Tentang Ekzema

# Ekzema adalah penyakit kulit yang menyebabkan radang, kegatalan, kulit kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik.

# Ia berkaitan dengan tindak balas hipersensitif pada epidermis kulit, terutama pada lutut dan pelipat siku.

# Ekzema pada kanak-kanak, biasanya, dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

# Semua orang berpotensi menghidapnya termasuk kanak-kanak. Biasanya, kanak-kanak berusia kurang dua tahun lebih mudah terkena.

# Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi daripada ibu bapa).

# Jangan sesekali menegur atau bertanya mengenai penyakit ekzema kepada pesakit kerana ia akan menyebabkan tekanan lalu merangsang pengelupasan ekzema yang teruk.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

APAKAH ITU JUZ' AMMA?