Review Time : Movie Dilwale


اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Apa khabar semua?

Maaf kerana lewat buat review mengenai cerita ini.

Biasa lah mesti orang cakap ala cerita bollywood mestilah cerita cinta je.

Dari apa yang aku lihat Dilwale mengisahkan kisah cinta 2 orang yang berasal dari keluarga yang bermusuhan. Walaupun ceritanya kisah cinta tetapi cerita ini bukan 100% ada kisah cinta pada kekasih sahaja, malah memaparkan kasih sayang keluarga. Betapa bernilainya kasih sayang keluarga dan sifat kekeluargan itu sendiri. Betapa bernilainya sabahat yang sejati.

(p/s: SILA LIHAT SENDIRI YE..kih kih kih)



Nilai pengajaran yang aku dapat ialah:


  • Walaupun kita cinta atau sayang pada kekasih kita, tapi kasih pada keluarga memang perlu diutamakan. Jangan jadi macam pompuan (i mean mostly remaja la) sekarang pergi ikut jantan la. NO. Movie dilwale boleh dijadikan contoh yang sangat bagus. (kalau tak faham boleh tengok balik atau pergi tengok kalau tak faham).
  • Apa yang kita nampak depan mata kita tak semestinya benar. Kita perlu bagi orang tersebut peluang untuk jelaskan. Pendapat aku la kan, kita pun mesti la siasat jugak jangan percaya je apa orang cakap.
  • Walau apa yang kita lakukan jangan belakangkan keluarga. Walaupon korang rasa keluarga korang macam tak best ke JANGAN belakangkan keluarga. Restu dari keluarga itu penting.
  • Jangan cepat jatuh cinta dengan orang yang kita baru kenal. Kita tak tahu siapa dia entah-entah pengedar dadah ke contohnya lah.
  • Kalau kawan baik kita susah kita tolong dia. Bersahabat dari muda hingga tua gitu.
  • HARGAI ORANG YANG MENCINTAI ANDA.
  • Sifat memaafkan perlu ada dalam diri. 


Itu je yang aku boleh cakap, yang lain kena tengok sendiri. 


BAGI SIAPA-SIAPA YANG TAK MINAT HINDUSTAN PASTU PERGI TENGOK CAKAP "ALA CAM BIASA JE". 

Memang la, dah memang dari azali kau tak minat pastu pergi tengok ape kes? Kau mesti jawab "ala dah ramai cakap best, aku nak tengok la apa yang best sangat". 

Hmm kalau camtu korang buang masa korang je la. Aku nasihatkan pergi tengok cerita lain yang korang lagi minat OK. Jangan nak dok condem cerita ni pulak. Korang BOLEH BLAH sekarang.

Betul la apa aku cakap, kalau tak minat jangan tengok. DAH LA TENGOK YANG CETAK ROMPAK, gambar tak cantik dengan subtitle yang macam haram je. Pastu dok cakap macam biasa je memang la dah korang tak faham. Subtitle pulak cam haram jadah bertambah la ketidak fahaman korang. 

(cewah emosi pulak aku kan, sorry la ea aku memang gini, emosi lebih)

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z