Tuesday, April 28, 2015

Harapanku

 



assalammulaikum,

aku hari jumaat ni insyaALLAH nak pergi menziarah kubur dia.

AKU HARAP SANGAT-SANGAT CUACA ELOK JE. 

KALAU HUJAN PUN RINTIK-RINTIK TAKPE.

YA ALLAH AKU HARAP CUACA SEMUA OK DISANA NANTI..

TOLONG doakan aku ye semua.. tolong doakan cuaca elok..


Saturday, April 25, 2015

AKU MASIH DISINI




Assalammualaikum,

Apa khabar semua? harap-harap semua dalam keadaan sihat.

Syukur pada ALLAH jika kita sihat dan masih hidup didunia yang sementara ini.

Aku?? hmm dah boleh terima sikit-sikit kenyataan..


Tapi rasanya seperti mulut kata terima tapi hati hanya ALLAH je yang tahu.

Sesekali aku tengok FB dia atau gambar dia aku sedih juga..Kadang airmata mangalir juga. Cuma airmata aku tidak seperti dulu.  Air mata aku sedikit sahaja.

Kadang aku baca komen-komen yang diaorang sakat dia dan dia balas balik boleh buat aku ketawa.

Hari itu aku stalk whatsapp dia, and it's gone. Myabe family dia dah deletekan untuk dia.Cuma yang tinggal sekarang adalah FB sahaja for now.

Aku tahu aku harus move on with my life. Cuma bagi aku masa... Berapa lama aku tidak pasti..

Kadang tengok orang naik motor ingat dia. Tengok motor warna merah ingat dia. Everything remind me of him.

Aku hanya hamba ALLAH yang lemah yang sering di uji dalam hidup. Ujian-ujian itu lah yang menguatkan aku dalam menghadapi sebarang cabaran dalam hidup.

INSYA ALLAH aku ok..Jangan risau..

(Hendak tahu lebih lanjut boleh boleh refer post tajuk IAM4U)

Tuesday, April 21, 2015

YOU TOOK MY HEART AWAY



I MISS HIM..

I MISS US..

I MISS EVERYTHING..

I KNOW I'M GUILTY..

THE DAY HE'S GONE FOREVER FROM THIS DUNYA IS THE DAY THAT I FEEL MY HEART HAVE BEEN TAKEN AWAY TOO..

*feel like crying now*

Just wanna say "i miss u so much"

Sincerely,
Me

Sunday, April 19, 2015

I AM 4U: Part 8 ENDING - SEE U AGAIN.. / SEHINGGA BERJUMPA LAGI



CONTINUE SPECIAL PERSON IN MY HEART SERIES - TITLE: I AM 4U


 6 APRIL 2015/ 6 petang

YA ALLAH....

Masa aku dapat tahu dia dah meninggal tu kan aku masih DALAM KEADAAN SHOCK LAGI. Aku beritahu pada officemate aku sebab aku pernah cerita pada dia jugak pasal AAA ni.

Jadi officemate aku Lisa tanya "Hanna, ko tak sedih ke?"

Korang tau apa aku jawab "Tak, apa yang aku boleh buat dia dah takde, aku bukan tuhan boleh hidupkan dia ke".

Actually aku masih terperanjat lagi dan tak tahu apa perasaan aku waktu tu.

Dalam perjalanan balik ke rumah semasa aku sedang drive kereta aku, then aku teringat KALI TERAKHIR AKU JUMPA DIA iaitu MASA KONVOKESYEN, terus mengalir airmata aku.

Aku teringat betapa baiknya dia kali terakhir aku jumpa dia pon, dia sempat lagi berjasa pada aku bagi borang pengurangan pinjaman MARA.

HE ALWAYS BEEN GOOD TO ME.

Aku sedih sangat, aku nangis sekejap masa tengah drive tu. Bila dah sampai aku mengesat air mata aku yang bersisa supaya keluarga aku tak nampak.

6.30 petang

Aku masuk rumah je aku terus tanya mak aku "brother mana?". Adik aku  panggilan famous dia ialah brother. Aku pula lebih rapat dengan Azim berbanding adik-beradik lain.

Mak aku jawab "ada kat surau tengah main ping-pong dengan Iman". Iman ialah adik bongsu aku. Di surau berdekatan rumah kami ada tempat bermain ping-pong.

Apabila adik aku Azim dah balik, aku terus terjerit-jerit panggil dia. Adik aku ingat aku macam ceria je sebab suara aku ceria masa panggil dia. Padahal aku hmmm.. Aku bagitahu adik aku "Dia dah meninggal".

Sebenarnya pada waktu tu emosi aku ok jugak la mungkin sebab aku belum ingat semua kenangan aku dengan dia.

Selepas masuk waktu maghrib, aku pon sembahyang maghrib. Seusai itu, aku pon berdoa. Waktu itu aku dah mula sedih. Emosi aku mula tidak stabil. Untuk menutup kesedihan hati aku aku baca la surah Yasin selain tujuan utama aku untuk hadiahkan arwah bacaan surah Yasin.

Baca Yasin pon tersekat-sekat sebab aku banyak menangis. Air mata aku mengalir je. Hanya ALLAH je tahu kesedihan aku pada waktu tu.

Sesudah itu, aku pun keluar dari bilik aku dengan muka yang sembap kerana menangis. Nasib baik juga mak dan ayah aku tiada di rumah kerana menghantar adik bongsu aku Iman ke tempat tuisyen.

Adik aku Azim cakap "udah la kak, Jom kita pergi makan". Aku pon ikut je adik aku pergi makan sekali. Walaupun aku makan tapi makanan tu rasa TASTELESS.

ITULAH KALI PERTAMA aku makan tapi tak rasa apa-apa langsung. Tidak pernah seumur hidup aku makan tapi tak rasa apa-apa. 

Aku ni memang jenis kuat makan jadi pelik bila tak rasa ape-apa time makan. Lepas dah makan tu aku banyak termenung je, Rasa seperti orang yang tidak bernyawa.

Azim suro aku tengok movie dan main games kat laptop dia untuk menceriakan aku, kakak kesayangan dia yang seorang ni. Aku seorang je anak perempuan dalam adik-beradik aku.

Malam tu aku baca whatsapp group kelas, kawan-kawan semua sibuk bercerita pasal AAA. Disebabkan aku tidak pakai data internet jadi aku hanya boleh baca whatsapp mereka semua pada malamnya. Ini kerana rumah aku menggunakan wifi UNIFI.

Mengikut kata kawan aku KY yang pergi ke pengebumian dia, keluarga dia cakap sebelum ni AAA memang tidak pernah sakit apa-apa yang serius.

Bermula dengan batuk-batuk dan sesak nafas dan sakit belakang dalam 2-3 minggu sebelum-sebelum tu. AAA minta atuk dia urutkan pastu sebab batuk-batuk tu menjadi-jadi pergi la ke klinik then direferkan ke hospital Taiping.

Mengikut kata Makcik AAA, sepatutnya dia akan di transferkan ke Hospital Serdang kerana Hospital Taiping tiada kelengkapan yang cukup tapi tidak jadi transfer.

Pada awalnya diagnosisnya ialah paru-paru berair, tapi selepas doktor buat CT-scan kelihatan imej seperti mass. Jadi buat la biopsy..

Masa ambil cecair dalam paru-paru dia (pleural effusion) keputusannya ialah carcinoma... 

Carcinoma tu adalah sejenis kanser.

Sepatutnya result biopsy tu keluar 6/4/2015 hari itu tapi masa tu AAA dah kiritikal dan ALLAH LEBIH SAYANG DIA tak nak dia lebih terseksa jadi ALLAH ambil dia dulu.

KY juga cakap yang wajah arwah tenang je..

(NAK TAHU KISAH SEBENAR PASAL SAKIT DIA BOLEH BACA KAT SINI HIGHLIGHT IN PINK COLOUR)
---------------------------------------------------------

7 APRIL 2015/ 7.45pagi

Aku pergi kerja seperti biasa. Fikiran aku kosong, aku banyak terfikir kenangan aku dan AAA. Air mata aku mengalir.

Aku cuba tabah tapi aku tak mampu, Aku masih tidak dapat terima AAA dah tiada buat selama-lamanya. 

Dalam keadaan tangisan yang masih bersisa tu aku pun jalan kaki menuju ke pejabat dari arah parking kereta. Aku cuba menarik nafas yang dalam untuk mendapatkan kekuatan sebelum ke tempat kerja.

AKU RASA BAGAIKAN SEPARUH DARIPADA JIWA AKU DAH HILANG.

Hari itu fikiran aku tak fokus langsung nak buat kerja. Masa mula masuk kerja hari tu pon, aku senyap je.

Officemate aku Lisa tanya "masuk-masuk senyap je. Hanna kau ok tak??" sambil pegang bahu aku.

Aku diam je. Then officemate aku datang kat aku "Hanna, kau nangis ke?" Aku jawab "aku ok je" dalam keadaan tangisan yang masih bersisa. 

"Cuba kau luahkan apa yang ko rasa" Lisa cakap kat aku. Aku tetap bertegas "Aku ok takde apa-apa la". Dalam hati aku "I just need to be alone".

"Kalo kau tak ok baik ko ambik cuti, nanti kerja ko terganggu" kata Lisa.

Hari tu aku bagitahu pada Lisa yang aku tak nak buat OT (Over Time) sebab aku nak tenangkan perasaan aku.

5.00 petang

Petang tu aku jogging kononnya aku nak lepaskan segala perasaan aku malangnya tidak berjaya juga. Anehnya cuaca petang itu seakan mengerti perasaan aku. 

Angin bertiup kencang dengan awan yang mendung sehingga hujan rintik-rintik. Tapi aku tetap jogging juga dengan angin yang kuat tu.

Bila aku drive je balik ke rumah, air mata aku mula lah laju je mengalir. AKU TERINGAT SEMUA KENANGAN AKU DAN DIA.

AKU SALAHKAN DIRI AKU ATAS SEGALANYA.

 Aku juga rasa bagaikan aku kehilangan SOULMATE.

Kenapa aku tak sedar yang dia memang amat bermakna bagi aku. Kenapa aku tak bagitahu aku sayang dia? Kenapa aku tak wish masa birthday dia? Kenapa aku cepat percaya rumors? Kenapa aku tak direct tanya dia je? 

Why i didn't told him that he looks good when he wore his spectacle cause he looks so matured. Kenapa itu..Kenapa ini..

Padahal lama kot dia ambil masa hanya untuk buka hati aku. Masuk belajar Julai 2010 sampai April 2014. That was a long time. I was so blind, he was a good man.

Dia adalah permata diantara kaca. Aku buta mata, aku juga buta hati. Hanya kerana sedikit masalah atau salah faham I LEFT HIM ALONE. I never asked him why he do that? I NEVER ASKED HIM!

Sepatutnya aku atasi masalah tu BECAUSE I LOVE HIM. Bukan lari dari masalah macam tu sahaja.

KERANA DIA HATI AKU TERBUKA UNTUK TERIMA CINTA. DAN KERANA DIA JUGA HATI AKU SEKARANG DAH TERTUTUP SEMULA. Hati aku juga pernah terbuka untuk alam perkahwinan sebab dia. Aku ni memang tak  sedia nak kahwin lagi la malas la nak fikir semua tu kan walaupun umur sudah semakin meningkat.

AKU CUBA JADI SEORANG YANG LEBIH SUKA SENYUM SEBAB DIA. ALL BECAUSE OF HIM. Aku ni jenis tak suka senyum sangat. Jenis muka serius gila la. Sebab tu tak sangka ada orang boleh suka aku walaupun aku macam tu.

Aku tukar untuk jadi lebih suka senyum sebab aku nak tunjuk yang aku happy tanpa dia but deep down only ALLAH know. Masa aku jadi suka senyum tu, sem 7 time tengah buat FYP.

Tersesak-esak aku menangis semasa aku drive untuk balik ke rumah hari itu. Tangisan aku hari tu sungguh luar biasa. Aku seperti meluahkan segala yang terbuku di hati aku bersama-sama dengan esakan tangis aku.

Semenjak hari AAA pergi, aku dah kurang selera makan. Makan pon hanya untuk isi perut aku takut nanti sakit pulak. Tidur aku juga terganggu semenjak itu. Kadang-kadang aku terjaga pada waktu malam. 

Berat aku pun turun 2.5kg. Padahal berat aku memang susah nak turun kalau tidak exercise. Selepas 7/4/2015 aku sudah tidak pergi jogging lagi kerana hati aku tidak tenang.

AKU SEAKAN MASIH TIDAK PERCAYA DIA SUDAH TIADA APABILA AKU TERJAGA DARI TIDUR.

Patut la masa aku berdoa pada bulan ramadhan tu ALLAH tarik separuh dari perasaan aku sebab DIA AKAN PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA. 

ALLAH SAYANG AKU, ALLAH SAYANG DIA. 

Cuma ALLAH LEBIH SAYANG DIA TU YANG ALLAH AMBIL NYAWA DIA DULU.

ALLAH nak selamatkan aku dan dia dari buat maksiat hati mungkin.

ALLAH nak selamatkan aku daripada lebih terseksa dengan pemergian AAA. Ini pun dah rasa terseksa, tak tahu la kalau aku dan AAA betul-betul bercinta aku rasa mungkin aku lagi meroyan.

Aku juga sedih sangat kerana orang yang nampak aku right through my wall dah tiada. Maksudnya walaupon aku ni macam ada tembok yang besar yang menghalangi aku tapi dia tetap nampak aku. 

Dalam ramai-ramai orang dia sorang je yang nampak aku. Nampak my innerself, not looking from the outside but from inside, from the heart. Tidak seperti kebanyakkan orang.

Macam lagu CHRISTINA PERRI-ARMS ni. Mostly lagu-lagu yang aku dengar semua mesti ada makna dia tersendiri bagi diri aku terutamanya.

Aku tak rasa akan ada pengganti dia. Orang yang boleh terima aku seadanya aku ni. 

RAMAI ORANG BOLEH LIHAT KITA DARI LUARAN, TAPI TIDAK RAMAI YANG BOLEH LIHAT KITA DARI HATI.

MUNGKIN ADA HIKMAH MENGAPA ALLAH PERTEMUKAN AKU DENGAN DIA. MENGAPA ALLAH WUJUDKAN RASA CINTA DALAM HATI AKU, DALAM HATI DIA. 

SEMUA TU HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU.

Supaya aku lebih menghargai orang yang menyayangi aku. Supaya aku bersyukur ada orang yang sayang aku. Supaya lepas ni aku lebih berhati-hati dalam setiap tindakan yang aku lakukan JANGAN BERTINDAK MELULU.

9.00 Malam

Malam tu aku bercerita pada adik aku, Azim kisah bagaimana aku kenal dia. Kisah aku dan AAA.
-------------------------------------------------------

Hari-hari aku yang mendatang aku jalani seperti biasa cuma AKU RASA KOSONG. Jalan kaki pun termenung dan terfikir-fikir. Sesekali kerja aku di pejabat terhenti kerana aku TERMENUNG jauh. Kerja aku ialah memasukkan data ke dalam sistem komputer.

Lagu-lagu sedih yang berkumandang di radio semuanya seolah-olah mengigatkan aku kepada dia, sehingga boleh mengalir airmata aku.

Minda dan hati aku asyik teringat pasal dia. Tidak pernah sesaat pun aku tidak ingat pada dia.

Lagu IR RADZI-MAAFKAN AKU betul-betul buat aku terasa betapa jahatnya aku ni. Betapa jahatnya aku pada orang yang sayang aku.

Disebabkan aku bekerja di Hospital, apabila nampak pesakit diusung di atas katil bersama bekalan oxygen melalui NASAL CANNULA aku pasti teringat pada dia. Aku TERBAYANGKAN dia, BAGAIMANA DIA TERSEKSA dengan sakit dia. Aku bayangkan dia bertambah kurus kerana sakit dan macam-macam lagi..

(Yang pasal nasal cannula tu kawan aku yang bagitahu kat FB sebab dia ada telefon AAA)

Aku juga terfikir jika aku melawat dia di Hospital Taiping dulu semasa dia di wad mesti aku menangis. Aku tak boleh tengok dia terseksa. Aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang terseksa.

Walaupun aku bersyukur bahawa dia tidak lama terseksa. Tapi jauh di sudut hati aku....

AKU BETUL-BETUL RASA MENYESAL.

Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk menziarah kubur dia. Walaupon jauh di Perak, aku tetap ingin pergi. Muktamad.

Aku sanggup pergi kerana aku sayang dia. Aku nak dia tahu walaupun dia dah tiada aku tetap ingat dia. Aku selalu doakan dia.

Aku mesej pada kawan aku KY yang pernah pergi ke pengebumian dia. Aku minta tolong pada dia untuk tunjukkan pada aku dimana kubur AAA.

ALHAMDULILLAH kawan aku setuju. (InsyaALLAH awal bulan 5 ni aku pergi sana)
----------------------------------------------------------

9 APRIL 2015 /10.57 MALAM

Aku mengupdate status di wechat aku

"JUST WANNA SAY PLEASE APPRECIATE THOSE THAT LOVE US BEFORE THAT PERSON GONE FOREVER FROM THIS WORLD. I MAKE A MISTAKE ONCE, I LEARNT AND INSYAALLAH WILL CHANGE MY PERCEPTION AND BEHAVIOR TOWARDS PERSON THAT LOVE ME.

I JUST WISH I CAN TELL THAT PERSON THAT I REALLY LOVE THAT PERSON BEFORE THAT PERSON GO AWAY FOREVER BUT IT'S TOO LATE BECAUSE I WAS TOO BLIND TO SEE IT FROM MY 'MATA HATI' AND BEEN IN DENIAL OF LOVE IM MY WHOLE LIFE.

NOW MY HEART IS TORN TO PIECES AND I HAVE TO COLLECT IT PIECES BY PIECES IN ORDER TO RECOVER. HOPE YOU ALL LEARN LESSON FROM MY EXPERIENCE AND MY MISTAKE IN JUDGING SOMEONE IN LIFE. IF YOU HAD A CHANCE PLEASE GRAB IT, THAT IS MY ADVICE."

10 APRIL 2015

Aku nekad mahu membuat karangan mengenai kisah aku dan dia. Aku mula menulis di blog aku tentang dia. Aku tulis kisah aku dan dia dari awal sehingga akhir. Ini aku lakukan supaya aku takkan pernah lupa pada AAA. Siapa dia, dimana aku kenal dia.

11 APRIL 2015

Selalu hari sabtu aku buat OT, tapi minggu tu aku tak mampu untuk buat OT. Fikiran aku terganggu. Jadi hari tu aku ajak kawan baik aku a.k.a BFF aku pergi satu tempat dimana aku boleh menenangkan fikiran. Masa aku tunggu BFF ku kat masjid berdekatan rumah dia, aku banyak termenung dan berfikir je.

BFF aku cadangkan pergi Taman Botani di Putrajaya. Cantik sungguh taman itu. Ada tasik sekali, dengan ikan-ikan berenang. Ramai juga yang berpiknik di situ. Ada juga mereka yang mengambil gambar pre-wedding disitu.

Aku berbual dengan kawan aku mengenai AAA sambil berjalan-jalan di taman tersebut. Apabila waktu hampir menjenguk ke tengah hari, kawan aku mencadangkan pergi makan tengah hari.

Aku pun mengambil keputusan untuk ke Alamanda, kerana di sana terdapat pusat karaoke. Aku pun berkaraoke lah disana konon-konon untuk melepskan segala tekanan perasaan. Malangnya suara aku pada hari itu sungguh serak sekali. Mungkin juga akibat kerap menangis.

ITULAH KALI PERTAMA AKU KARAOKE DENGAN SUARA YANG TIDAK BERAPA NAK KELUAR.

BFF aku pula nyanyi lagu sedih-sedih je lagi la aku teringat dia. Masa aku dalam bilik karaoke pon aku boleh termenung sehingga kawan aku tegur aku takut aku tiba-tiba nangis ke kan. Aku memang menahan je air mata aku pada waktu itu.

Aku yang dah lama mengidam makan belgium chocolate waffle di Alamanda kan, peliknya rasa dia pada hari tu seolah-olah tawar.

Untuk menceriakan aku, BFF aku belanja aku makan di Restoran Black Canyon. ALHAMDULILLAH makanan disitu memang sedap-sedap belaka. Hari tu la aku makan banyak sedikit berbanding hari-hari sebelum ni.

No wonder masa AJL25 hari itu, penyanyi Aliyah menyanyi kurang sedap suara dia pada AJL25 tu. Aku rasa mungkin sebab dia banyak menangis sebab suami dia kahwin lagi satu.
---------------------------------------------------------------------------

sambung cerita tadi..

Aku juga ada google 'adakah orang yang masih hidup boleh berjumpa dengan roh'. Ini kerana aku ingin sangat berjumpa dengan dia.

Tidak kisah la berjumpa dalam alam mimpi sekalipun, janji aku jumpa dia. Aku rasa macam nak bagitahu dia macam-macam. Paling penting sekali aku nak minta maaf. Even kalau dalam mimpi tu dia hanya senyum pun aku dah puas hati)

Aku juga BELI BUKU MENGENAI ALAM ROH. Semata-mata untuk mengetahui dengan lebih dalam mengenai roh. Kot-kot aku boleh jumpa dia ke kan.

Aku sekarang ni rasa macam tak nak lagi kehilangan orang-orang yang aku sayang. AKU TAK SANGGUP.

AKU TAK SANGGUP KEHILANGAN LAGI..

Aku selalu tengok-tengok kucing aku. Aku takut kucing aku pergi meninggalkan aku pula. AKU TAK SANGGUP.

CUKUP-CUKUP LA.

AKU TAHU INI SEMUA TAKDIR ALLAH, CUMA AKU PERLUKAN MASA UNTUK TERIMA SEMUA INI.

Aku juga teringat untuk melihat email yahoo yang aku gunakan untuk twitter. Aku semak jikalau ada mesej aku dan dia. Ternyata ada. Malangnya hanya ini sahaja yang ada. Sebab aku dan dia jarang mereply twitter just balas melalui update status sahaja.





YA ALLAH sedihnya hati aku. Aku tak dapat tengok dia hidup bahagia. Aku tak kisah jika dia pilih orang lain, sebab aku selalu doa dia hidup bahagia. Cuma tak sangka lain pula percaturan ALLAH.

SEKARANG AKU MENGERTI KENAPA DIA BUKAN JODOH AKU. SEBAB DIA PERGI DULU DARI AKU.

18 APRIL 2015

ALHAMDULILLAH aku semakin boleh terima bahawa dia dah tiada buat selama-lamanya. Walaupun perit, aku cuba teruskan hidup berbekalkan 'KENANGAN AKU DAN DIA'. (walaupun tak berapa banyak kenangan yang ada)

Bila aku tengok gambar dia, SENYUMAN DIA SEOLAH-OLAH MEMBERI KEKUATAN PADA DIRI AKU.

Setiap hari aku hadiahkan surah AL-Fatihah dan Yasin pada dia. Marilah kita HADIAHKAN AL-FATIHAH pada arwah ....AL-FATIHAH... (update 29/7/2015 sekarang aku baca yassin setiap ari khamis dan apabila aku rindu sangat dengan dia)

AKU DOAKAN DIA TENANG DI SANA DAN DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.

Aamiiiin..


THE END.

(P/S: AKU AKAN TULIS CERITA APABILA AKU DAH KE PUSARANYA DI SEQUEL IAM4U)

PART 1 
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7
SEQUEL-MENZIARAH/VISIT TO.. 

Saturday, April 18, 2015

I AM 4U : part 7 - BREAKING NEWS / BERITA YANG MEMERANJATKAN


CONTINUE SPECIAL PERSON IN MY HEART SERIES - TITLE: I AM 4U


Sejurus aku tahu tu aku terus berdoa pada ALLAH semoga dia cepat sembuh dan baik-baik sahaja. Malam tu aku terfikir pasal dia. Pasal dia sakit semua terganggu jugak tidur aku. Sepatutnya aku tidur lagi awal sebab banyak fikir tidur lambat sikit.

Patut la BIJI MATA KANAN aku pada hari tu lain macam BERDENYUTNYA. Aku tahu mesti ada sesuatu yang akan terjadi.

Aku dikurniakan oleh ALLAH six sense atau deria keenam. Selalu kalau mata atau kaki aku ke berdenyut-denyut atau bergerak lain macam selalunya kucing aku akan ditimpa sakit/hilang/mati. Ini kerana aku sayang gila dengan kucing-kucing aku. Jadi aku fikir mungkin akan berlaku sesuatu pada kucing aku.

Aku tak tahu pada hari tu rupa-rupanya biji mata aku berdenyut pasal AAA sakit TERUK rupanya. 

AKU BARU JE SEDAR SEKARANG.

PASAL POST FB tu sebenarnya aku nak komen MALAM TU JUGAK tapi aku takut nanti nampak sangat aku ni prihatin gila kan so aku tunggu esok sebab malu nak jadi komen yg first.

I STILL CARE ABOUT HIM AFTER ALL.

Entah apa-apa je perangai aku ni kan, patutnya tak payah fikir apa orang nak cakap kan. Tapi itulah yang berlaku.

Besok tu lepas balik keje baru aku tengok balik post semalam tu then baca komen-komen daripada kawan-kawan. Aku pon komen pastu aku nampak kawan aku E bagi numbor telefon AAA pada ruang komen tersebut suro contact sendiri kalo nak tanya khabar AAA ke. So aku save nombor tu di telefon aku.

Pada malam 25/3/2015 aku masih dilemma patut ke tak patut aku mesej AAA. Aku tanya adik aku, dia sarankan aku mesej je siap paksa aku lagi. Aku rasa kalo bukan aku kena paksa dengan adik aku Azim, maybe aku tak hantar mesej pada dia. ALHAMDULILLAH adik aku paksa aku..

Aku siap tanya "ok tak mesej akak?" Adik aku "letak I LOVE YOU, I MISS YOU". Aku jawab "GILA KE, TAK PAYAH LA"

Aku pon hantar direct mesej tapi malangnya aku tiada kredit pula, so aku cuba tengok whatsapp dia. Dia baru je online tadi dalam pukul 8.30 macam tuh, so aku pon try my luck WHATSAPP DENGAN DIA.

Aku ni jenis baru je hantar mesej kalo boleh nak orang tu balas immediately.. Bila dia balas lambat tu aku cam dah fikir negatif.. Aku kalo tak fikir negatif memang bukan aku la..

Dia balas jugak akhirnya. Aku ingat dia tak sudi nak balas mesej aku (tengok fikiran aku yang negatif tu). Ni conversationnya:-






Pada waktu itu, aku rasa alhamdulillah dia ok..ni ok je dia balas..takde apa-apa kot dia insyaALLAH..

Conversation aku dah dia biasa-biasa je. Aku fikir dia tahu nombor aku malangnya tidak. Mungkin dia sudah buang nombor aku masa dulu-dulu.

Paling aku menyesal kan kenapa aku tak tanya lagi pada dia selepas itu. Tanya khabar dia everyday ke kan.

Aku ada juga terfikir "perlu ke aku bagitahu perasaan aku pada dia" tapi malangnya aku pendamkan sahaja.


THAT WAS MY BIGGEST MISTAKE. I SHOULD HAVE TOLD HIM THAT I LOVE HIM.

Besok ke dua-tiga hari selepas itu aku tengok dia update status whatsapp dia, sebelum ni aku tengok status whatsapp dia lain macam emoticon marah gitu.

Aku tak pasti adakah sebab aku dia update status dia. Status dia macam dia nak cepat baik dan macam happy je. (gambar kat bawah tu)


Aku juga perasan yang dia update status FB dia setelah berkurun lama tidak update semenjak dia kecewa dengan aku tu. Dia beritahu yang dia dah lama duduk di wad dan dia mahu kawan-kawan semua mendoakan agak dia cepat sembuh.

APRIL 2015

PADA 4/4/2015 hari SABTU BIJI MATA KANAN aku berdenyut lain macam sekali lagi. AKU YAKIN SESUATU AKAN TERJADI tapi aku tengok kucing aku ALHAMDULILLAH elok je sihat semua.

Pada 5/4/2015 pukul 10 malam begitu, aku seperti biasa lihat FB dulu sebelum tido dan aku NAMPAK KAWAN AKU POST KAT GROUP FB YANG DIA DAH MASUK ICU HARI KHAMIS LAGI. DIA TENGAH KOMA DAN TENAT. 

YA ALLAH... TERKEJUT AKU..Aku terus menadah tangan berdoa pada ALLAH. Seperti biasa malam tu tidur aku tak berapa nak lena.

Besok 6/4/2015 ISNIN  pagi aku pergi ke tempat kerja seperti biasa. Dalam pukul 10 pagi, kawan aku LR mesej aku tanya "Hanna, ko tau tak latest pasal AAA?". Aku balas tapi rupanya tak sampai sebab aku takde kredit.

Masa tu aku balas camni "Tau baru semalam aku baca kat FB..Ke sekarang dah lain?" Cumanya mesej aku tak sampai sebab takde kredit.

Aku dah mula rasa lain macam sejak kawan aku mesej aku. Aku dah fikir dah dalam kepala aku "adakah AAA dah meninggal?, tak mungkin..tak mungkin..he is still alive just in coma" mungkin aku fikir bukan-bukan ni.. AAA kan koma mesti dia hidup lagi. Aku fikir macam tu. Aku cuba berfikiran positif.

"Tapi kalo dia betul-betul meninggal camne?"Hati aku berkata-kata.

Di pejabat, FB dan YOUTUBE di block jadi aku tak boleh tengok kecuali waktu lunch dan habis waktu kerja. Itu pon aku baru tau.

Pada hari tersebut aku tak tahu pon cuma aku just try la buka FB lepas pukul 5 ptg kan. Buka-buka je aku nampak status kawan aku KY bagitahu AAA dah meninggal dunia.

Aku hanya terperanjat pada waktu tu. I WAS SHOCK. Masa tu aku tak rasa sedih lagi cuma rasa terperanjat sangat.

Patut la hari sabtu 4/4/2015 tu biji mata kanan aku berdenyut-denyut lain macam. RUPA-RUPANYA SEBAB AAA AKAN PERGI MENINGGALKAN AKU BUAT SELAMA-LAMANYA. Dia meninggal pada 6 APRIL 2015. Aku rasa pagi isnin tu dalam pukul 9 pagi rasanya. Tarikh keramat tu aku takkan lupakan sampai bila-bila..


I WILL NEVER FORGET THE DAY HE DIED.


To be continue...ENDING PART 8

Friday, April 17, 2015

I AM 4U : part 6 - MEMOIR / MEMORI



 CONTINUE SPECIAL PERSON IN MY HEART SERIES - TITLE: I AM 4U


Buat pengetahuan semua aku dan dia tidak berhubung langsung semenjak yang twitter tu. Aku dan dia juga tak pernah langsung mesej di handphone kecuali ada satu masa tu sem 6. Cerita dia macam ni...
---------------------------------------------------------

Tiba-tiba ada mesej masuk tanya pada aku mengenai assignment. Berbunyi lebih kurang begini "Kak Hanna,......." Dia suka panggil aku KAK HANNA tapi aku ni lebih suka panggil orang dengan panggilan 'AKU' 'KAU' sahaja kerana panggilan tersebut buat aku rasa lebih rapat dengan orang, rasa seperti kawan rapat yang dah kenal lama.

Aku tak kenal nombot telefon berkenaan. Jadi aku pun tanya "ni siapa?" Dia jawab la "ni AAA,....." Dia nak minta tolong aku mengenai satu assignment ni. \

Actually aku macam dah terdetik dalam hati "takkan ni AAA". Ini kerana aku rasa aku dah ada no telefon kawan-kawan permpuan cuma no telefon kawan lelaki je yang aku takde. Tu yang aku dapat rasa tu dia.

Aku ni jarang nak layan nombor tak dikenali tetapi oleh sebab aku dapat rasa dalam hati tu macam AAA tu yang aku balas dengan pantas mesej tersebut. Tak sangka memang sah tu nombor dia.

Assignment tu sebenarnya aku dah tanya dia di FB sehari ke dua hari sebelum tu. Memang aku sengaja tanya dia. Padahal aku dah tanya orang lain tapi saja-saja je dok tanya kat dia lagi kot-kot dia tahu kan hmm hampeh dia belum buat lagi assignment tu rupanya tapi dia ada bagi aku info sikit la pasal assignment tu.

Dia mintak tolong tu actually macam nak copy la assignment aku tuh. Aku bagi jugak tapi jawpan-jawapan yang penting aku suruh dia masukkan sendiri. Ingat senang ke nak cari jawapan tuh.

"Tengok la kalo aku baik aku kasi" aku jawab di mesej tersebut.  Dia balas "kak hana kan baik ...." ape entah aku pon dah lupa. Lepas tu aku bagi assignment tu di FB dia.

Perkara yang menghairankan aku ialah mana dia dapat nombor telefon aku. Mungkin minta dengan kawan aku agaknya la. Masa tu aku terus save no dia.

Perkara yang tak dijangka ialah aku hilang no dia masa aku reset telefon aku. Sebab itu jugak aku tak pernah contact dia kat telefon rasanya. Aku terfikir nak minta kat kawan aku maybe untuk jadi stalker di whatsapp ke kan tapi aku malu pulak so aku memang takde no dia.
------------------------------------------------------------

Ada satu masa tu AAA pernah tanya aku mana rumah aku masa sem 3 rasenyer la. "rumah kak hanna kat mana?"

Aku jawab "Kat Seri Kembangan"

"Seri Kembangan kat mana? Saya ada kawan kat seri kembangan jugak"

Lepas tu  masa sem 5 atau 6 dia tanya aku lagi "Kak hanna duduk Seri Kembangan lagi ke?"

"Aah. Tapi maybe nak pindah kat Melaka". Aku saje je nak bagitahu dia pasal pindah kat Melaka. Macam nak bagi HINT la camtu.
------------------------------------------------------

Aku tak ingat sem berapa tapi masa tu kelas kitaorang ada buat lawatan pergi NIOSH.

AAA ni usik ape ntah barang yang dipamerkan kat situ. Then aku perhati je dia ni asyik dok usik-usik barang tu. Aku pun tegur la dia

"AAA jangan usik la benda tu"

Lepas tu terus dia tak sentuh lagi benda tu.

Sambung cerita semula..

Patut la kan selama aku tak contact langsung dengan dia kan, aku rasa SEPERTI AKU PATUT TANYA KHABAR dia je macam lagu JOE FLIZZOW-APA KHABAR. Aku selalu tertanya-tanya "apa khabar agaknya AAA". Mungkin itu adalah HINT daripada ALLAH bagi pada aku sebab dia dah nak pergi buat selama-lamanya cuma aku sahaja yang tidak nampak.

Aku juga TERASA NAK MINTA MAAF dengan dia walaupon rasanya macam aku tak bersalah pon.

(RUPANYA AKU SILAP MEMANG AKU BERSALAH PUN, AKU SEKARANG RASA SANGAT BERSALAH DENGAN DIA ATAS SEGALA-GALANYA walaupun aku tahu ini semua qada' dan qadar daripada ALLAH tapi aku tetap rasa bersalah)

Selain tu semasa aku ada beli barang di econsave, mak aku ada mintak calendar free, Masa tu aku tak perasan lagi gambar kat kalendar tu. Bila balik aku terus ambik satu then gantung pada dinding bilik aku.

Gambar dia ialah GAMBAR MOTOR JENAMA SAMA DAN WARNA LEBIH KURANG SAMA macam cover photo FB dia. Pada fikiran aku pada waktu tu

"motor tu macam kenal je, eh ni motor yang macam si AAA suka, adoi aku kan nak lupakan dia ni dah teringat balik hmm rasa macam patut tukar calendar kat bawah tu je"

Tapi aku tak tukar pon, aku just biarkan je dalam bilik aku.

Aku tak pasti la ini kebetulan atau memang HINT DARIPADA ALLAH sekali lagi pada aku. ni gambar cover FB dia:-


dan ni cover calendar aku (bawah)


KAN??? SAMA KAN?? JENAMA DAN WARNA DIA. 
ALLAH NAK BAGITAHU SESUATU PADA AKU. CUMA AKU JE YANG BUTA HATI PADA WAKTU ITU.


Sebenarnya warna pada motor tu ialah warna sweater yang aku selalu pakai masa U dulu.Then dia update cover FB dia so aku faham la. Our heart still connected at that time. Aku selalu pakai SWEATER pergi kelas SWEATER AKU PAKAI IALAH WARNA MERAH (sem 2-3 kot) , pastu WARNA BIRU  DAN WARNA PUTIH. 

DIA NAK BAGITAHU PADA AKU YANG WARNA MOTOR TU MENGINGATKAN DIA PADA AKU. 

MAC 2015

Tarikh hari lahir aku ialah 24 haribulan 3. Manakala tarikh lahir AAA ialah 26 haribulan 3. Beza dua hari sahaja. Sepanjang aku kenal dengan dia tak pernah di wish birthday aku samada di FB ke atau apa-apa. Aku pon sama jugak.

AKU MENYESAL SANGAT TAK WISH MASA 26/3/2015 TU, hati aku macam suro aku wish tapi cam hmm tak payah la.

Aku ada cakap kat adik aku "kadang-kadang orang boleh meninggal masa hari lahir dia". Tak sangka kata-kata aku benar. Dia pergi buat selama-lamanya cuma bukan tarikh tapi seminggu selepas itu.

Dulu-dulu benda yang menguatkan hati aku bahawa dia adalah jodoh aku ialah tarikh lahir aku dan dia yang dekat, ini kerana BFF aku suami dia birthday sehari ke dua hari lepas birthday dia. Tu yang masa tu aku fikir dia jodoh aku. Aku tak pasti macam mana tapi semasa sem dulu-dulu hati aku pada waktu tu kuat mengatakan dia ni JODOH aku. Instinct kan..

Lagi satu AKU PERNAH MIMPI PASAL DIA masa tu sem 2 kalo tak silap. Mimpi itu agak pelik. AAA ni macam betulkan rambut aku yang dah terkeluar dari celah tudung. Dalam mimpi tu aku diam je bila dia betulkan rambut aku, aku tak marah pulak yelah bukan mahram aku kan patutnya aku mesti la marah ke tiba-tiba je kan. Sejak aku mimpi tu la yang hati aku jadi keliru je dengan dia. Aku tertanya-tanya "adakah AAA ni jodoh aku??"

Aku juga ada membuat poem tajuk Never thought.. Tapi pada waktu tu perasaan aku masih keliru lagi. Just aku buat poem tu macam inspirasi sahaja la kot-kot kalo ada orang yang betul-betul suka kat aku la gitu, bukan tuju untuk dia pon pada waktu itu. 
--------------------------------------------------------

Pada tahun ini 24/3/2015 semasa birthday aku, aku dapat tahu AAA SAKIT. Aku ingat lagi waktu tu aku baru je nak masuk tido dalam pukul 11.15 macam tu. Sambil baring-baring aku tengok handphone buka FB dulu.

BERITA YANG PALING MEMERANJATKAN aku ialah kawan kelas aku E post di group FB kelas kitaorang yang AAA ni sakit dah duduk 2 minggu di wad. Terperanjat gila aku..

(MAYBE DEEP DOWN IN MY HEART I STILL LOVE HIM JUST THAT DID'T REALIZE IT AT THAT TIME CAUSE AFTER ALLAH HAVE TOOK MY FEELING AWAY, I DON'T QUITE SURE WHAT IS MY FEELING TOWARD HIM. IS IT SYMPATHY OR EMPATHY OR LONGING....)

THIS IS MY POEM TITLE FEEL. Masa tu aku KELIRU apakah perasaan sebenar-benar aku..

to be continued..PART 7

Wednesday, April 15, 2015

I AM 4U : part 5 - THE LAST LOOK / KALI TERAKHIR KULIHATMU


CONTINUE SPECIAL PERSON IN MY HEART SERIES - TITLE: I AM 4U


JULY 2014/ BULAN RAMADHAN 

Aku masih cintakan dia, aku tak boleh lupakan dia. Jiwa aku terseksa pada waktu tu, cuma aku dan ALLAH sahaja yang tahu betapa sedihnya aku, betapa sengsaranya aku, betapa peritnya hati aku. Setiap hari aku berdoa pada ALLAH SUPAYA BUANG PERASAAN AKU KALAU BETUL DIA BUKAN JODOH AKU.

Dan ALHAMDULILLAH berkat aku berdoa dengan bersunguh-sungguh pada bulan ramadhan itu DOA AKU DIMAKBULKAN ALLAH. Setiap kali berdoa AIR MATA AKU PASTI TUMPAH. 

SEPARUH DARIPADA PERASAAN AKU HILANG.Aku bersyukur pada ALLAH. Hidup aku kembali tenang.(actually aku ingat semua perasaan aku hilang pada waktu tu tak sangka rupanya aku yang in DENIAL atau menafikan aku masih ada perasaan pada dia lagi)

Cuma sesekali aku pasti teringat juga pada DIA. WE WOULD NEVER FORGET PEOPLE THAT WE REALLY LOVE RIGHT?

SEPTEMBER 2014

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Hari KONVOKESYEN. 

Aku ada pergi rehearsal convocation. Aku ingat dia tak pergi. Bila dah abis majlis tu masa nak dekat balik baru aku nampak dia. Aku nampak dia bersama kawan-kawan dia. Dia takde tego aku pon apalagi pandang aku. Aku tengok dia dari jauh.

Dia pakai baju warna merah kalo tak silap. Aku pun pada waktu tu pakai baju merah jugak. Dalam hati aku sedih jugak . "dia dah tak sudi ke nak pandang aku? , nampak sangat dia benci dengan aku".

Masa aku tengah cari kawan aku KY dan LR sebab mereka ada hal sekejap aku nampak dia lalu depan aku. Aku rasa dia nampak aku tapi memang dia tak tego aku pon, itu yang menyakinkan aku yang dia memang dah benci sangat dengan aku WALAUPUN DEEP DOWN HATI AKU KATA "TAKKAN DIA BOLEH BENCI DENGAN ORANG YANG DIA SAYANG" cuma aku tak nak dengar kata hati aku.

Then kawan aku datang. KY tego dia. Aku dengar je. Aku ni bukan nak tegur dia ke kan. Aku ni jenis memang takkan tego lelaki dulu. Sebab tu aku jadi begitu.

Pada hari konvokesyen yang sebenar, aku khuatir juga jika aku masih ada perasaan seperti dulu pada dia, Perasaan yang boleh membuatkan jantung aku berdegup kencang bila jumpa dia, kerana pernah dulu sem berapa aku tak ingat dah. Cuti sem kan lama, jadi apabila masuk belajar semula pastu nampak dia pulak tu yang  jantung aku jadi camtu.

Salah satu sebab lagi ialah aku kena berbaris di barisan hadapan dekat dengan dia oleh kerana nama dia start dengan A kan. ALHAMDULILLAH pada waktu itu jantung aku elok je tidaklah berdegup kencang seperti yang aku jangkakan.

Masa hari konvo, ALHAMDULILLAH die elok je cakap dengan aku. Aku ingat dia takkan tegur dan cakap dengan aku langsung AND I WAS WRONG about that.

Aku ingat lagi dia seperti mintak aku TOLONG BETULKAN TALI LEHER dia tapi aku just pandang je. Aku bukan apa aku segan la.

Tambahan pula aku TERINGAT YANG DIA NI BUKAN JODOH AKU jadi tak payah la nak betulkan. Then kawan aku FN tolong betulkan. FN dok depan aku.

ITULAH PERKARA YANG PALING AKU MENYESAL SAMPAI SEKARANG SELAIN DARI TWITTER TADI DIMANA DIA TANYA AKU MASIHKAH ADA HARAPAN I SHOULD SAY YES RIGHT BUT.....

Sewaktu konvo tersebut aku fikir aku dapat duduk dekat ke dengan AAA ni malangnya tidak. Aku duduk jauh daripada semua kawan aku dalam dewan tersebut. Sebelah aku siapa entah aku tidak rapat sangat dengan mereka so aku banyak berdiam diri je.

Selesai majlis konvokesyen. Aku turun ke dewan tempat fotografi untuk mengambil gambar konvo bersama keluarga. Semasa aku sedang beratur di barisan 'gambar bersama keluarga' aku nampak dia. AKU PANDANG DIA DARI JAUH.

Dia bersama seorang wanita yang agak berusia, aku agak mungkin itu mak dia. Sambil-sambil beratur tu aku pandang-pandang jugak dia kat mana. Dia dah ambik gambar konvo individu. Selepas habis dia terus berlalu keluar dari dewan. Aku pandang je dia.

KALI TERAKHIR AKU JUMPA DIA ialah semasa konvo sudah berakhir. Pada waktu tersebut masing-masing sibuk dengan keluarga sendiri termasuklah aku. Aku masa tu tengah menuju ke outdoor untuk ambil gambar.

DALAM RAMAI-RAMAI BERSESAK-SESAK TU AKU TAK TAHU MACAMMANA DIA BOLEH JUMPA AKU. INI SEMUA PERANCANGAN DARIPADA ALLAH. 

Masa aku tengah menuju ke outdoor tu sambil bersesak dengan orang ramai, tiba-tiba disebelah kanan aku, AAA tegur aku.

Dia tanya aku "dah ambik borang pengurangan MARA ke?" Aku balas "belom lagi". Dia pun hulurkan pada aku borang tersebut.

Aku dapat rasa borang yang dia bagi pada aku sebenarnya borang dia. Lepas tu aku tengok dia pergi ke booth lain mungkin juga untuk mengambil borang pengurangan MARA yang lain untuk diri dia sebab booth yang dia berdiri tu bukan booth MARA pon. ITULAH KALI TERAKHIR AKU JUMPA DIA.

THAT WAS THE LAST TIME THAT I SAW HIM.

to be continued.. PART 6

Tuesday, April 14, 2015

I AM 4U : part 4 - DISCONNECTED / TERPUTUS..


 CONTINUE SPECIAL PERSON IN MY HEART SERIES - TITLE: I AM 4U


Post sebelum ni aku ada cakap kan yang hati aku dan dia connected.Aku tak pernah RASA CINTA dimana HATI BOLEH RASA CONNECTED TO EACH OTHER. Ini la first time aku rasa macam ni. Pengalaman-pengalaman aku yang lepas memang tak rasa hati connected langsung.

Ustaz Kazim dalam ceramah beliau ada menyatakan CINTA IALAH APABILA DUA HATI JADI SATU. Jika kalian tidak percaya boleh tengok video youtube dibawah. (AAA pernah post ni di FB dia dan aku pun ada komen post tersebut).



Aku tak tahu la kalau ada diantara korang yang baca ni pernah rasa seperti yang aku ceritakan ni. Tapi memang itulah yang aku rasa.

Aku boleh rasa hati dia, aku boleh faham perasaan dia. Even lepas kami ada krisis pon pada waktu tu aku masih boleh rasa lagi hati dia.

Cuma aku terlalu sedih dengan perkara yang berlaku. Perempuan mana yang suka diduakan. Hati aku terluka sangat hanya ALLAH je yang tahu. HANYA ALLAH SAHAJA TEMPAT AKU MENGADU. SETIAP HARI AKU BERDOA PADA ALLAH KADANG SEHINGGA MENITIS AIRMATAKU.

I REALLY TRULY DEEPLY LOVE HIM.

SEBENARNYA dah lama aku berdoa pada ALLAH kalau betul la dia jodoh aku satukan hati aku dengan dia dan kalau bukan jauhkan kami...............................

Dan betul ALLAH SATUKAN HATI AKU DAN DIA pada waktu tersebut.

Dalam FB AAA ni sebelum aku ni kira 'bercinta' dengan dia, status dia memang la jiwang tapi dalam masa yang sama status die macam orang yang tidak bersemangat langsung untuk hidup. Contohnya 

'SEMAKIN HARI KUDISINI SEMAKIN TIADA SEMANGAT'

'MENGAPA DIRIKU SELEMAH INI'

'SEM NI MUNGKIN SEM TERAKHIR UNTUK AKU'

'LEMAHNYA DIRIKU INI' .... dan banyak lagi la status lain..

SEMUANYA pasal aku, sebab aku layan tak layan je dia. BUKAN AKU TAK CINTA BUT PLEASE TELL ME IF YOU REALLY LOVE ME. Takkan aku nak harap kat twitter dan facebook je. Tambah pulak aku tengok dia macam asyik add perempuan je kat facebook, aku jealous ok. 

Aku jeaolus tengok dia boleh je berborak-borak dengan perempuan lain macam biasa tapi nape dengan aku dia lain. Even kat facebook or twitter pon aku dan dia mana pernah bersembang pasal perasaan or hantar mesej, NO NEVER. WE NEVER DO THAT.

Setakat tanya penting-penting ada la.Tanya assignment stuff like that.

Aku pulak tak pernah jumpa lagi lelaki macam dia. Lelaki yang sangat malu nak luahkan perasaan. Jadi aku fikir better aku tunggu je dia bagitahu aku.

Kalaulah aku tahu yang dia akan pergi buat selama-lamanya, aku akan bagitahu dia dulu. BUT IT WAS TOO LATE. (airmata aku dah mengalir dah sambil taip2 semua ni)

Dulu aku pernah beritahu seseorang yang aku suka dia, N tu la. Tapi N tu tak suka aku macam mana aku suka dia. Aku tak nak sejarah berulang kembali.

Sejarah kisah cinta aku semunya sedih. So i don't want it to be repeated again.

TAPI AKU TAK SANGKA KISAH AKU KALI NI LEBIH TRAGIS.

Back to the story..

JAN - APR 2014

Tahun ni ialah tahun terakhir aku sebagai pelajar. Jadi akhir sekali wajib buat latihan praktikal. Masa ni aku meneruskan hidup tanpa dia. Tanpa bertwitter dengan dia. Dia pon dah takde update ape-ape lagi mungkin juga kecewa dengan aku sebagaimana aku kecewa dengan dia. Masing-masing kecewa.

Masa aku praktikal, ada la mamat kat tempat aku ni dok pandang-pandang aku. Dalam hati aku hanya ada AAA cuma aku nak lupakan dia so aku pon konon-konon suka la dengan dengan orang tempat praktikal aku. Bukan suka ape just had a crush la.That's all. Konon-kononnya nak lupakan si AAA ni.

Di twitter aku update macam-macam konon aku happy dengan hidup aku.Cerita itu ini macam-macam la..Sebenarnya aku sedih tapi aku mahu tunjuk aku boleh hidup tanpa dia. Dan maybe juga aku nak sakitkan hati dia.

Aku tak ingat pada waktu bila dia ada update twitter dia 

'MASIHKAH ADA HARAPAN'

(And of course si S tu mesti comment status dia. S tulis camni 'tajuk lagu ke?' AAA balas 'takde la')

Aku masa tu TAK NAMPAK yang AAA ada update status, aku pon ada update status aku tulis

'I LIKE YOU DOESN'T MEAN I LOVE YOU'

aku sebenarnya tak tuju kat dia pon, tapi dia terasa dengan apa yang aku tulis. Masa tu tiba-tiba aku rasa nak update macam tuh, tapi memang aku tak sangka dia akan terasa. DEEP DOWN I NEVER MEAN TO HURT HIM.

Aku macam dapat rasa yang dia dah terasa tapi aku boleh buat tak tahu je maybe sebab aku kecewa yang dia menduakan aku. Sampai la satu masa ni dia deactivate twitter dia.

AKU DAPAT RASA MAYBE DIA KECEWA SANGAT DENGAN AKU atau tak tahu la. Aku tahu sebab i'm always stalk his twitter. Suddenly his twitter was gone. Aku mula-mula ingat dia block aku, tapi bila check balik dengan kawan aku memang dia delete twitter dia.

That was the end of 'US'. 

Lama-lama tu I CAN'T FEEL HIS HEART. Aku pelik jugak, I'M SEARCHING WHERE IS IT? IT'S STILL THERE BUT semakin tawar. Seperti hati aku dan dia dah have a distance. Dah SEMAKIN DISCONNECTED.

Tahun tu juga Universiti aku ada buat kursus kahwin, disebabkan harganya murah RM50 jadi aku mengambil keputusan untuk pergi. Aku siap ajak LR sekali. Pada hemat aku mungkin si AAA ni  tak pergi sebab aku ada, yelah pada pandangan aku AAA ni dah benci dengan aku waktu tu, tapi dia juga pergi ke kursus tersebut. Aku ingat dia akan pergi dengan pasangan dia ke kan sebab rumors daripada FB cakap macam-macam antara dia dan S, tapi nampaknya tidak. Dia pergi seorang sahaja.

Dalam waktu kursus tu aku ingat lagi Ustaz tu tanya pada AAA, dia nak anak berapa orang, kemudian dia jawab dia nak anak 7 orang. Ustaz tu pon cakap dia nak ikut sunnah nabi camtu. Masa aku dengar tu aku terperanjat. Tapi aku masa tu dah dapat rasa aku ni tak mungkin dapat jadi isteri dia. Mesti isteri dia orang alim-alim yang pakai tudung labuh ke kan. Yelah dia nak anak 7 orang. Aku ni kalo boleh takda la nak anak ramai macam tu.

TO BE CONTINUED... PART 5

Sunday, April 12, 2015

I AM 4U : Part 3 - MOMENT OF TRUTH/ KEBENARAN TERUNGKAP


CONTINUE SPECIAL PERSON IN MY HEART SERIES - TITLE: I AM 4U

Aku nak buat PENGAKUAN kat sini, actually bila aku dengar budak2 kat kelas cakap status die jiwang kat twitter aku pon rasa cam nak tengok. Daripada aku tak aktif twitter aku terus aktif twitter. ALL BECAUSE OF HIM. aku aktifkan twitter aku then follow beberapa kawan kelas aku termasuk dia.

Diingatkan sekali lagi kat facebook aku lah yang add dia dulu, twitter pon aku yang follow dia dulu. 

LAGI MENGUATKAN BUKTI BAHAWA STATUS DIA MEMANG UNTUK AKU IALAH ada satu masa ni aku tengah duduk di tangga sebab aku tunggu supervisor FYP aku. Tiba-tiba ada orang dari bawah yang menuju ke atas lalu di tangga berkenaan, so aku bangun la untuk bagi laluan. Rupa-rupanya AAA. 

Masa tu aku tengok dia macam tak cukup tido je maybe sebab siapkan FYP. Kalo tak silap dia tanya aku "Madam S ada tak?". Aku jawab "Madam S takde, aku tengah tunggu Madam S la ni, dah lama aku tunggu dia dari tadi. Tu yang duduk kat tangga". Tak silap aku dia nak tanya madam pasal surat pe ntah.

Lepas tu dia pon berlalu pergi (aku lupa dia pergi mana maybe lab computer atau office kot). Then sejurus selepas pertemuan yang singkat tu dia update status die di twitter lebih kurang berbunyi begini 

"Bertemu denganmu ...." 

Apa entah aku dah lupa, tapi lebih kurang macam tu la. Macam dia nak bagi HINT PADA AKU BAHAWA STATUS DIA MEMANG TUJU UNTUK AKU.

Then ada satu masa tu aku ada took part untuk FYP pasal allergik. Jadi aku kena isi borang. Pada waktu tu aku seperti biasa duduk seorang di kerusi depan kelas. Masa aku tengah isi borang dia datang tegur aku. Tanya aku "tengah isi borang apa?" Aku jawab la "borang yang FYP untuk allergik tuh". Then dia jawab "Aku ada allergik jugak tapi malas la nak masuk sekali". Aku tanya la "allergik ape?" Jika aku tidak silap allergik seafood jugak. Seperti biasa selepas borak seketika dengan aku kemudian dia berlalu pergi.

Malam tu atau petang itu AAA update status dia 'KENAPA AKU TAK BERANI'.

Status dia menyebabkan hati aku mengatakan bahawa mungkin dia ingin confess perasaan dia pada aku masa dia tegur aku tengah isi borang tu cuma dia tidak berani.

-----------------------------------------
Then, aku dan dia macam 'bercinta' kat twitter sahaja. Tak pernah pon mengaku depan-depan face to face cakap ke memang tak pernah. Kami berdua je yang tahu, macam aku cakap tadi two heart become one. Aku boleh rasa hati dia, dan aku rasa dia pon boleh rasa apa yang aku rasa.

Percintaan kat twitter (NAK KATA BERCINTA TAKDE LA JUGAK TAPI MACAM MASING-MASING TAHU LA STATUS TU UNTUK SIAPA) ni bermula bila aku update status berbunyi begini:-

'I HAD ENOUGH'.  

Sebelum post status tu aku dah post lagu zikir-zikir..aku kalo post zikir-zikir di FB dan twitter maknanya aku tengah tension la tu, maybe dia tahu kot kan.

Then dia balas ape ntah aku lupa tapi maksud status dia seperti yang DIA SENTIASA ADA UNTUK AKU. Memang aku tujukan status tu untuk dia pon. Seperti yang aku cakap dalam post sebelum ni HATI AKU DAN DIA CONNECTED, tu yang dia faham dan balas semula apa yang aku tulis tu.

PALING AKU TAK BOLEH LUPA DIA UPDATE IM4U..

WE NEVER SAID I LOVE YOU TO EACH OTHER IN OUR STATUS.
-------------------------------------------------------------------
Bila aku update status kat twitter. dia pon akan balas balik dengan update twitter die. aku bagi lagu kat dia melaui update status twitter. aku ingat lagi daripada MICHAEL LEARN TO ROCK-YOU TOOK MY HEART AWAY dengan CLOUDS- ZACH SOBIECH

AAA bagi aku lagu ni IN TEAM-KASIH KEKASIHHAZAMA-KURELAKAN JIWA Lagu tu je aku rasa lagu lain tak berapa ingat pulak. DIA ni bagus jugak la dalam agama. 

Status kitaorang ni memang orang takkan detect la sebab macam cover-cover dengan benda yang general. Contoh kalo nak bagi lagu pun, memang aku ni jenis asyik post lagu je..So no one la nak detect apa-apa yang pelik. Kalo aku post pelik pun bukan orang tahu pada siapa pun kan.

Aku masih ingat semasa sem 2 atau 3 tapi kelas business la yang pasti. Kami ditugaskan untuk membawa satu benda yang paling kami sayang dan cuba jual kat kelas. Nama AAA kena panggil dan benda yang dia sayang ialah AL-QURAN. Dia pon pergi kat depan cakap pasal AL-QURAN dan try jual macam salesman tu.

Selum aku terlupa, sebelum bermula 'percintaan' di twitter dia ade bagi aku lagu-lagu hint la kat aku,contohnya lagu ni RAMLAH RAM-5MINIT, UMBRELLA-BUKALAH HATIMU , AINAN TASNEEM-AKU SUKA DIA, MELLY GOESLOW-ADA APA DENGAN CINTA, MELLY GOESLOW feat EVAN-TENTANG DIA.

Aku ni actually tak layan sangat lagu nasyid cinta-cinta ni. Aku rasa dia tahu aku tak layan lagu nasyid melayu sangat tu yang di bagi lagu moden-moden kat aku supaya aku faham hati dia. Sebab aku ada nampak dia post lagu nasyid kat FB tapi aku biasa la tak faham. Misalnya macam lagu EDCOUSTIC-MUHASABAH CINTA (lagu cinta pada ALLAH, bila dia dah tiada ni aku dengar lagu ni mesti rasa sayu je),INTEAM-DOA SEORANG KEKASIH, NAZREY JOHANI-MUSLIMAH .lagu  pastu ada lagu nasyid lain tak ingat sangat.

Aku ingat lagi masa aku bagi lagu Michael learn to rock tu, dia balas kat twitter dia yang dia macam speechless maybe sebab lagu tu jiwang sangat kan..huhu..Tapi jujurnya itulah perasaan aku kat dia masa tu. Aku rasa seperti disayangi. Aku ni memang kalau pergi mana-mana suka pergi sorang, semua aku buat hal sendiri je segala-galanya sendiri. Aku dah biasa bersendiri even deep down memang aku lonely pon tapi aku malas nak layan perasaan aku sebab aku tahu ALLAH SAYANG AKU. 

Then BILA DIA HADIR DALAM HIDUP AKU, aku macam nampak cahaya di dalam kegelapan. Seperti dialah matahari aku. Aku rasa macam dia menarik aku keluar daripa sebuah lubang gelap yang besar, dia nampak aku dan tarik aku keluar kearah cahaya.

I also made poem specially for him title I THINK I LOVE YOU, JUST MY HEART SAYING. AAA tidak pernah tahu mengenai blog aku dan poem yang aku buat untuk dia. He NEVER KNEW.

Masa tu macam happy la kitaorang ni even tak pernah cakap face to face pasal perasaan masing-masing kan. 

Sampai la satu hari tu, aku ni kalo sayang orang tu memang aku jadi macam FBI selidik sampai lubang cacing tau. Aku buka twitter dia, aku nampak dia bertwitter dengan sorang minah ni. Aku ni paling pantang orang menduakan aku, sebab aku ada pengalaman dicurangi oleh orang tersayang dulu-dulu.

Perempuan nama S ni tulis kat dia 'sayang A' then AAA boleh pulak balas 'sayang S'. Korang tahu tak apa aku rasa. Rasa kecewa sangat. Aku sayang kat dia, i love him so much but then boleh pulak dia buat kat aku camtuh. Aku rasa seperti dipermainkan, LELAKI SEMUA SAMA!!!!

Aku jugak terpengaruh dengan rumors from my classmate that AAA ada girlfriend yang nama S tu la. 

Bermula la krisis dalam hubungan aku dan dia. Aku terus update status suruh dia pilih minah tu. Aku Aku tengok S tu macam prihatin semacam je dengan dia, sebab bila AAA update status je minah ni mesti reply balik, MESTI PUNYA. I ASSUME SHE LOVE HIM MORE THAN I DO. 

So i sacrifise myself to see him happy. Aku tak cakap direct suro pilih minah tuh. Aku update status lebih kurang camni 'pilihlah orang yang lebih menyanyi kamu'. Aku tulis panjang lebar tapi dah lupa tapi maksud dia lebih kurang begitu la.

Aku jugak bagi lagu PASSENGER-LET HER GO, dengan lagu AVRIL LAVIGNE-LET ME GO supaya dia lepaskan aku la camtuh.

Status aku semenjak tu berubah. Mostly status aku semuanya konon-konon aku happy padahal ALLAH je la tahu HATI AKU WAKTU ITU. Aku jugak ada buat cerita untuk sakitkan hati dia. Status dia pulak senyap je.
------------------------------------------------------
Sejak tu bila jumpa kat kelas atau terserempak dengan dia, dia tak tego aku dah. Aku dapat rasa yang dia marah dengan aku. Even aku jalan dengan kawan aku LR dan KY, die tego diaorang je. Aku takde pon, so aku anggap "maybe dia dah benci dengan aku, takpe la"

Sebagai pelajar akhir tahun, budak-budak (dari segi umur aku lagi tua dari mereka la camtu) ni semua nak buat grand dinner la sebelum semua pergi membawa haluan masing-masing. Seorang kena bayar tak silap aku RM100. Selain dari itu, kami semua ditugaskan untuk membuat persiapan grand dinner tu la. Aku seperti dilemma samada mahu pergi ataupun tidak dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak pergi ke majlis tersebut. Tapi aku tak beritahu mereka lagi bahawa aku tidak mahu pergi ke majlis tersebut.

Aku tanya jugak nak tolong apa-apa ke kan (melalui group FB)..so diaorang anggap aku macam pergi la sebab aku nak tolong diaorang. Then at last aku cakap aku tak pergi. Ade kawan aku tanya aku kat twitter "kak hana, pergi tak dinner tu nanti?" Aku jawab "akak tak pergi, malas la nak pergi akak kan low profile".

Maybe AAA ni baca yang aku cakap camtuh kat twitter aku, so dia marah jugak la dengan aku sebab aku tak pergi. AAA pon update status kat FB cakap:-

'RENDAH DIRI OR TERLAMPAU RENDAH DIRI'.

Aku tahu yang dia tujukan status tu untuk aku, dia still marah dengan aku. Sebab tak bagitau kat diaorang semua awal-awal yang aku tak pergi majlis dinner tu. Maybe dia ingat aku pergi tu yang dia pergi, padahal aku tak pergi pon sebenarnya. Aku rasa tu yang dia tension dengan aku.

sambung...PART 4


Saturday, April 11, 2015

I AM 4U : Part 2 - REMINISCE/ KENANGAN AKU DENGAN DIA


CONTINUE  SPECIAL PERSON IN MY HEART SERIES - TITLE: I AM 4U


Sem 6 (jan-apr 2013) & sem 7 (sept-dec 2013)

Tahun 2013 ni la aku mula rapat dengan dia maybe sebab aktiviti-aktiviti kelas tambah aku ada dapat satu group dengan dia.

Tahun tu baru aku sedar mengenai status dia di facebook. Status jiwang.

Aku macam dah mula rasa sikit-sikit dalam hati aku ni yang aku suka kat dia. Mungkin sebab status-status dia kot yang boleh membuka hati aku selain dari usaha dia nak baik dengan aku. Aku juga rasa dia berdoa pada ALLAH supaya hati aku terbuka untuk terima dia. 

Aku rasa sebab HATI AKU MASA TU DAH SUKA KAT DIA. AKU SENDIRI PELIK DENGAN DIRI AKU. TAPI MAYBE ALLAH NAK BUKA HATI AKU KAN

Berkenaan status-status dia aku  boleh rasa status tu untuk aku, cuma macam tak pasti betul ke tidak ke aku je yang perasan lebih. 

Nanti sambung balik kat bawah..aku nak cerita ikut kronologi kan..

Awal Januari 2013, dia update cover photo dia. Itu la gambar cover photo tu:


Aku faham maksud cover photo tuh, dia nak lindungi bunga tu even dia terpaksa sacrifice / terluka diri dia. Masa ni aku dah rasa dah dalam hati "bunga tu aku ke?, itu ke maksud yang dia cuba sampaikan??"
--------------------------------------------

Masa kelas clinical psychology group aku pilih OCD (obsessive compulsive disorder), dia jadi tetamu undangan group aku. Kami buat short video mengenai kisah OCD. Aku la yang jadi orang mental tuh..kih2.. kitaorang berlakon la kan..AAA jadi salah sorang pesakit-pesakit yang dah nak pulih ala macam di negara America tuh yang ada group healing untuk orang-orang camtu. 

Nampak tak PERCATURAN ALLAH dimana aku ada disitu dia ada. kan. sebelum ni aku tak nampak. sehingga lah dia dah TIADA BUAT SELAMA-LAMANYA BARU AKU SEDAR.

Then masa kitaorang kena buat event SAVE THE EART kat Sungai Tekala pon aku DAPAT SATU GROUP DENGAN DIA. Kitaorang kena jaga booth origami. Save kertas la kan daripada kita buat origami guna kertas baru kita guna kertas dari majalah-majalah.

Origami yang dia buat ialah burung, baju dan bentuk love. Aku ada cakap kat dia "keciknya, buat la besar sikit baru orang nampak". Dalam hati aku sebenarnya nak bagi hint la kat dia. 

Yelah dia post kat FB je nape tak bagitau direct je kat aku, macam tu la maksud aku. aku ni bukan tak nampak yang dia suka kat aku, aku nampak tapi yelah aku ni perempuan takkan la aku nak lebih-lebih perasan kan, better tunggu orang bagitahu dulu baru betul.

Tambah pulak aku pernah la bagitahu someone yang aku cakap sebelum ni yang nama N tu la, tapi hmm N tu tak suka aku pon, aku ni just teman tapi mesra je gitu. so aku belajar dari pengalaman.

Masa kitaorang jaga booth tu kan, masa event tak berlangsung lagi la kan, ada 3 orang yang kena jaga booth tuh la termasuk aku dengan AAA ni. tapi sorang lagi tu sibuk so aku dengan AAA ni la yang jaga.

Aku notice AAA ni cam segan je duduk berdua dengan aku kat booth tu so dia cam jauh-jauhkan diri dia. Aku tahu lelaki dengan perempuan kan tak boleh duduk berdua, so aku faham la.

Aku bosan dok sorang-sorang, aku telefon la bestfriend (BFF) aku, aku gelak-gelak kat situ. Sampai aku boleh cakap kat BFF, aku rasa aku just perasan kot yang AAA suka je dengan aku, yelah time tuh kan macam aku dengan dia je kat situ kot-kot die nak confess kat aku perasaan dia ke kan.hmm takde pon. so aku sedikit hampa disitu. 

Dia macam pandang aku masa aku tengah berborak-borak dalam telefon tu mungkin dia ingat aku bercakap dengan kekasih aku.

Masa event environment day yang diadakan di dewan besar, masa tu aku duduk sorang, Kawan aku LR dengan KY kena ambik gambar masa event berkenaan. Seperti biasa dia pon datang kat aku duduk depan aku. Dia tegur aku pastu kitaorang pon borak-borak. 

Time ni aku rasa seperti nak berbual lama je dengan dia. Aku cerita panjang pulak, cerita pasal handphone la. pastu aku tengok HANDPHONE dia warna  PINK. Kalo tak silap aku HANDPHONE DIA SAMSUNG CORBY kot , handphone cikai biasa-biasa je.

Aku cakap "tengok sikit telefon ko" pastu aku dok belek-belek telefon dia. aku tanya "nape cover telefon ko warna pink?". 

Aku perasan wallpaper dia gambar perempuan macam rock cikit pakai headphone.Agak pelik disitu kan. Adakah wallpaper tu mengigatkan dia pada aku sebab aku suka dengar lagu.

AAA jawab "ada warna lain oren dengan kuning tapi aku suka warna pink lagi sebab warna dia lagi terang" Aku pon cakap "warna oren pon ok ape, macam pelik je laki pakai warna pink".

Buat pengetahuan semua AKU MEMANG SUKA WARNA PINK tapi bukan warna pink lembut, AKU SUKA BRIGHT PINK. 

MEMANG EXACTLY CAMTU LA WARNA HANDPHONE DIA. pelik kan??. 

Dulu masa sem bila entah AKU PERNAH NAMPAK DIA PEGANG TELEFON WARNA PINK tau.

Masa tu terdetik DALAM HATI AKU "EH, DIA TIRU MACAM TELEFON AKU KE??"

Aku kadang-kadang pakai baju warna pink ke kelas. COVER HANDPHONE AKU JUGA SEBELUM INI MEMANG WARNA PINK. Sebelum sem 6 dan sem 7 aku pakai cover handphone warna pink. Dulu aku pakai handphone HTC CHACHA dengan SONY. Dua-dua covernya warna pink.

NI CONTOH WARNA BERKENAAN:-


KORANG RASA TAK APA YANG AKU RASA SEKARANG??.

Mengenai BEG pula. Aku tukar BEG WARNA BIRU masa semester berapa tidak ingat. DIA PON TUKAR BEG WARNA BIRU.

DO YOU SEE IT NOW??

Ok sambung balik cerita tadi, tadi kan aku dengan dia berborak pasal handphone kan, Aku bagi la AAA tengok telefon aku pulak. yelah telefon aku kan lagi canggih dari dia. Kemudian aku buka game crossword, aku pon main la game tu dengan dia kat telefon aku. Masa tuh kawan aku LR pon ada sekali, so main la sama-sama game tuh.

Apabile event tuh dah nak berlangsung dia pon pergi duduk tempat lain. Aku actually ingat dia nak duduk sebelah aku ke kan tapi dia duduk tempat lain. 

Hati aku berkata "maybe dia segan kot nak duduk sebelah aku, atau pon dia takut budak-budak kelas cakap pasal aku dengan dia kot"

Budak-budak kelas dah la suka kacau dia, gurau-gurau camtuh, Kadang-kadang aku kesian tengok dia macam kena buli je. Aku rasa cam nak pertahankan dia je. 

Dia tu dah la jenis lelaki yang baik dan lembut/sopan. Maksud aku bukan lembut macam pondan ke bukan camtuh. You know what i mean right..

Aku rasa cam nak belasah je dak-dak yang suka kacau dia. Yelah aku kan gangster sikit AAA ni lembut je. Tapi itu semua dalam minda aku je la..Aku pon tak nak budak-budak kelas ni tahu aku suka dia ke ape camtuh.
----------------------------------------------
Sambung balik cerita kat atas tadi. Aku macam boleh tahu sikit-sikit la yang status tu tuju kat aku cuma macam tak pasti betul ke tidak ni ke aku je yang perasan lebih. 

UNTIL ONE DAY kan ada satu hari tu aku masa final year project kan, fikiran aku berserabut sangat sebab lagi dua-tiga hari nak present proposal final year project (FYP) aku pon post status di facebook  lebih kurang camni la bunyinya 'rasa cam dalam air je'.

Aku masa tu berada di library untuk siapkan slide presentation. Sejurus selepas aku post status tuh AAA ni datang kat aku. Nampak kan yang dia prihatin pasal aku. Oleh kerana aku post status macam tu, dia datang.

Aku tak sangka yang di ada dalam library tu. Sebab memang semua orang dah balik aku rasa, masa tu dah petang dalam pukul 3 lebih nak ke pukul 4 ptg camtuh.

Dia tego aku, then tengok LAPTOP aku tanya asal pecah kat tepi tuh, Aku jawab ape ntah dah lupa. Pastu dia ambik kerusi duduk sebelah aku. Dia siap bawak laptop die.

Aku lupa nak cerita yang LAPTOP dia sebelum SEM 6, ala masa sem 1,2,3,4 dan 5 ni SEBIJIK sama seperti LAPTOP aku, JENAMA SAMA semua la. Aku tak tahu la maybe kebetulan kot. Entah la.

Sambung cerita tadi,aku tanya dia "tak balik lagi ke?" dia cakap "pukul 4.30 jap lagi ada meeting dengan lecturer kne present proposal FYP"

Aku tengok laptop die dah jenama lain. aku pon cakap "wah laptop baru".

Dia jawab "bukan la, ni laptop abang aku, aku pinjam, laptop aku ada problem sikit" lebih kurang camtuh la perbualan kami.

Then borak-borak mengenai FYP masing-masing. if i'm not mistaken aku tengok slide presentation die cam terlalu banyak ayat aku suro die letak cam kotak-kotak then masukkan ayat-ayat tuh dalam tuh biar kasi cantik sikit.

Aku jugak selamber je pegang laptop dia sebab nak betulkan screen laptop dia, screen tu bawah sangat aku tak nampak. Kalau dengan orang lain jangan harap la aku nak buat camtu. Entah la maybe sebab aku rasa selesa dengan dia and aku tahu dia takkan marah aku punya.

Ada juga masa tuh tak tahu bagaimana hendak letak theme kat power point. Maksud aku selain dari theme yang sedia ada kat microsoft power point. Aku pon tanya dia camna die buat cantik-cantik je theme presentation dia. Dia pon ajar aku. 

Then nak dekat pukol 4.30 ptg camtu kot dia pon cakap die dah nak pergi meeting tuh. Pastu cakap "ok la gerak dulu" kalo tak silap aku macam tu la, masa tu HATI aku rasa cam SEDIH je dia nak pergi ntah nape ntah dengan aku. Aku jawab "ok" pon cam slow je suara.

Time ni aku tak tau la perasaan aku cam lain je. Mungkin juga hati aku dah terbuka dan dah mula boleh terima dia kot. (cam tingkap pulak kan hati aku ni..hehe). 

Malam tuh aku perasan die post status:

'KENAPA SETIAP PERTEMUAN ADA PERPISAHAN, KENAPA SETIAP KEGEMBIRAAN MESTI ADA KESEDIHAN'

Aku baca la status tuh, "adakah status ni pasal petang tadi?".

Ini kerana aku pon boleh rasa kesedihan tuh. Semasa baca status itu, aku dah boleh rasa yang selama ini rupa-rupanya status dia pasal aku.

Pada masa itu HATI aku dah boleh rasa CONNECTED dengan hati dia. Mungkin ni semua kerja ALLAH tapi itulah yang aku rasa. Aku boleh rasa hati dia. aku tak tahu nak explain camne, but i can feel it. Macam two heart become one.

Ustaz kazim pon ada cakap mengenai cinta dalam ceramah beliau:-"APA ITU CINTA? CINTA IALAH APABILA DUA HATI JADI SATU".
----------------------------------------------------
ni post-post dia kat facebook:-


'AKU BUKANLAH YANG TERBAIK BAGIMU..TAPI AKU BERUSAHA UNTUK MENJADI YANG LEBIH BAIK UNTUKMU..HANYA MAMPU BERSERAH KEPADA ALLAH..JIKA ADA MAKA ADALAH IA..JIKA TIADA MAKA TIADALAH..MOHON YANG TERBAIK UNTUK DIRI MASING-MASING..' 


'CINTAKU KEPADA TUHAN KERANA AKU ADALAH CIPTAAN-NYA. CINTAKU TERHADAP SESEORANG ITU ADALAH KERANA PERASAAN YANG DICIPTA-NYA. '

'SAYA RINDU KEPADANYA..'

'KUPINANGMU DENGAN BISMILLAH..'

'DALAM KETEGASAN ADA KELEMBUTAN, DALAM KELEMBUTAN ADA KETEGASAN'
yang ni dia cakap pasal diri aku.

'INGIN KU SUNTING MU MENJADI SURI DALAM HIDUPKU SUATU HARI NANTI..'




'HANYA NAMAMU NYANYIAN ANGIN MENJADI UDARA, HANYA NAMAMU BAGAI DARAH MENGALIR KE JANTUNG -MAJNUN '


'SEANDAINYA KAU INGIN MENCINTAI ATAU MEMILIKI HATI SESEORANG, IBARATKANLAH SEPERTI MENYUNTING SEKUNTUM MAWAR MERAH. KADANGKALA KAU MENCIUM HARUM MAWAR TERSEBUT, TETAPI KADANGKALA KAU TERASA BISA DURI MAWAR ITU MENUSUK JARI'

'JANGAN PANDANG KEPADA KECANTIKAN KERANA BOLEH JADI IANYA PALSU. JANGAN KEJAR KEMEWAHAN KERANA IANYA AKAN SUSUT. CARILAH SESEORANG YANG MEMBUATKAN ANDA TERSENYUM KERANA IA CUMA MEMERLUKAN SEKUNTUM SENYUMAN UNTUK MENCERAHKAN HARI YANG SURAM. CARILAH YANG MEMBUATKAN HATI ANDA TERSENYUM. '

'BERSEMUKA DENGANMU MEMBUAT JANTUNGKU BERDEGUP KENCANG'

'KU MENUNGGU KEHADIRANMU KESISIKU BAGI MELENGKAPI KEHIDUPANKU INI'

'SENYUMAN MU MENCAIRKAN HATIKU INI'

'KECANTIKAN MU MENCAIRKAN HATIKU, KELEMBUTAN MU MENARIK HATIKU, BUDI PEKERTI MU MENAWAN HATIKU INI '

to be continued...PART 3


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...