, dinaikkan 10 darjat , ditambahkan 10 pahala . Mudah saja kan ?

Kenapa Rasulullah S.A.W Sukakan Kucing

Nabi menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahawa kucing suci, tidak najis?

Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:
  1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
  2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
  3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
  4. Sekalipun ada kuman yang ditemukan saat proses penelitian, kuman itu masuk kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
  5. Tidak ditemukan kelompok kuman yang beragam.
Berbagai sumber yang dapat dipercaya dan hasil penelitian laboratorium menyimpulkan bahwa kucing tidak memiliki kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.
Komentar Para Doktor yang mengkaji dalam Bidang Kuman

Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.

Dr. Gen Gustafsirl menemukan bahwa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. 

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, lebih-lebih lagi pada takungan air (lumpur, takungan hujan, dll). Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak berada dekat dgn air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Dan hasil penelitian kedoktoran dan percobaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemukan bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.

Sisa makanan kucing hukumnya suci. Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW prnh bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumah),”
(HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahwa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.
Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

Friday, April 20, 2012

CAt dah beranak updated

post yang lepas dimana aku tulis ''cat dah beranak'' aku dah update dengan picture sekali..silah lah lihat.. Klik sini untuk lihat dan baca ''Piddle''..

kataku: ''senyum selalu ye..jangan jadi seperti aku yang tidak berapa reti dan pandai dalam senyuman''

Tuesday, April 17, 2012

Mot-mot tunggu masa

aku rasa mot-mot tunggu masa je nak mati sebab mot-mot dh semakin kurus dan lebih kurus lagi..aku dah tak sanggup nak tengok keadaan mot-mot lame2..sedih aku tengok die macam itu je..dah lama jugak keadaan die dah sebulan dah..dulu masa die demam dah bawak kat klinik haiwan kerajaan kajang,dh nampak macam ok pastu sakit mata dengan selsema pulak,..bawak lagi kat klinik haiwan cheras kerajaan sebab kt cheras ada doktor haiwan, so charge dia mahal ckit dari klinik yang takde doktor haiwan maksud aku yang ada assistant dia je...aku ingat dia akan ok ke selepas tu, tapi sama jugak perangai dia..yang sakit mata tuh dah elok dh..cuma tak tau la kenapa dia macam murung sentiasa, makan pon sikit sangat..aku tak mampu kalau nak bawak pergi klinik swasta. sekarang aku hanya redha dan berserah pada takdir je sejauh mana die boleh hidup..hmm itu je aku dpt ckp sekarang..


Thursday, April 12, 2012

Rinco dan Teh tidak temui






Rinco dan juga Teh masih tidak ditemui..arini aku mimpi Teh depan rumah aku main2 dengan dia pastu die pergi jauh dari aku siap ade macam lori tuh..adakah orang lori tuh yang mengambil Teh atau Teh nak bagitau kt aku yang die dah takde dalam dunia nieh sebab dilanggar oleh lori tuh..sedih, pilu,luka, hancur harapan aku untuk lihat die membesar dan manjadi seperti Titin..kalau orang tuh bela die elok2 takpe..kalau die buat jahat camne..kalau die dh mati aku harap aku dapat jumpe die di akhirat nanti..insyaALLAH.. yang tinggal hanya lah Muss je..aku hanya ada gamabr2 yang di post yang ni dengan post yang lepas itu je..sedih kan..





Kenapa ya kucing yang aku sayang lebih akan pergi dulu, cthnya macam Titin dan sekarang Teh & Rinco. Tinggallah Muss sekor je..tom memang dah takde (baca kt post yang sebelum ni kalau nak tahu kenapa)








P/S: SAPE YANG NAK BACA PASAL RINCO & TEH  SERTA TOM DAN INGIN LIHAT GAMBAR LAIN di  KT SINI TAU.(AKU BARU LETAK GAMBAR DI POST LEPAS)

Tuesday, April 10, 2012

Dimana Rinco dan Teh??



harini anak kucing aku hilang, nama die Rinco dan Teh. Dua2 warna putih pastu ade belang2 kt kepala dengan kat ekor die..selalu dia tidur kat enjin kereta tuh..ada hari itu aku ingat dia hilang pastu aku cari macam harini juga tapi jumpa rupa2nya bawah enjin..itu pon setelah aku berusaha mnghidupkan enjin kereta Toyota Unser barulah die keluar..harini aku dh cuba macam2 cara siap check enjin kereta lagi kt dalam2 celah2 tuh tapi tetap tiada..aku dh cari dari depan rumah sampai rumah jiran2 tetapi takde juga..aku paling sayang dekat Teh sebab perangai die macam kucing Titin aku yang dh arwah tuh..Teh seekor kucing yang cergas,lincah itu yang aku suka..baru je petang tadi aku bagi PANGKAT TITIN kt Teh, yang kt bracelet kt leher kucing tuh..dulu Titin punya.



Hanya dia sekor je yang layak lain sume biasa je takde lincah mcam dia. Aku paling sedih sebab kucing aku yang lain kt rumah takde macam dia sekor pon..ni 2 ekor pula hilang..sape tak sedih..hanya orang yang suka dan sayang kucing je faham perasaan aku..dimana Rinco dan Teh?? tolong la balik..tolong la kembalikan sape2 yang dah ambik Rinco dengan Teh.. aku risau jugak sebab petang tadi aku dengar kereta langgar kucing bunyi mcm kucing kena langgar la kan, pastu aku tengok ade lori..aku tengok la kt tanah ade ke saki baki kucing tuh takde plak..aku pon bersangka baik dalam hati takde ape2 kot..sebab aku tengok mak dia dengan The Muss ade..aku pon ingat Teh dan Rinco tido kot kat bawah enjin kot..sekarang aku syak orang yang lori sampah tuh dah langgar dia pastu die tak nak orang tahu die angkat sekali macam sampah2 lain..kalau dia orang buat macam tu memang aku sumpah la..i curse YOU!..



(p/s:si Tom dh mati sebab mak aku terlanggar die, bukan sengaja langgar, mak aku dh halau2 sume kucing dh bwh kereta siap dh tengok2 ade ke tak,tak sangka die duduk celah mane ntah. Tapi aku tak sedih sangat sebab masih ada 3 ekor lagi tapi sekarang hmm )

SAPE NAK TENGOK GAMBAR RINCO YANG LAIN SILA LIHAT DI SINI.
MAAF HANYA GAMBAR RINCO SAHAJA YANG SEMPAT DIAMBIL.



sape2 nak baca pasal Titin punya post sebelum2 nieh tengok kt link2 nieh A, B, C

Sunday, April 8, 2012

Anak-anak belajar daripada ibubapa

Sebuah perkongsian yang teramat rugi jika tidak disebarkan ….

Dari : Ustaz Mohd.Zawawi Yusoh

ADA kalanya kita menegur anak bukan kerana ingin membetulkan kesalahannya, tetapi ingin meluahkan amarah dan geram. Sepatutnya kita cuba belajar kaedah terbaik menegur anak kerana jika salah cara dan pendekatan mendidik, anak semakin nakal.Anak-anak banyak belajar daripada ibu bapanya. Mereka juga belajar marah untuk menunjukkan kelakuannya.

Kita akui, banyak pengaruh luar yang mengubah perilaku mereka.Teman sebaya khususnya sangat akrab dengan anak yang boleh mempengaruhinya sama ada cara bercakap, bertindak, meluahkan kemarahan dan perkataan yang diucapkan.

Sering berlaku anak-anak tidak memahami dan mengetahui maksud perkataan yang diucapkan kerana mereka hanya meniru.

Banyak perkara yang boleh dilakukan ibu bapa bagi mengatasi anak nakal. Perlu diingat, anak mempunyai dunia berbeza dengan orang dewasa.

Sebelum mereka mengetahui benar atau salah sesuatu perkara itu anak-anak hanya bertindak melakukannya tanpa memikirkan kesannya. Justeru, perkara yang biasa dilihat, itulah yang mereka ikut dan seterusnya membentuk keperibadian anak-anak.

Daya imaginasi anak sangatlah tinggi. Mereka ibarat sedang bermain dengan permainan dan keinginan yang tinggi itulah mendorong mereka bertindak.



Tidak semua tindakan itu diistilahkan sebagai kenakalan. Kalaulah kenakalan itu adalah kesalahan yang biasa cubalah atasi dengan senyuman.

Kalau boleh dengan senyuman kenapa harus dengan kemarahan? Kalau boleh dengan usapan kenapa harus
dengan pukulan? Kalau boleh dengan kucupan kenapa dengan dengan cubitan?

Menunjukkan kasih sayang dalam menegur kesalahan menyebabkan anak lebih terbuka. Anak yang melakukan kesalahan belum memahami erti kesalahan sebenar.

Paling penting anak-anak hanya inginkan perhatian daripada ibu bapa.

Mereka lebih bahagia jika ibu bapa menunjukkan penuh kasih sayang contohnya dengan memeluk, mengusap kepala atau sekadar berbicara dengan lemah lembut.



Ibu bapa perlu memiliki kesabaran dalam menghadapi anak yang nakal.

Kesabaran itu sangat dituntut dalam memberi didikan supaya jiwa anak stabil dan berkembang sempurna.

Kesabaran ibu bapa boleh membuatkan anak mengerti bahawa perkara yang dilakukannya salah. Sebaliknya, cara kekerasan menyebabkan anak semakin melawan dan memberontak.

Walaupun anak melakukan kesalahan, jangan terus membentak kerana perbuatan itu boleh melukakan perasaannya. Hal berkenaan boleh menyebabkan anak berdendam hingga dewasa kelak.

Jadikan marah sebagai senjata terakhir apabila semua usaha lemah-lembut gagal. Marahlah jika anak benar-benar sudah terbukti bersalah.

Namun, berilah nasihat dengan lembut kerana jiwa anak pasti tersentuh dengan kelembutan.

Anak kita sangat kuat ingatannya hingga semakin banyak nasihat positif yang diterima, semakin stabil pertumbuhan jiwanya.
Apabila anak sering menerima kata-kata kasar, maki atau sumpahan tentunya pertumbuhan jiwanya menjadi keras.

Lihatlah Rasulullah menegur Umar Abi Salamah ketika dia makan dengan mengambil makanan yang terletak jauh dari jangkauannya. Baginda mengatakan:

“Ya ghulam sammillah, kul biyaminik wa kul mimma yaliik (anak, bacalah
bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari yang terdekat
denganmu).”

Jelas Baginda memilih kata-kata yang lembut dan hasilnya anak tidak lagi melakukannya dan nasihat itu terus meresap ke jiwanya.

source:Ummi hanie

15 Kesilapan ibu-bapa dalam mendidik anak-anak


“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.”

Berkata para sahabat :
“Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”

Lalu Rasulullah SAW berkata :
“Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi
kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”
-(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak ;
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Banyak menakutkan anak2 dgn perkara2 yang tidak sepatutnya seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu
aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak
seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual)
dan minda (intelektual)

* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.


Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis
At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ :
“Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.”
Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata :
 ”Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah,beribadah bersama-sama, dan sebagainya.
Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam,merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak.
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan
perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

source:ummi hanie

Saturday, April 7, 2012

40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

picture from:  http://amirulasril.com


1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8)Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas mendidik anak-anak.
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama. 

Teknik mengajar anak MENGHORMATI and mengeratkan hubungan ibu bapanya 

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa DILARANG backing anak semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu/bapa yg memarahi. Anak mencontohi apa yg diajar/dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan/undang2, anak akan menjadi keliru arahan/undang2 siapakah yg patut dipatuhi. Si ibu atau si bapa. Apabila berlaku pertentangan pendapat yg terang2 ditunjukkan ibu bapa ke atas anak ketika dimarahi, ia telah menjatuhkan MARUAH dan MARTABAT org yg memarahi (ibu/bapa). Anak hilang rasa hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada yg backing. 

2. Bapa DILARANG menengking/mengherdik/bertengkar Ibu di hadapan anak2. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yg sering ditengking oleh bapa di hadapan anak2.

3. Sentiasa masak utk anak dan ajak anak sama2 masak/makan, makanan hasil tangan ibu ini dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu. 

4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak

Tuesday, April 3, 2012

9 Spices With Super Healing Powers

source are from yahoo.com , for more info like how much you want to take and serving suggestion go to their website..

1. Cinnamon

Cinnamon is a nutritional powerhouse, with antioxidant properties that keep cells safe from oxidative stress and dangerous free radicals. Antioxidants help fight such diseases as cancer, Alzheimer's, diabetes, and Parkinson's.
What's more, cinnamon is a powerful weapon against cardiovascular problems. Cinnamon helps the hormone insulin work better, which reduces blood sugar levels. Cinnamon may also help prevent Alzheimer's. A study in 2011 found that an extract from cinnamon bark inhibited the formation of amyloid plaques in mice with Alzheimer's. It even helped restore cognitive levels and correct movement problems in the animals.

2.Sage


The spice has been shown to help with memory and mood. A study in 2005 gave essential sage oil to healthy young volunteers and found that participants tended to remember things better and feel both more alert and calmer after taking sage.Sage might also help those with Alzheimer's or other dementias. Like prescribed Alzheimer's drugs, sage inhibits an enzyme called acetylcholinesterase, which in turn may improve cognitive function. In an open-label study, six weeks of treatment with sage resulted in improved attention and decreased neuropsychiatric symptoms in participants with Alzheimer's. A separate study in 2006 found that rosmarinic acid, an active ingredient in sage, protected mouse cells from the amyloid peptides that are thought to contribute to Alzheimer's. Sage is also great for digestion, and it has estrogen-like effects, which might help curb hot flashes and other symptoms in women going through menopause.

3.Turmeric



Turmeric has been used in Indian Ayurvedic medicine for millennia, and Western science is starting to catch on. Its active ingredient, curcumin, is a strong antioxidant that's been shown in test tube and animal studies to fend off cancer growth, amyloid plaque development, and more. Turmeric might also boost heart health a 2012 study showed that adding turmeric and other high-antioxidant spices to high-fat meals could help regulate triglyceride and insulin levels and protect the cardiovascular system. Turmeric is also a powerful COX-2 inhibitor -- like a nonsteroidal anti-inflammitory but without the nasty side effects. A human study in 2009 found a daily dose of curcumin just as effective as ibuprofen for osteoarthritis in the knee. Turmeric may also help regulate the immune system -- a series of studies in 2010 and 2011 showed that curcumin might have positive effects on people with autoimmune disorders, such as multiple sclerosis.

4. Thyme


If you've used Listerine or a similar mouthwash or even some green household cleaners chances are it contained thymol, a volatile oil component of thyme. A 2004 study showed that thyme oil was able to decontaminate lettuce with Shigella, a particularly nasty type of food poisoning, and other studies suggest it's also effective against staph and E. coli.
Thyme is also a good digestion aid, helping to reduce gas and other discomfort, says Duke's Beth Reardon, and it's good for the scalp and hair.

5.Ginger

Ginger has been used in both ancient and modern medicine for its stomach-settling properties. In a series of human and animal studies, ginger has been shown to help quiet nausea, speed food through the digestive tract, and protect against gastric ulcers. Small studies have also shown that ginger can help with pain, including menstrual cramps, muscle pain, and migraines. Ginger is also a powerful COX inhibitor. It's best to check with your doctor before ingesting large quantities of ginger, though, since it can cause heartburn and gas, worsening of gallstone issues and it may interact with some medications, including warfarin.

6.Rosemary

Rosemary has been associated with memory since ancient Greece, when students would wear it in their hair when studying for big exams. Modern science agrees: Carnosic acid, a component of rosemary, is thought to protect the brain from free-radical damage and therefore to lower the risks of stroke and Alzheimer's.
Rosemary is also full of antioxidants; a recent study from the American Association of Cancer Research linked carnosol, another component of rosemary, with inhibiting cancer growth.
Like any herb, feel free to use rosemary in moderation. But check with your doctor before rushing out to buy rosemary supplements. In large quantities, it's been linked to seizures and inefficient iron absorption. And avoid serving a rosemary-heavy dish to a pregnant woman, since it's traditionally been used to induce abortion.

7.Saffron




Saffron is the most expensive spice in the world. Grown mostly in the Middle East, saffron threads are actually the stigmas of a particular kind of crocus, each of which needs to be carefully gathered by hand.
Still, its high price might be worth it for some of its health benefits. According to a 2007 animal study, saffron had antidepressant properties similar to Prozac. And a small human study in 2006 showed antidepressant effects higher than a placebo. Another study showed that saffron increased blood flow to the brain, which might help increase cognitive performance, and a 2009 study in Italy showed that saffron had beneficial effects on the genes regulating vision cells, potentially slowing or reversing degenerative eye diseases.

8.Basil


Basil, while often associated with Italian food, actually comes from India, where it's traditionally used to treat asthma, stress, and diabetes. Like thyme, basil has strong antimicrobial and antiviral properties, even against nasty bugs like Listeria and E. coli. Basil is a natural COX inhibitor, which means it's especially great for anyone with arthritis or other inflammatory health problems. Basil is also a great source of beta-carotene, which turns into vitamin A, as well as magnesium, iron, and calcium.

9.Chili Peppers


People have been cooking with chili peppers for a long time almost 10,000 years, according to archaeologists. Since then, they've been used for everything from spicing up food to deterring would-be attackers. Japanese karate athletes eat chili to strengthen their willpower, and African farmers use it to keep elephants away from their crops.
Luckily, you don't need elephant-size quantities to get the health benefits of these potent peppers. Studies have shown that capsaicin, the active ingredient in peppers, works as a great topical pain reliever for headaches, arthritis, and other chronic pain problems. Capsaicin inhibits the release of P-protein, which in turn interrupts the transmission of constant pain signals to the brain.
If you don't feel like smearing it on yourself, oral capsaicin has been linked to the release of endorphins and the regulation of blood sugar. And scientists have demonstrated anticancer properties in test tube studies.


Monday, April 2, 2012

Radiation effect/Kesan Radiasi ke??

aku saje takde ape sebenarnya yg nak diceritakan sangat haa korang tengok la video dari youtube ni..hahaha..seyes lawak weh...konon2nya semua itu terjadi disebabkan oleh radiasi-radiasi..seriously so funny..


WELCOME TO KAMPUNG RADIOCATIVE


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...