I AM 4U : Part 3 - MOMENT OF TRUTH/ KEBENARAN TERUNGKAP


CONTINUE SPECIAL PERSON IN MY HEART SERIES - TITLE: I AM 4U

Aku nak buat PENGAKUAN kat sini, actually bila aku dengar budak2 kat kelas cakap status die jiwang kat twitter aku pon rasa cam nak tengok. Daripada aku tak aktif twitter aku terus aktif twitter. ALL BECAUSE OF HIM. aku aktifkan twitter aku then follow beberapa kawan kelas aku termasuk dia.

Diingatkan sekali lagi kat facebook aku lah yang add dia dulu, twitter pon aku yang follow dia dulu. 

LAGI MENGUATKAN BUKTI BAHAWA STATUS DIA MEMANG UNTUK AKU IALAH ada satu masa ni aku tengah duduk di tangga sebab aku tunggu supervisor FYP aku. Tiba-tiba ada orang dari bawah yang menuju ke atas lalu di tangga berkenaan, so aku bangun la untuk bagi laluan. Rupa-rupanya AAA. 

Masa tu aku tengok dia macam tak cukup tido je maybe sebab siapkan FYP. Kalo tak silap dia tanya aku "Madam S ada tak?". Aku jawab "Madam S takde, aku tengah tunggu Madam S la ni, dah lama aku tunggu dia dari tadi. Tu yang duduk kat tangga". Tak silap aku dia nak tanya madam pasal surat pe ntah.

Lepas tu dia pon berlalu pergi (aku lupa dia pergi mana maybe lab computer atau office kot). Then sejurus selepas pertemuan yang singkat tu dia update status die di twitter lebih kurang berbunyi begini 

"Bertemu denganmu ...." 

Apa entah aku dah lupa, tapi lebih kurang macam tu la. Macam dia nak bagi HINT PADA AKU BAHAWA STATUS DIA MEMANG TUJU UNTUK AKU.

Then ada satu masa tu aku ada took part untuk FYP pasal allergik. Jadi aku kena isi borang. Pada waktu tu aku seperti biasa duduk seorang di kerusi depan kelas. Masa aku tengah isi borang dia datang tegur aku. Tanya aku "tengah isi borang apa?" Aku jawab la "borang yang FYP untuk allergik tuh". Then dia jawab "Aku ada allergik jugak tapi malas la nak masuk sekali". Aku tanya la "allergik ape?" Jika aku tidak silap allergik seafood jugak. Seperti biasa selepas borak seketika dengan aku kemudian dia berlalu pergi.

Malam tu atau petang itu AAA update status dia 'KENAPA AKU TAK BERANI'.

Status dia menyebabkan hati aku mengatakan bahawa mungkin dia ingin confess perasaan dia pada aku masa dia tegur aku tengah isi borang tu cuma dia tidak berani.

-----------------------------------------
Then, aku dan dia macam 'bercinta' kat twitter sahaja. Tak pernah pon mengaku depan-depan face to face cakap ke memang tak pernah. Kami berdua je yang tahu, macam aku cakap tadi two heart become one. Aku boleh rasa hati dia, dan aku rasa dia pon boleh rasa apa yang aku rasa.

Percintaan kat twitter (NAK KATA BERCINTA TAKDE LA JUGAK TAPI MACAM MASING-MASING TAHU LA STATUS TU UNTUK SIAPA) ni bermula bila aku update status berbunyi begini:-

'I HAD ENOUGH'.  

Sebelum post status tu aku dah post lagu zikir-zikir..aku kalo post zikir-zikir di FB dan twitter maknanya aku tengah tension la tu, maybe dia tahu kot kan.

Then dia balas ape ntah aku lupa tapi maksud status dia seperti yang DIA SENTIASA ADA UNTUK AKU. Memang aku tujukan status tu untuk dia pon. Seperti yang aku cakap dalam post sebelum ni HATI AKU DAN DIA CONNECTED, tu yang dia faham dan balas semula apa yang aku tulis tu.

PALING AKU TAK BOLEH LUPA DIA UPDATE IM4U..

WE NEVER SAID I LOVE YOU TO EACH OTHER IN OUR STATUS.
-------------------------------------------------------------------
Bila aku update status kat twitter. dia pon akan balas balik dengan update twitter die. aku bagi lagu kat dia melaui update status twitter. aku ingat lagi daripada MICHAEL LEARN TO ROCK-YOU TOOK MY HEART AWAY dengan CLOUDS- ZACH SOBIECH

AAA bagi aku lagu ni IN TEAM-KASIH KEKASIHHAZAMA-KURELAKAN JIWA Lagu tu je aku rasa lagu lain tak berapa ingat pulak. DIA ni bagus jugak la dalam agama. 

Status kitaorang ni memang orang takkan detect la sebab macam cover-cover dengan benda yang general. Contoh kalo nak bagi lagu pun, memang aku ni jenis asyik post lagu je..So no one la nak detect apa-apa yang pelik. Kalo aku post pelik pun bukan orang tahu pada siapa pun kan.

Aku masih ingat semasa sem 2 atau 3 tapi kelas business la yang pasti. Kami ditugaskan untuk membawa satu benda yang paling kami sayang dan cuba jual kat kelas. Nama AAA kena panggil dan benda yang dia sayang ialah AL-QURAN. Dia pon pergi kat depan cakap pasal AL-QURAN dan try jual macam salesman tu.

Selum aku terlupa, sebelum bermula 'percintaan' di twitter dia ade bagi aku lagu-lagu hint la kat aku,contohnya lagu ni RAMLAH RAM-5MINIT, UMBRELLA-BUKALAH HATIMU , AINAN TASNEEM-AKU SUKA DIA, MELLY GOESLOW-ADA APA DENGAN CINTA, MELLY GOESLOW feat EVAN-TENTANG DIA.

Aku ni actually tak layan sangat lagu nasyid cinta-cinta ni. Aku rasa dia tahu aku tak layan lagu nasyid melayu sangat tu yang di bagi lagu moden-moden kat aku supaya aku faham hati dia. Sebab aku ada nampak dia post lagu nasyid kat FB tapi aku biasa la tak faham. Misalnya macam lagu EDCOUSTIC-MUHASABAH CINTA (lagu cinta pada ALLAH, bila dia dah tiada ni aku dengar lagu ni mesti rasa sayu je),INTEAM-DOA SEORANG KEKASIH, NAZREY JOHANI-MUSLIMAH .lagu  pastu ada lagu nasyid lain tak ingat sangat.

Aku ingat lagi masa aku bagi lagu Michael learn to rock tu, dia balas kat twitter dia yang dia macam speechless maybe sebab lagu tu jiwang sangat kan..huhu..Tapi jujurnya itulah perasaan aku kat dia masa tu. Aku rasa seperti disayangi. Aku ni memang kalau pergi mana-mana suka pergi sorang, semua aku buat hal sendiri je segala-galanya sendiri. Aku dah biasa bersendiri even deep down memang aku lonely pon tapi aku malas nak layan perasaan aku sebab aku tahu ALLAH SAYANG AKU. 

Then BILA DIA HADIR DALAM HIDUP AKU, aku macam nampak cahaya di dalam kegelapan. Seperti dialah matahari aku. Aku rasa macam dia menarik aku keluar daripa sebuah lubang gelap yang besar, dia nampak aku dan tarik aku keluar kearah cahaya.

I also made poem specially for him title I THINK I LOVE YOU, JUST MY HEART SAYING. AAA tidak pernah tahu mengenai blog aku dan poem yang aku buat untuk dia. He NEVER KNEW.

Masa tu macam happy la kitaorang ni even tak pernah cakap face to face pasal perasaan masing-masing kan. 

Sampai la satu hari tu, aku ni kalo sayang orang tu memang aku jadi macam FBI selidik sampai lubang cacing tau. Aku buka twitter dia, aku nampak dia bertwitter dengan sorang minah ni. Aku ni paling pantang orang menduakan aku, sebab aku ada pengalaman dicurangi oleh orang tersayang dulu-dulu.

Perempuan nama S ni tulis kat dia 'sayang A' then AAA boleh pulak balas 'sayang S'. Korang tahu tak apa aku rasa. Rasa kecewa sangat. Aku sayang kat dia, i love him so much but then boleh pulak dia buat kat aku camtuh. Aku rasa seperti dipermainkan, LELAKI SEMUA SAMA!!!!

Aku jugak terpengaruh dengan rumors from my classmate that AAA ada girlfriend yang nama S tu la. 

Bermula la krisis dalam hubungan aku dan dia. Aku terus update status suruh dia pilih minah tu. Aku Aku tengok S tu macam prihatin semacam je dengan dia, sebab bila AAA update status je minah ni mesti reply balik, MESTI PUNYA. I ASSUME SHE LOVE HIM MORE THAN I DO. 

So i sacrifise myself to see him happy. Aku tak cakap direct suro pilih minah tuh. Aku update status lebih kurang camni 'pilihlah orang yang lebih menyanyi kamu'. Aku tulis panjang lebar tapi dah lupa tapi maksud dia lebih kurang begitu la.

Aku jugak bagi lagu PASSENGER-LET HER GO, dengan lagu AVRIL LAVIGNE-LET ME GO supaya dia lepaskan aku la camtuh.

Status aku semenjak tu berubah. Mostly status aku semuanya konon-konon aku happy padahal ALLAH je la tahu HATI AKU WAKTU ITU. Aku jugak ada buat cerita untuk sakitkan hati dia. Status dia pulak senyap je.
------------------------------------------------------
Sejak tu bila jumpa kat kelas atau terserempak dengan dia, dia tak tego aku dah. Aku dapat rasa yang dia marah dengan aku. Even aku jalan dengan kawan aku LR dan KY, die tego diaorang je. Aku takde pon, so aku anggap "maybe dia dah benci dengan aku, takpe la"

Sebagai pelajar akhir tahun, budak-budak (dari segi umur aku lagi tua dari mereka la camtu) ni semua nak buat grand dinner la sebelum semua pergi membawa haluan masing-masing. Seorang kena bayar tak silap aku RM100. Selain dari itu, kami semua ditugaskan untuk membuat persiapan grand dinner tu la. Aku seperti dilemma samada mahu pergi ataupun tidak dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak pergi ke majlis tersebut. Tapi aku tak beritahu mereka lagi bahawa aku tidak mahu pergi ke majlis tersebut.

Aku tanya jugak nak tolong apa-apa ke kan (melalui group FB)..so diaorang anggap aku macam pergi la sebab aku nak tolong diaorang. Then at last aku cakap aku tak pergi. Ade kawan aku tanya aku kat twitter "kak hana, pergi tak dinner tu nanti?" Aku jawab "akak tak pergi, malas la nak pergi akak kan low profile".

Maybe AAA ni baca yang aku cakap camtuh kat twitter aku, so dia marah jugak la dengan aku sebab aku tak pergi. AAA pon update status kat FB cakap:-

'RENDAH DIRI OR TERLAMPAU RENDAH DIRI'.

Aku tahu yang dia tujukan status tu untuk aku, dia still marah dengan aku. Sebab tak bagitau kat diaorang semua awal-awal yang aku tak pergi majlis dinner tu. Maybe dia ingat aku pergi tu yang dia pergi, padahal aku tak pergi pon sebenarnya. Aku rasa tu yang dia tension dengan aku.

sambung...PART 4


Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z