Pergaduhan
ِ سْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum, Kali ni aku nak cerita mengenai pergaduhan di antara manusia. Sering kali kita sebagai manusia yang sangat lemah ni gemar bergaduh atau bertengkar. Mungkin kerana sifat manusia itu sendiri iaitu panas baran, tidak penyabar, ingin sesuatu dengan segera dan pelbagai sifat lemah yang lain. Hakikatnya ada yang menyalahkan genetik dimana mereka menyatakan bahawa perangai panas baran adalah datang daripada keturunan. contohnya jika ibu bapa panas baran kemungkinan besar anaknya juga berperangi begitu juga. Ya..mungkin juga tetapi tidak sepatutnya kita melihat satu faktor sahaja kan mungkin juga terdapat faktor luaran lain seperti persekitaran dan berbagai-bagai faktor lagi. Manusia sering bergaduh atau bertengkar kerana perkara-perkara kecil, ditambah pula dengan hasutan iblis semakin rancak pergaduhan atau pertengkaran terbabit. Walaupon perkara tersebut mungkin sudah acap kali disebut tetapi masih mahu menye...