Puisi Aku : Salah


adakah aku, 

selalu salah,

salah mengerti,

salah pilih,

salah jalan,

salah berkata-kata,

atau ianya

salah kamu,

salah aku,

atau

salah kita.


adakah aku

harus dipersalahkan,

 kerana

aku berdusta,

tidak jujur,

atau 

ianya datang

dari

kamu sendiri.


aku insan

yang lemah,

tidak mengerti,

apakah silapku,

salah akukah?

terlalu berharap

pada sesuatu yang 

tidak pasti

atau 

kamu sendiri

yang memberi

harapan palsu 

tanpa

menyedarinya.


aku letih,

aku penat,

hatiku,

dan jiwaku

sudah terlalu

banyak

peluang yang

kuberikan padamu.


tolong lah pergi

jauh dariku

semoga 

kamu memperoleh

bahagia yang

kamu 

cari-cari

selama ini

yang mungkin

tiada pada

diriku.


oleh hanntzah



Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z