Posts

Showing posts from January, 2016

Review Time : Movie Dilwale

Image
اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Apa khabar semua? Maaf kerana lewat buat review mengenai cerita ini. Biasa lah mesti orang cakap ala cerita bollywood mestilah cerita cinta je. Dari apa yang aku lihat Dilwale mengisahkan kisah cinta 2 orang yang berasal dari keluarga yang bermusuhan. Walaupun ceritanya kisah cinta tetapi cerita ini bukan 100% ada kisah cinta pada kekasih sahaja, malah memaparkan kasih sayang keluarga. Betapa bernilainya kasih sayang keluarga dan sifat kekeluargan itu sendiri. Betapa bernilainya sabahat yang sejati. (p/s: SILA LIHAT SENDIRI YE..kih kih kih) Nilai pengajaran yang aku dapat ialah: Walaupun kita cinta atau sayang pada kekasih kita, tapi kasih pada keluarga memang perlu diutamakan. Jangan jadi macam pompuan (i mean mostly remaja la) sekarang pergi ikut jantan la. NO. Movie dilwale boleh dijadikan contoh yang sangat bagus. (kalau tak faham boleh tengok balik atau pergi tengok kalau tak faham). Apa...

الحَمْد لله, Tahun 2016 Dapat Rezeki kerja

Image
اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Apa khabar semua? Aku harap korang semua sihat. Aku cuma nak beritahu bahawa aku sudah dapat kerja tetap di Hospital Swasta.  Maaf la kalau entri kali ini panjang. Siapa rasa malas nak baca takpe, yang penting kat atas ni je bawah-bawah semua tambahan. Sebelum ini aku bekerja sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Hospital Kerajaan. Aku sudah bekerja sebagai PSH dari bulan Mac 2015. Walaupun gaji kecil RM54 sehari tapi alhamdulillah hidup aku baik-baik sahaja. Hospital ni kira dekat jugak la dengan rumah dalam 40 min. Dalam sebulan gaji aku memang tak capai RM1000 pun. Selalunya dalam lebih kurang RM900 tapi tak lebih 950 atau  RM850 bergantung pada hari bekerja. Itu pun alhamdulillah ada tolak EPF. Cuti atau MC atau public holiday memang tak bergaji la aku, itu yang gaji bulan-bulan sekejap dapat itu, sekejap dapat ini. Nak makan, minum mahupun berbelanja barang memang aku kira dulu...