Tuesday, January 28, 2014

Terasa & kerohanian


ِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

assalammualaikum,

kali ni aku nak cerita mengenai rohani, aku lihat aku ni bila kurang makanan rohani mula la diri aku jadi tak berapa nak betul bukan apa dia macam hati tak tenteram, sentiasa berfikiran negatif terhadap manusia lain dan macam2 lagi. 

tadi aku cerita pada Consultant no.1 aku..hehe..Consultant aku dah kembali dah..ada aku cerita tak..takda eh? lupa kot aku dah ada consultant semula, tempat aku refer masalah aku. Tadi aku cerita la pasal aku sakit hati rasa sangat sedih dan kecewa pada kawan aku dan sepupu aku.

kawan aku ni mula-mula dulu-dulu beriya-iya suruh aku datang masa dia nak bertunang, aku cakap insyaALLAH..masa tu dia cakap tahun 2014 ni la,.sebab dia cerita tahun 2013. last2 dia tunang tak bagitahu aku langsung, aku tak tahu menahu pun sampai la semalam sorang kawan aku bercerita cakap dia nak kahwin dah bulan 5 ni. Baru la aku tahu, hmm bila fikir2 balik mungkin dia tak nak susahkan aku sebab aku busy dengan final year project aku tapi hmm..apa salahnya jika dia bagitahu aku at least. aku tak minta apa-apa cuma just tell me thats all. 

sepupu aku pon sama tiba2 aku dengar dia dah nak bertunang, padahal sebelum ni kitaorang contact hampir tiap2 hati guna bbm. takda bagitahu apa2 pon..aku tahu aku tak patut terasa sangat dengan diaorang tapi..sebab rapat kan jadi nak tak nak, aku tetap terasa.

salahkah aku jika aku terasa?? mungkin salah agaknya aku juga tidak pasti.

aku sedih dan rasa kecewa dengan mereka. tidak sangka mereka membelakangkan aku sebegitu sekali, padahal sebelum ni mereka beriya-iya bercerita macam2 sebelum ni.

sekarang ni kan aku rasa apa tahu...??

aku rasa macam ada kawan pun hmm baik tak payah ada kawan la..i don't know what's wrong with me. adakah aku terlalu sensitif?? tapi salahkah jika aku begitu. jika tidak rapat aku pun tidak heran sangat ni rapat.

aku sekarang rasa cam malas dah nak berkawan dengan siapa2, sebabnya kawan baik aku pun sekarang dah lain sangat. tak macam dulu. or maybe i just feel lonely because it feels like they left me.

nampak sangat makanan rohani aku dah lemah. Consultant aku nasihat kat aku " jangan terasa sangat yang diaorang tu nak tinggalkan aku. Jangan perasan sangat. Jangan fikir bende remeh2 ni" lebih kurang camtu la ayat dia. Consultant aku suro aku cari balik makanan rohani.

aku faham maksud dia, dia suro aku dekatkan diri dengan ALLAH dengan lebih lagi..insyaALLAH..

alhamdulillah dia je la tempat aku luahkan masalah atau apa2 la. Aku nak cerita pada kawan yang lain aku tak pasti mereka dapat terima atau tidak, sudi dengar atau tidak.

insyaALLAH aku akan mencari makanan rohani perlahan2. Berzikir selalu atau lebihkan mengaji. insyaALLAH..

anda semua doa2 kan saya ye..

Monday, January 27, 2014

Bicara Hati 18:Dendam

ِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

aku ni hmm ntah la adakah aku ni jenis seorang yang pendendam??

mungkin juga sebab aku tak boleh lupakan apa yang orang dah buat kat aku, especially yang jahat2 la..

aku cuba untuk maafkan mereka tapi ada sesetengah aku dah maafkan ade juga belum. Terukkah aku?

hmm aku cuma manusia biasa yang masih mencuba membuka hati untuk lebihkan kasih sayang dan buang segala kebencian yang bersarang lama di dalam hati, cuma kadang-kadang aku tergelincir juga.

syaitan sentiasa berbisik di dalam hati aku dan ditelinga supaya jangan lakukan. 

aku manusia bukan malaikat.
maafkan aku jika aku juga tergelincir
sama seperti manusia lain
ada jatuh bangun 
kadang imanku naik 
kadang imanku menurun
kadang aku ingat 
kadang aku lupa
aku manusia yang lemah
masih mencuba mencari
diri aku yang sebenar 
sekejap aku jumpa 
sekejap ianya hilang
masih mencuba untuk 
kekalkan keseimbangan
namun gagal juga

maafkan aku jika aku masih tergelincir 
bukan sekali bukan dua kali
tapi berkali-kali
aku cuba mencari
mencari dan teruskan pencarian
kadang aku berhenti 
kadang aku teruskan

apa yang pasti
aku tidak pernah berhenti mencuba
untuk menjadi seseorang yang lebih baik
seorang yang lebih taat pada ALLAH
tidak lupa juga pada agama, 
pada solat 5 waktu 
pada ayat suci AL-Quran

maafkan aku sekali lagi
aku manusia bukan malaikat.

-hanntzah-

aku akan teruskan mencuba membuang segala kebencian di dalam hati ini dan buang segala dendam jika ada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...