Pergaduhan

ِ

سْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalammualaikum,

Kali ni aku nak cerita mengenai pergaduhan di antara manusia. Sering kali kita sebagai manusia yang sangat lemah ni gemar bergaduh atau bertengkar. Mungkin kerana sifat manusia itu sendiri iaitu panas baran, tidak penyabar, ingin sesuatu dengan segera dan pelbagai sifat lemah yang lain.

Hakikatnya ada yang menyalahkan genetik dimana mereka menyatakan bahawa perangai panas baran adalah datang daripada keturunan. contohnya jika ibu bapa panas baran kemungkinan besar anaknya juga berperangi begitu juga. Ya..mungkin juga tetapi tidak sepatutnya kita melihat satu faktor sahaja kan mungkin juga terdapat faktor luaran lain seperti persekitaran dan berbagai-bagai faktor lagi.

Manusia sering bergaduh atau bertengkar kerana perkara-perkara kecil, ditambah pula dengan hasutan iblis semakin rancak pergaduhan atau pertengkaran terbabit. Walaupon perkara tersebut mungkin sudah acap kali disebut tetapi masih mahu menyebut perkara yang sama berulang kali. Ada yang berjaya mencapai kata sepakat atau resolusi terhadap perkara yang ditengkarkan dan ada juga yang masih tiada penyelesaian. Jadinya perkara tersebut akan di ulang sampailah ke akhir hayat gamaknya.

Aku sendiri tidak pasti sampai bila kita manusia yang lemah sifatnya ini mahu berubah menjadi lebih baik termasuklah aku sendiri. Kita kadang mahu berkata dari hati ke hati tetapi pihak yang lain seolah-olah tidak mengerti atau pura-pura tidak ambil kisah. Hal ini masih merungsingkan diri aku dimana aku tidak faham apa pihak lain mahukan adakah pergaduhan sepanjang hayat mereka bersama dengan kemenangan iblis atau kita patut utamakan kasih sayang yang berkekalan???

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z