Posts

Showing posts from May, 2018

Pilu hati

Image
I'm back again. Ok sambung cerita semalam. Kehidupan aku biasa saja. Sama seperti orang kebanyakan. Aku tergolong dalam golongan miskin bandar. Kehidupan aku alhamdulillah ok mungkin kerana aku tinggal bersama keluarga. Jika tidak mungkin aku kena bayar sewa rumah. Gaji aku cukup untuk aku sahaja ini kerana aku belajar part time. Nak bayar duit yuran belajar. Bayar hutang belajar MARA lagi. Bagi duit kat mak sikit. Tinggal bape je untuk aku. Aku juga tengah struggle dengan diri sendiri, iman banyak turun. And of course perangai gangster aku datang balik. Hei ingat senang ke nak hilangkan gangster aku. Baju je muslimah tapi perangai gangster. Ape citer?? 😓. Perangai gangster+ nafsu marah. Nampak sangat macam bertambah teruk kan. Aku sedar. Seperti yang penah aku cerita pada post-post yang lepas-lepas, environment tempat kerja yang menerukkan lagi keadaan aku. Aku sekarang tengah gigih mencari kerja lain. Tolong doakan juga aku dapat kerja lain dan dapat mengubah diri a

Bila dah kerja

Image
Aku sebenarnya masih disini. Cuma agak sukar untuk aku mengupdate blog selalu. Kalian tahu bukan bahawa laptopku sudah lama musnah. Aku teringin sangat menulis dengan lebih kerap disini . Lama aku pendam. Aku tak boleh simpan lama-lama nanti jadi nanah dalam hati. Tak tenang jadinya. Bukan aku tak luah pada Tuhan. Aku dah luahkan. Aku ingin juga luahkan melalui penulisan. Walaupun penulisan aku tidak "smooth" seperti dulu. Aku tetap mahu menulis. Semenjak kesihatan mental kerap diketengahkan sekarang. So aku tahu aku sebenarnya depress tapi tak teruk macam orang lain. Baru aku tahu kalau kita dulu minat sangat buat sesuatu benda tu tiba-tiba kita rasa macam tak rasa nak buat lagi dah benda tu. Itu semua rupanya depress. Now i know. Actually aku tahu lama dah cuma baru nak tulis. Patut la semenjak kejadian 2 tahun dulu tu aku dah start tak rasa nak buat benda yang aku minat sangat iaitu baking. Tahun lepas aku paksa diri aku, itu pun sebab aku nak menyara diri aku b