Posts

Showing posts from July, 2015

Rindu Kekasihku Terpuji

Image
Aku rindu kamu, Kekasihku Terpuji, Aku rindu kamu. Aku rindu sebut namamu. Aku rindu senyumanmu. Aku rindu cakap denganmu. Aku rindu kau panggil namaku. Tajuk diatas, Kekasihku Terpuji adalah maksud nama dia. Sedapkan nama dia. Dulu aku selalu sebut nama dia, nama penuh dia. Kebanyakkannya dalam hati tapi kadang kala ada juga terluah di mulut aku . Aku kalau sayang seseorang aku akan selalu sebut nama penuh dia.  Dengan harapan dia dapat rasa aku sebut nama dia, dapat tahu aku rindu dia. Kalau tak silap aku, kalau salah maafkan lah ye.. Ustaz Don ada cakap kalau rindu seseorang kita bacakan al-fatihah. Macam dalam gambar di bawah ni. Aku baca macam tu dengan harapan ALLAH sampaikan rasa rindu tu pada dia. Kalau siapa-siapa yang tak tahu boleh baca post aku yang ini IM4U . (Dalam post IM4U aku lupa nak cerita actually aku ada beli cincin for myself konon-kononnya aku ni dah berpunya gitu sebab aku sayang sangat kat dia kan. Aku ni jenis...

Aku cuma .... hmm..

Image
 Assalammualaikum, Aku cuma ingin meluahkan sesuatu disini.. Tiada apa yang menarik hanya bingkisan hatiku... Aku bodoh sebab tak nak kenal orang?? Mungkin juga...... Hmm kau tak fikir pulak orang tu nak ke kenal dengan aku?? Siapalah aku.. Cuma manusia biasa yang tidak punya ramai kenalan keranaku tidak seperamah orang lain. Malu dengan strangers..yes itulah aku.   Aku bukan dia.. Aku bukan kau.. Aku adalah aku, tetap sama dari dulu hingga kini. Mungkin hanya berubah dari segi yang mana orang tidak nampak zahirnya. Kata-kata daripada AwakDiam gambar di atas sekali ni memang tepat menggambarkan aku.. Itulah aku.. Maaf aku bukan sengaja.. Aku kadang sedih dengan semua ni.. Orang tak tahu hati aku. Tak mengapalah bukan salah mereka pun. Aku cuma nak orang terima aku seadanya aku bukan terpaksa bukan kerana orang lain, kenal aku bukan sebab orang suruh. Tidak melihat aku hanya dari luaran. Buruk aku mereka tidak tahu kan? Penyakit aku mereka tidak tahu...

Sedihnya cerita Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Image
Jangan terperanjat tengok tajuk diatas...Aku nak ulas mengenai novel karya HAMKA bertajuk: NOVEL: TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK. Aku tulis apa yang aku ingat sahaja dan aku ringkaskan cerita itu mengikut kefahaman aku tau. Bab-bab adat serta suku-suku ni aku tak berapa nak faham sangat tambahan pula novel tersebut dalam bahasa indonesia. Pokoknya cerita ini adalah KISAH CINTA DUA DARJAT. Ia menceritakan mengenai perjalanan hidup seorang pemuda yang bernama Zainuddin. Kisah hidup Zainuddin sangat sedih sekali. Zainuddin telah kematian ibu dan bapanya dan dijaga oleh seorang saudaranya.  Kemudian Zainuddin merantau ke kampung halaman ayahnya di Batipuh untuk mencari ilmu. Disana Zainuddin bertemu dengan Hayati. Zainuddin menyatakan cintanya pada Hayati melalui kiriman surat. Mereka saling berkomunikasi melalui surat. Percintaan mereka telah tersebar kepada semua orang disitu sehingga ada orang menimbulkan fitnah tentang percintaan mereka walhal mereka ...

Sayu rayaku pada tahun ini..

Image
Raya pada tahun ni aku rasa seperti tidak semangat. Kalau dengar takbir raya masa iklan di televisyen pun aku rasa sayu. Aku akui memang tiap tahun dengar takbir aku menangis. Menangis kegembiraan, syukur sebab dapat raya bersama keluarga. Tapi tahun ni rasa macam lain.  Kesedihan masih berselubung dalam hati aku kerana orang yang aku cintai pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku memang nak cerita pada blog ni tapi hmm aku sedih bila aku baca balik cerita yang aku karang mengenai kisah aku dan dia pada blog ni tajuk IM4U tu. Bawah ni ada beberapa luahan hati aku pada wechat aku "semenjak-menjak ni aku sering kali ingat dia.. imh so much.. tapi aku tahan je perasaan ni.. aku tahan air mata aku.. Dengan harapan aku akan lebih kuat menghadapi semua ini.." "Siapa pernah rasa bagaikan separuh dari jiwa dia hilang? Aku tahu sebab aku rasa. Aku mengalaminya. Orang yang aku cinta pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Ianya sukar tapi aku...