aku ni pandai ckp lemah lembut dgn binatang je especially kucing-kucing yang aku bela..aku tak tahu la aku lebih pandai berkomunikasi dgn binatang kot berbading manusia, mungkin kerana persekitaran aku begitu. Mak ayah aku tak pernah nak cakap dari hati ke hati, aku tak salahkan mereka mungkin mak ayah mereka atau datuk nenek aku tidak berbuat begitu terhadap mereka. aku pernah cuba untuk cakap dengan lemah lembut atau dengan penuh kasih sayang tapi entah mengapa mulut aku seperti terkunci. aku hanya pandai cakap dengan binatang je especially kucing. sejak kecil lagi aku sudah membela kucing jadi aku lebih suka dan sayangkan kucing. aku sayangkan kucing mungkin lebih dari manusia agaknya (kecuali ALLAH,RASULULLALLAH dan mak ayah aku la kan) sebab kucing lah peneman aku. Kalau salah satu dari kuicng aku mati aku akan menangis gila-gila lah sampai aku perlu mendegar alunan zikir-zikir untuk menenangkan diri aku takut dibuai perasaan duka yang teramat kan. Kuicngku juga suka datang kebilik aku, tandanya mereka lapar dan mahu diberi makanan atau mahu diberi perhatian dari aku. Kadangkala kucing tunggu di depan pintu bilik aku semata-mata hendak aku memberikan makanan kepadanya. Aku juga suka panggil kucing-kucing aku dengan panggilan yang pelik-pelik.hehe..Setiap satu kucingku mesti ade panggilan dan nyanyian yang pelik untuk mereka tanda aku sayang mereka. Aku juga suka bermanja dengan kucing. Kadangkala apabila aku lihat kucing yang sekarang ni warna sama seperti kucing aku dulu aku menitiskan air mata teringat pada kucing aku yang dulu tu. Aku memang begitu, hati aku mempunyai pertalian yang erat kot dengan kucing aku. Sampai ade satu masa dulu kucing aku nama T-tin sakit tak balik-balik kerumah malam tuh pukul 2 pagi tiba-tiba aku rasa seperti ingin menangis, mulanya sedikit lama kelamaan esak tangisku makin teruk pula. terdetik dalam hatiku ketika itu,'t-tin dh mati ke'rupanya memnag benar keesokan hari aku dapat tahu T-tin dh mati. adik aku jumpa di belakang rumah. Semoga aku dapat bercakap dengan lemah lembut dengan manusia seperti dari hati ke hati atau nasihat dengan penuh kasih sayang ke kan, tapi aku tak pasti bila cuma anda semua doakan semoga aku berjaya.(^_^)I LOVE MY CATS SO MUCH.
INGIN TAHU mengenai kucing aku T-tin sila klik sini post-post ni :
T-tin special,
T-tin sakit dan
T-tin mati .
DAN KUCING AKU yang dah takde:
TAM & TEH
Comments
Post a Comment
Boleh komen disini. Hehe