Pilu hati



I'm back again. Ok sambung cerita semalam. Kehidupan aku biasa saja. Sama seperti orang kebanyakan. Aku tergolong dalam golongan miskin bandar. Kehidupan aku alhamdulillah ok mungkin kerana aku tinggal bersama keluarga. Jika tidak mungkin aku kena bayar sewa rumah.

Gaji aku cukup untuk aku sahaja ini kerana aku belajar part time. Nak bayar duit yuran belajar. Bayar hutang belajar MARA lagi. Bagi duit kat mak sikit. Tinggal bape je untuk aku.

Aku juga tengah struggle dengan diri sendiri, iman banyak turun. And of course perangai gangster aku datang balik. Hei ingat senang ke nak hilangkan gangster aku. Baju je muslimah tapi perangai gangster. Ape citer?? 😓.

Perangai gangster+ nafsu marah. Nampak sangat macam bertambah teruk kan. Aku sedar. Seperti yang penah aku cerita pada post-post yang lepas-lepas, environment tempat kerja yang menerukkan lagi keadaan aku. Aku sekarang tengah gigih mencari kerja lain.

Tolong doakan juga aku dapat kerja lain dan dapat mengubah diri aku semula.

Gangster ni teruk sebab dah effect percakapan aku especially. Korang tahu kan orang gangster ni cakap kasar sikit hmm macam kasar banyak je. siapa tak biasa memang akan sentap.

Tak dapat nak control dah mulut aku ni. Orang cakap mulut laser. Masa driving pun nak berkata kasar especially kalau orang tu tak signal ke tiba-tiba masuk lane ke. Laju je mulut aku ni. Alhamdulillah aku takde bercakap perkataan yang mencarut lagi kalau ada pun just omg, s**** . Itu je.

Dulu takde pun camni sekarang makin menjadi-jadi. Susah nak lawan nafsu dalam diri sendiri. Alhamdulillah ALLAH beri kesedaran dalam hati dan diri aku. Cumanya susah nak lawan.

Aku tak cakap aku baik, tapi kadangkala kat ofis malas nak bergaul dengan ofismate sebab mesti aku akan mengumpat pasal majikan. Memang tak dinafikan majikan aku memang zalim. Mana aku nak tahan diri dari mengumpat pasal majikan.

Aku rasa sebab tu hati aku bertambah gelap kot. Kadang aku lebih suka diam sebab tak nak aku cakap benda bukan-bukan. Bila aku buat camtu orang anggap aku macam tengah marah pulak diam je.

Padahal aku tak nak cakap merapu. Aku tak nak tunjuk kononnya budget alim mengaji depan orang ke apa. Dok berzikir ke apa ke. Disaat aku nak berhijrah, ALLAH datangkan ujian sebegini pada aku. Iman aku masih lemah dan rapuh lagi.

Manusia selalu anggap orang yang pakai tudung labuh baju longgar semua alim-alim nak jadi ustaz-ustazah. Padahal aku tengah didik diri aku. Ilmu agama aku tahu sikit sangat, orang tanya aku tak tahu nak jawab. Setakat yang biasa tahu la. Diaorang ingat aku tahu semua tu. Maaf. Aku tak tahu. Aku budak baru nak belajar.

Jika dulu kau tanya aku masa aku sekolah menengah mungkin aku masih ingat sebab aku ambik subjek Al-Quran dan As-Sunnah juga pengajian syariah islamiah. Tapi sekarang umur aku dah lanjut nak masuk 30an dah pun. Mana nak ingat semua tu. Sikit sangat yang aku ingat.

Aku teringin nak pergi belajar kat pondok ke apa pasal ilmu agama tapi nak yang free atau bayaran murah dan dekat dengan rumah senang aku nak pergi jimat minyak+tol. Sebab tak mampu nak bayar mahal-mahal.

Tapi aku tak tahu kat mana nak timba ilmu. Aku tahu aku kena berkawan dengan orang yang baik akhlaknya supaya aku juga ikut sama. Belum ada rezeki dapat kawan begitu lagi buat masa ini.

Lupa nak cerita kereta yang aku selalu drive pergi kerja dah bocor ade lubang-lubang. Apabila hujan lebat masuk air habis basah tempat duduk. Terpaksa aku alas dengan plastik kalau tak habis basah seluar. Lagi sedih nak masuk ke kiri atau ke kanan air tu akan turun kena aku yang tengah drive.

Hati aku sedih sangat. Hmm bila aku tumpang kreta kawan. Tengok kereta orang cantik-cantik aku terasa sangat. Bukan tak bersyukur. Aku bersyukur masih punyai kereta untuk pergi ke sana dan kesini walaupun keadaannya begitu. Aku juga tidak ada duit lebih untuk membetulkan kereta tu. Tambahan pula itu kereta parent aku. Aku sekadar menumpang je.

Aku dah bagitau pada parent tapi nak buat bagaimana lagi. Tapi memang sedih sangat sampai kadangkala menitis juga air mata. Sebab rasa diri susah sangat. Kereta pun camni. Tambah dengan bau bangkai dalam kereta.

Hari cuti iaitu ahad aku pergi cari dimanakah bau itu, rupanya dalam aircond. Siap ada ulat sampah lagi kat tempat passenger sebelah driver. Aku terpaksa kutip dari arah seat driver sebab pintu sebelah sana rosak, tak boleh buka. Punyalah lama dalam 45 minit aku kutip sekor sekor ulat tu. Aku guna penyepit kertas. Sedih sangat. Nak kutip sekor sekor penat tau bau lagi. Hanya ALLAH je tau.

Nak dekat sebulan aku bawak kereta yang bau bangkai tu. Bukan tak bagitahu pada parent. Berbuih mulut aku bagitahu tapi apakan daya tiada tindakan. Sehingga lah pada suatu hari itu, masa aku balik kerja banyak lalat dalam kereta. Aku syaki ulat sampah tu mungkin dah besar jadi lalat ataupun lalat dari luar masuk.

Aku terpaksa la hapuskan lalat tu dulu. Korang nak tahu tak aku pergi kerja dengan ayah aku. Dia duduk seat belakang sebab kan pintu depan tu rosak. Dia tak bau sangat sebab dia duduk belakang. Bau tu kuat kat depan. Yang aku peliknya hidung dia tu tak bau ke. Mungkin sebab dia asyik sibuk bau asap rokok. Mungkin.

Bayangkanlah sebulan weh kau drive kreta bau bangkai. Lepas dah ada lalat tu keluar barulah ayah aku nak ambik tindakan. Pergi servis aircond tu.

Alhamdulillah sekarang dah ok. Tambah letak pewangi sikit kat bahagian aircond tu. Tapi sepanjang tempoh tu memang aku sedih. Hati aku pedih pilu, tapi aku tahu ALLAH uji aku sebab sayang aku. Aku sedih sebab rasa miskin sangat aku ni terpaksa menumpang orang terpaksa menunggu orang lain tolong. Aku tak banyak duit nak bawak pergi bengkel.

Aku dapat rasa macam mana orang susah rasa. Perasaan orang miskin. Hanya ALLAH yang tahu. Tapi aku fikir positif.

Mungkin nanti ALLAH nak hadiahkan aku kereta baru. ALLAH nak bagi suami soleh beriman berilmu pandai ngaji + kaya. Keluarga mentua sayang aku seadanya aku dengan penyakit ekzema aku semua. ALLAH nak bagi aku kerja baru yang menjamin masa depan gaji banyak. Aku positifkan diri selalu. Aku pujuk hati aku yang sedih ni. Insya ALLAH kalau ALLAH cakap ''kun fa ya kun" mana kita nak tahu kan. Kena baik sangka dengan ALLAH.

Haa berjela aku taip kat handphone ni. Korang jangan lupa doakan aku sekali tau. Terima kasih.

Jazakallahukhayr.

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z