My passion

ِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

ASSALAMMUALAIKUM,

apa kabar pembaca2 setia blog aku?? (ke aku takde pembaca setia..takde pon belasah je la..hihi).. aku alhamdulillah baik2 je cuma dah lama bebenau kan tak update blog, bukan tak nak update tapi entah la mungkin tiada kesempatan agaknya..dengan praktikal lagi..penat tau..(cewah..kalah orang bekerja u olls)..

aku sekarang dah tahun akhir, insyaALLAH dengan izin ALLAH aku akan konvo bulan oktober nanti..insyaALLAH..

ni aku nak cerita pasal mengejar minat atau mencari kerja yang sama waktu dengan kelayakan kita??
aku ni hmm mungkin aku tak pernah cerita dalam blog lagi kot. Aku minat buat kek especially kek coklat la..sebab I memang minat coklat la U.. 

Baking cake actually are my real passion, i love it so much. Aku dah banyak kali buat kek coklat biasa, kek coklat cheese dan kek coklat brownies. Sebab aku kan suka coklat so aku buat la kek yang aku suka, aku buat daripada basic la kan..biasa la first time buat kek tak berapa nak cantik, then 2nd and 3rd and so on dah ok ckit dah..

aku siap dah uncover macammana cara orang kat luar tu buat kek coklat cheese yang sedap..haha..aku cuba la experiment sendiri..buat resipi sendiri la kan..then jadi pulak..sedara mara semua rasa cakap sedap.. kadang2 orang lain makan cakap sedap, then bila kita makan macam dalam hati "aku rasa kek aku buat lagi sedap", bukan nak bermegah dan bangga diri tapi this is just apa orang kata kita macam dah sampai satu tahap dimana kita dapat bezakan kek yang sedap gila atau kek biasa2..haa macam chef gitu kan..(agak poyo aku disini, maaf sape2 yang terasa hati tau)

tapi biasa la aku ada jugak kelemahan iaitu aku tidak berapa tahu cara untuk membuat dekorasi kek seperti orang2 kat luar tu buat, i don't quite know how to do the buttercream topping, i once done it but maybe the consistency and the looks and of course the taste doesn't match the delicious quality like at the cake store and so on..fondant and all that stuff.. i don't know, even though i have looks it at the youtube but i feel i need a teacher to teach me how to do it the right way..yeah!

so i take a step forward in which i want to pursue my studies amboi.. maksud aku aku nak sambung ambil sijil kursus baking and decoration ni la.. hehe.. nak ambik diploma hmm aku kena fikir dua tiga kali bukannya apa yuran lagi..ni hutang MARA pon aku tak bayar2 lagi..sebab belom abis belajar sepenuhnya kan..

aku rasa orang maybe pelik kalau aku ambil sijil kan dah elok2 degree ambil sijil pulak tapi aku memang minat dan nak belajar baking ni..dulu2 aku tak tau pon aku ni minat ape.. aku tercari2 dah 23 tahun baru tahu..huhu..lama kan..pengajarannya kan aku rasa kan nanti korang kalau dah ada anak kan better dedahkan je benda2 yang baru contohnya mainan baking ke..kita tengok la dia minat kat arah mana kan..aku rasa la..aku pon bukan ada anak.. hahahaha.. teori aku je ni.. =P

haa aku rasa dah terover panjang dah karangan aku ni cukup la samapai disini insyaALLAH kita akan bertemu lagi..

Take care tau, i love my readers.

~stay strong people!~

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z