Senarai Hajatku sebelum Mati - Part 2: Kapal & Basikal



Sambungan ceritanya begini....

Aku kira terpilih untuk pergi situ, bukan semua orang dapat pergi. Ramai je student daftarkan nama tapi only a few was chosen. Best sungguh naik kapal. Bilik dia even kecik tapi sejuknya masya ALLAH macam bilik hotel. and very comfy la.

Aku saja pilih katil atas sebab tak nak orang duduk kat tilam aku. Lantak la payah nak naik pun. Janji dapat tidur. Paling tak boleh blah toilet dia kecik gila. Hanya muat badan korang je dalam tu. Aku fikir kan kalau sapa yang badan besar macam besar orang putih ke orang arab ke macam tak muat je yelah ni kan kapal kecil saje. Alhamdulillah masa aku diploma dulu aku slim 10kg dari sekarang. hahaha..

Aku suka duduk tepi balkoni hmm betul ke nama dia balkoni? lantak lah. Aku suka duduk tepi tu sambil pandang ke laut dengan angin yang sejuk tuh. Ala-ala Titanic sangat nyah oi. Malam serius sejuk gila better bawak jacket or sweater kalau siapa-siapa seperti aku yang sering kesejukan.huhu

Kalau time solat kena alert arah kiblat. Dia cakap koordinat GPS. Actually sebelum tu dia dah terangkan tapi aku tak berapa faham sangat.. huhu.. Memandangkan kita ni di atas laut so arah kiblat akan berubah-ubah tau. Time nak solat aku tengok je orang solat arah mana aku pon follow je la. hehe

Lupa nak cerita kitaorang naik dari Lumut kot sampai ke Langkawi. Serius best sangat-sangat. Aku takkan lupakan pengalaman ni.

Nak tahu tak sebenarnya ada kontroversi masa aku nak pergi ke UniKL MIMET tu, sebab kitaorang kena pergi sendiri ke sana kiranya pakai duit sendiri la pergi sana. Black and white pon dia tak bagi tau, jadi mak aku tak percaya aku cakap sebab takde surat dari U aku masa tu.

Then aku telefon sendiri pengarah program tu suruh dia cakap kat ayah aku. yelah dah dieorang tak percaya sangat. Alhamdulillah aku dibenarkan pergi walaupun mak ayah aku macam curiga je.

Sebab aku tak pernah pergi jauh sorang-sorang, selalunya dengan family je tu yang dieorang takut. Aku pergi sana dengan kawan aku Nisa dan Kak Nopi.

Kitaorang tumpang kereta abang Kak Nopi kalo tak silap sebab abang dia navy.Sebab dah satu jalan so ok je la..

Bila sampai ke Langkawi, aktiviti yang kami lakukan ialah membeli-belah, tengok eagle feeding.. rasenyer itu je kot..tak lama pun dalam sehari je.

Banyak jugak coklat aku beli..hehe.. aku ni dah la kaki coklat..



 yang ketiga basikal.

aku dari kecik suka basikal sebenarnya. basikal yang macam gambar di atas le. senang sikit kalo de bukit-bukit ke jalan lobang ke takde la sakit sangat punggung kau yelah ada spring kan. tapi aku belum pernah lagi beli basikal macam ni.

dulu masa kecik first basikal aku mak cik aku yang hadiahkan masa birthday aku bape tahun entah darjah 4 ke 5 aku pun tak ingat. Basikal aku, of course la warna merah. hihi. tapi bukan seperti gambar di atas, basikal aku dulu biasa-biasa je.

Sampai sekarang aku ingat dia yang belikan. Sebab basikal memang benda yang paling aku hajati dan suka. Banyak juga benda mak cik aku hadiahkan sebenarnya. thank you Acik!

aku suka basikal ada spring sebab aku pernah naik basikal kawan baik aku masa sekolah rendah dulu. camtu la basikal dia ade spring best je.

Aku teringin nak kayuh basikal jauh2 ala-ala atlet ke kan..jauh kilometer gitu la.. tapi hmm sebab dah lama tak naik basikal mesti la kaki rasa letih cepat kan..

Takpe pelan-pelan la kayuh kan..

ok la itu je cerita dia, ada banyak lagi actually cuma aku malas nak taip dah.. ok daaa

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z