Sayu rayaku pada tahun ini..
Raya pada tahun ni aku rasa seperti tidak semangat. Kalau dengar takbir raya masa iklan di televisyen pun aku rasa sayu. Aku akui memang tiap tahun dengar takbir aku menangis. Menangis kegembiraan, syukur sebab dapat raya bersama keluarga. Tapi tahun ni rasa macam lain.
Kesedihan masih berselubung dalam hati aku kerana orang yang aku cintai pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya.
Aku memang nak cerita pada blog ni tapi hmm aku sedih bila aku baca balik cerita yang aku karang mengenai kisah aku dan dia pada blog ni tajuk IM4U tu.
Bawah ni ada beberapa luahan hati aku pada wechat aku
"semenjak-menjak ni aku sering kali ingat dia.. imh so much.. tapi aku tahan je perasaan ni.. aku tahan air mata aku.. Dengan harapan aku akan lebih kuat menghadapi semua ini.."
"Siapa pernah rasa bagaikan separuh dari jiwa dia hilang? Aku tahu sebab aku rasa. Aku mengalaminya. Orang yang aku cinta pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Ianya sukar tapi aku tetap tabah sebab ALLAH ada dengan aku. ALLAH sayang aku..aku tahu. Sebab tu ALLAH bagi macam2 ujian pada aku. Semuanya aku sandarkan pada-NYA."
Puisi yang tak berapa nk puisi ni pon aku karang di wechat tajuk :
Menggamit kenangan lalu sewaktu zaman universiti..
Aku ingat semua tentang kau..
Zaman saat aku mula kenal kau..
Zaman saat kau dan aku mula merasakan sesuatu dalam hati..
Zaman saat suka dan duka kita..
Kau selalu ada..
tidak pernah putus asa terhadapku..
Sehinggalah suatu hari ketidakfahaman berlaku antara kita..
Kalaulah boleh diputarkan masa..
Kini kau tiada di dunia ini
Kau pergi menghadap ilahi
Kembali kepada Penciptamu
Dari saat itu aku sering merinduimu
Hingga kini..
Aku masih disini sayangku..
Mungkinku perlu masa yang lama
Untuk pulihkan kembali hatiku yang kau bawa pergi bersamamu..
Terima kasih kerana sudi bersahabat denganku wahai teman..
Akanku ingat memori kita selagi hayat dikandung badan..
Dari temanmu Hanna
Aku karang puisi itu kerana aku terpengaruh dengan novel Hamka bertajuk TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK.
Sememangnya aku sudah habis membaca novel berkenaan. Nanti aku akan buat post terbaru mengenai movie dan novel cerita tersebut. Kembali pada topik sebenar post ini....
Ye memang aku ada beli baju baru untuk raya ni, beli tudung, beli brooch tapi tak bermakna aku gembira dengan raya. Mungkin aku sekadar menghiburkan hati aku yang berduka.
Semangat beraya belum ada lagi pada diri aku waktu ini. Mungkin akan tiba bila aku balik beraya di Melaka. Dikelilingi sanak saudara mungkin boleh mengubati hati aku yang lemah ini.
Walaupon tahun ini kami tidak beraya di kampung (Lubuk China, Melaka) kerana rumah tersebut telah tiada elektriknya gara-gara seluruh wayar elektrik termasuk perkakas elektrik dicuri.
Seringkali aku lihat di kaca televisyen drama sempena raya atau bulan ramadhan, kebanyakkannya sedih-sedih belaka. Termasuklah lagu raya di radio hmm sedih juga.
Paling tidak boleh tahan cerita tv1 masa sahur perempuan tu jumpa ada seorang lelaki ni muka sebijik macam kekasih dia yang telah meninggal dunia. YA ALLAH sabar je la aku dengan cerita begitu.
Aku bukan tidak redha tapi aku rindu pada dia. Macam-macam yang bermain di fikiranku, semuanya berkaitan dia. Kalian faham kan?
Terima kasih sebab faham.
SELAMAT HARI RAYA YE SEMUA, MAAF ANDAI AKU PERNAH TERSALAH KATA, AKU MINTA MAAF.
Comments
Post a Comment
Boleh komen disini. Hehe