Sedihnya cerita Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck



Jangan terperanjat tengok tajuk diatas...Aku nak ulas mengenai novel karya HAMKA bertajuk:

NOVEL: TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK.

Aku tulis apa yang aku ingat sahaja dan aku ringkaskan cerita itu mengikut kefahaman aku tau. Bab-bab adat serta suku-suku ni aku tak berapa nak faham sangat tambahan pula novel tersebut dalam bahasa indonesia.

Pokoknya cerita ini adalah KISAH CINTA DUA DARJAT.

Ia menceritakan mengenai perjalanan hidup seorang pemuda yang bernama Zainuddin. Kisah hidup Zainuddin sangat sedih sekali. Zainuddin telah kematian ibu dan bapanya dan dijaga oleh seorang saudaranya. 

Kemudian Zainuddin merantau ke kampung halaman ayahnya di Batipuh untuk mencari ilmu. Disana Zainuddin bertemu dengan Hayati. Zainuddin menyatakan cintanya pada Hayati melalui kiriman surat. Mereka saling berkomunikasi melalui surat. Percintaan mereka telah tersebar kepada semua orang disitu sehingga ada orang menimbulkan fitnah tentang percintaan mereka walhal mereka bercinta secara cara yang baik tiada langsung berlaku maksiat pun.

Disebabkan ayah Zainuddin orang suku batipuh tetapi berkahwin dengan ibunya yang berasal dari Makassar,  Zainuddin tidak dianggap sebagai orang suku Batipuh. Jika diikutkan adat batipuh ni tidak boleh kahwin dengan suku lain kalau tak silap aku. Oleh sebab itu Zainuddin tidak diterima di kampung itu.

Jadi ketua adat selaku bapa saudara kepada Hayati menyuruh Zainuddin keluar dari Batipuh dan belajar di Padang Jawa. Hayati telah memberi harapan pada Zainuddin serta berjanji akan menunggu Zainuddin sehingga Zainuddin menjadi suaminya.

Dipendekkan cerita Hayati memungkiri janjinya dan berkahwin dengan Aziz, abang kepada Kadija. Berita itu menyebabkan Zainuddin jatuh sakit. Lama juga Zainuddin sakit. Tetapi tidak lama kemudian Zainuddin bangkit dengan semangat baru  didorong oleh kawannya Muluk..............

SILA BACA SENDIRI..HE HE HE..

Itu adalah serba sedikit ringkasan novel terbabit. Itu pun aku dah potong banyak dah part-part yang menarik..hehe..

Memang berbaloi la beli novel ni jalan cerita tak sama macam novel-novel sekarang ni yang ntah apa-apa. Novel ini mempunyai banyak nilai pengajarannya.

Memang dasyat la penangan novel ni sampai aku boleh membuat puisi inspirasi dari bacaan novel ni untuk seseorang.Memang sungguh puitis novel ini. Aku boleh bagitahu yang kisah dia sangat menyedihkan itu sahaja. Itu yang aku teringat dekat .......... hmmm..

MOVIE

Bagi aku kalian yang sudah habis baca novelnya memang perlu melihat movie ini, baru korang dapat bayangkan kesedihan itu dengan lebih dalam lagi. Tapi malangnya movie dia tak sama dari segi ending dia.. Ending tak sama macam dalam novel..Tapi ayat-ayat dia memang sebijik seperti dalam novel..tak dinafikan..

Aku bila dah tengok movie tu teringat dekat seseorang. Orang tu dah tiada didunia. Aku certain part yang menyebabkan aku nangis tengok movie ni. Satu lagi lagu-lagu yang digunakan dalam movie ni memang sesuai sangat, lagu oleh kumpulan Nidji. Dibawah adalah salah satu lagu yang digunakan dalam movie ni



 Sumpah Cinta & Matiku


Selama nafasku berhembus
Hanya kamu di doaku
Selama mataku memandang
Hanya kamu cinta matiku

Dengarlah dunia rintihan hatiku
Yang terbalut dalam doaku
Inilah sumpahku dengarlah dunia

Sumpah mati sumpah (sumpah)
Sumpah mati (sumpah mati)
Sumpah mati aku hanya untukmu

Dengarlah dunia rintihan hatiku
Yang terbalut dalam doaku
Inilah sumpahku dengarlah dunia

Cinta kan selalu abadi
Walau takdir tak pasti
Kau selalu di hati cinta matiku
Seraya aku berdoa merayakan cinta
Kau selalu ku jaga

Sumpah mati sumpah (sumpah)
Sumpah mati (sumpah mati)
Sumpah mati aku hanya untukmu

Sumpah mati sumpah (sumpah)
Sumpah mati (sumpah mati)
Sumpah mati aku hanya untukmu

Cinta kan selalu abadi
Walau takdir tak pasti
Kau selalu di hati cinta matiku
Seraya aku berdoa merayakan cinta
Kau selalu ku jaga

Sumpah mati sumpah (sumpah)
Sumpah mati (sumpah mati)
Sumpah mati aku hanya untukmu

Sumpah mati sumpah (sumpah)
Sumpah mati (sumpah mati)
Sumpah mati aku hanya untukmu
Hanya untukmu
Hanya untukmu

Aku rasa kalian dapat agak melalui lirik lagu ni apa akan berlaku. Tapi better jika kalian baca dahulu novelnya.

Aku akui lagu ni memberi impak yang kuat pada diriku sehingga boleh mengalir airmataku. Selepas aku habis baca novel tu dan lepas tengok movie tu lagi bertambah ingatanku padanya.

Dia memang baik sama macam watak Zainuddin ni. Tu yang menyebabkan masa aku baca novel ni teringat dia kemudian lihat movie pulak. 

Sebenenarnya memang aku rasa aku pasti akan jumpa dia pada masa akan datang jika ada jodoh dia dan aku tapi tak sangka pula lain pertemuan aku dan dia. Dia pergi dulu.. 

Hmm... Kepada siapa yang tak tahu siapa dia yang aku maksudkan boleh baca pada post aku IM4U.

Comments

Post a Comment

Boleh komen disini. Hehe

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z