Bersyukurlah



Assalammualaikum,

Just nak cerita mengenai diri aku that's all.. siapa-siapa rasa tak berminat nak tahu boleh skip baca post ini ya.. boleh baca post-post lain..hehe

Pada 24/10/2015 hari sabtu lepas aku rasa sakit dada pada waktu lebih kurang 6 petang. Sakit dada pada waktu itu aku rasakan seperti sakit dada yang pernah aku rasa sebelum ini, sakit yang mampu aku tanggug lagi. 

Aku sebenarnya sudah lama sakit dada especially kalau sejuk sangat. Selalu aku sakit dada masa aku bangun tidur. Sebab kan kadang-kadang tidur bawah kipas boleh menyebabkan aku rasa sakit dada. Rasa kat tengah-tengah dada tu sakit sangat macam ada tekanan.

Tapi kadang-kadang je berlaku. Kadang bila dah tahu aku siap-siap sapu balm panas terus kat dada supaya bangun pagi tak rasa sakit lagi.

Sakit dada berlaku waktu biasa-biasa kadang ada jugak tapi sekejap je lepas tu ok dah lepas letak balm panas tu ok la hilang.

Pada sabtu lepas aku sakit dada then aku letak balm panas tapi tak kebah-kebah lagi. Sehingga esok masih ada malah keadaan bertambah teruk aku rasa dada aku berdenyut-denyut. Denyutan itu sekejap datang sekejap tidak.

Mak ayah aku menyarankan aku pergi hospital. Pada mulanya aku keberatan kerana mak aku cerita pengalaman dia kalau buat ECG kena tanggal baju. Itu yang buat aku rasa seperti malas je, aku lebih risaukan aurat aku. Tapi akhirnya aku pergi juga. 

Aku siap-siap pakai baju  yang ada butang depan supaya aurat aku tidak terlalu terdedah jika terpaksa buat ECG nanti.

Semasa menunggu giliran dipanggil aku sudah berfikir macam-macam. "Adakah waktu aku sudah dekat? Jika betul ajal aku sudah dekat aku redha ya ALLAH". Aku fikir aku patut bersyukur ALLAH bagi aku macam-macam sakit untuk hapuskan dosa aku. Aku rasa macam nak nangis sebab ALLAH sayang sangat dengan aku, ALLAH selalu ingat pada hambanya yang seorang ini. Tapi aku tahan je.

Aku paling risau aurat aku. Aku berdoa dalam hati " Ya ALLAH, tolong jagakan aurat aku". Banyak kali aku ulang. Aku tak nak doktor laki ke nurse laki ke. Alhamdulillah nurse perempuan.

Setelah pergi ke sana aku buat ECG, alhamdulillah jantung aku sihat seperti biasa. Doktor pun tak tahu apa kena dengan aku cuma doktor berpesan jika sakit aku merebak ke tempat lain atau sesak nafas atau berpeluh-peluh ke datang hospital terus.

Doktor disitu cuma beri aku ubat tahan sakit.
Pada keesokan harinya aku bertanya pula pada doktor di tempat kerja aku. Aku kerja di hospital jugak cuma kerja di pejabat.  Doktor cakap mungkin masalah thyroid. Hyperthyroid mungkin. Doktor akan cuba arrange ambil darah aku dan cek hari khamis ini.

"Common symptoms of hyperthyroidism include restlessness, tremors, weight loss despite an increased appetite, sweating, rapid heart rate, intolerance to heat, and frequent bowel movements."-www.medicinenet.com


Sehingga kini aku masih rasa denyutan itu. Dan aku masih bersyukur setiap hari aku masih hidup lagi especially semenjak kejadian ni. Aku nak pergi gym lepas kerja pun sekarang ni aku fikir 2-3 kali takut juga.

Bukan la takut mati cuma takut menzalimi diri aku pula dengan sakit lagi, lepas tu dah tau sakit pergi pulak gym. 

Aku harap tiada sakit yang teruk. Tolong doakan aku ye semua..Terima kasih..

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z