الحَمْد لله, Tahun 2016 Dapat Rezeki kerja
اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Apa khabar semua?
Aku harap korang semua sihat.
Aku cuma nak beritahu bahawa aku sudah dapat kerja tetap di Hospital Swasta.
Maaf la kalau entri kali ini panjang. Siapa rasa malas nak baca takpe, yang penting kat atas ni je bawah-bawah semua tambahan.
Sebelum ini aku bekerja sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Hospital Kerajaan. Aku sudah bekerja sebagai PSH dari bulan Mac 2015. Walaupun gaji kecil RM54 sehari tapi alhamdulillah hidup aku baik-baik sahaja. Hospital ni kira dekat jugak la dengan rumah dalam 40 min.
Dalam sebulan gaji aku memang tak capai RM1000 pun. Selalunya dalam lebih kurang RM900 tapi tak lebih 950 atau RM850 bergantung pada hari bekerja. Itu pun alhamdulillah ada tolak EPF.
Cuti atau MC atau public holiday memang tak bergaji la aku, itu yang gaji bulan-bulan sekejap dapat itu, sekejap dapat ini.
Nak makan, minum mahupun berbelanja barang memang aku kira dulu sebelum beli. Cukup ke duit nak beli? Cukup ke? Cukup ke? Kadang sampai tak beli makanan sebab kira-kira macam tak mampu je. Takde la aku beli. Kalau lapar sangat beli yang murah-murah la bawah RM5 ke takpon roti gardenia sudah.
Alhamdulillah, aku boleh dikatakan setiap hari bawa bekal ke ofis. Bawak telur goreng dengan nasi pun kadang dah ok. Kalau ada lauk semalam, boleh panaskan. Mostly aku bawak lauk semalam je.
Aku memang dah biasa bawak bekal dari sekolah rendah lagi. Jadi tiada masalah atau perkara yang memalukan bagi aku. (Orang jepun pun selalu bawak bekal tau, nama bekal mereka Bento)
Yela selain nak berjimat kan, kena fikir duit minyak lagi. Aku memandu ke tempat kerja. Dah memandu kereta je aku tahu, bawak motor tak reti tambahan lesen motor pun tiada. Masa dulu aku nak ambik lesen motor sekali mak aku yang tak bagi. (Pinjam kereta mak aku)
Syukur juga aku menetap bersama keluarga jadi tidak perlu fikir sewa rumah dan makanan sangat. Walaupun aku bawak bekal tapi kadang aku tetap lapar (well you know me).
Alhamdulillah juga di belakang hospital ni ada seorang Pak Cik ni jual murah. telur mata+nasi lemak = RM2. Kalau nasi biasa, ada 2 lauk RM4.50. Kuih-muih pun ada.
Alhamdulillah juga di belakang hospital ni ada seorang Pak Cik ni jual murah. telur mata+nasi lemak = RM2. Kalau nasi biasa, ada 2 lauk RM4.50. Kuih-muih pun ada.
Aku syukur sangat dah tu. Selain tu aku juga ada beli biskut-biskut takpon maggi cup untuk makan masa lapar nanti. Beli bekalan makanan untuk ofis la kiranya. Dah beli untuk sebulan terus. Kadang terlebih-lebih biskut tu.
Hati siapa yang tak sedih bila gaji kecil je, nak makan pun payah kena berkira, nak bayar duit MARA lagi. Nak beli barang-barang yang kita nak pun "hmm tak pe la lain kali".
Kadang-kadang aku sedih sangat sampai boleh menitis air mata jugak la sebab gaji aku kecil tapi aku tabahkan hati mesti ada hikmahnya semua ni. Aku tahu ALLAH MAHA ADIL, mesti ALLAH ada merencanakan sesuatu untuk aku.
Yang paling aku sedih, adik aku boleh je senang-senang cakap "ada je benda aku nak beli" lebih kurang begitu la. Kalau aku beli maksudnya, aku ada duit, ada budget aku dah setkan untuk beli. Bukan main belasah je beli.
Aku sedar diri, gaji kecil, orang pandang hina (ada la sebab kenapa aku cakap camtu). Ikut hati nak je aku cerita macam-macam lagi . Tapi tak mengapa la...biar la aku dengan ALLAH je tahu.
Yang paling aku sedih, adik aku boleh je senang-senang cakap "ada je benda aku nak beli" lebih kurang begitu la. Kalau aku beli maksudnya, aku ada duit, ada budget aku dah setkan untuk beli. Bukan main belasah je beli.
Aku sedar diri, gaji kecil, orang pandang hina (ada la sebab kenapa aku cakap camtu). Ikut hati nak je aku cerita macam-macam lagi . Tapi tak mengapa la...biar la aku dengan ALLAH je tahu.
Syukur Alhamdulillah setelah banyak interview aku pergi, aku dapat juga kerja tetap dengan gaji yang lebih berpatutan. (kalau korang nak tahu pengalaman interview atau apa aku kerja sebelum ni kat sini tau kerja 1, kerja 2 ).
Comments
Post a Comment
Boleh komen disini. Hehe