Tentang Ekzema
# Ekzema adalah penyakit kulit yang menyebabkan radang, kegatalan, kulit kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. # Ia berkaitan dengan tindak balas hipersensitif pada epidermis kulit, terutama pada lutut dan pelipat siku. # Ekzema pada kanak-kanak, biasanya, dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku. # Semua orang berpotensi menghidapnya termasuk kanak-kanak. Biasanya, kanak-kanak berusia kurang dua tahun lebih mudah terkena. # Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi daripada ibu bapa). # Jangan sesekali menegur atau bertanya mengenai penyakit ekzema kepada pesakit kerana ia akan menyebabkan tekanan lalu merangsang pengelupasan ekzema yang teruk.