Bila dah kerja
Aku sebenarnya masih disini. Cuma agak sukar untuk aku mengupdate blog selalu. Kalian tahu bukan bahawa laptopku sudah lama musnah.
Aku teringin sangat menulis dengan lebih kerap disini . Lama aku pendam. Aku tak boleh simpan lama-lama nanti jadi nanah dalam hati. Tak tenang jadinya. Bukan aku tak luah pada Tuhan. Aku dah luahkan. Aku ingin juga luahkan melalui penulisan.
Walaupun penulisan aku tidak "smooth" seperti dulu. Aku tetap mahu menulis. Semenjak kesihatan mental kerap diketengahkan sekarang. So aku tahu aku sebenarnya depress tapi tak teruk macam orang lain. Baru aku tahu kalau kita dulu minat sangat buat sesuatu benda tu tiba-tiba kita rasa macam tak rasa nak buat lagi dah benda tu. Itu semua rupanya depress. Now i know. Actually aku tahu lama dah cuma baru nak tulis.
Patut la semenjak kejadian 2 tahun dulu tu aku dah start tak rasa nak buat benda yang aku minat sangat iaitu baking. Tahun lepas aku paksa diri aku, itu pun sebab aku nak menyara diri aku buat sementara waktu. I force myself. But now bila dah kerja.. benda tu masih wujud lagi. Aku dah tak baking semenjak kerja. Tambahan kerja aku memenatkan. Kerja bahagian store delivery.
Sambung taip balik..dah lama pending.. kat atas tu aku tulis sebulan-dua lepas. Aku akan taip perlahan- lahan.
Alhamdulillah.. aku masih bekerja. Bukan aku tak bersyukur kerjaku sekarang cuma setelah lama aku bekerja disana banyak benda yang tersembunyi aku tahu.
Kebajikan pekerja di abaikan. Elaun tiada bonus tiada kecuali kalau kau dah bekerja 5 tahun lebih disitu. Cuti pun kalau kau dah permanent diberi 8 hari setahun memang ikut akta employment act 1955. Aku siap baca sebab nak tengok betul ke majikan ikut ke dia tipu. Memang betul rupanya.
Paling aku sedih majikan sering memperlekehkan pekerja stor. Selalu menyalahkan pekerja stor jika ada apa-apa berlaku. Padahal bukan bidang kerja stor pun. Memang itu bahagian admin. Siap cakap macam-macam.
Cuti beranak pun tiada. Kalau kau cuti memang tiada gaji. Ko cuti patah tangan pun takde gaji. Kesian pekerja senior disitu. Yang kaki ampu ok la. Hidup ok la kau kat situ.
Katanya medical boleh claim tapi tak pon. Ramai dah kena.
Maaf aku tak cerita details sangat.
Lepas aku dah tengok depan mata aku sendiri dengar sendiri terus aku berfikir panjang aku tidak mahu bekerja lama disitu.
Aku perlu bertukar kerjaya. Kerja situ ok cumanya tiada kebajikan pada pekerja. Cuti juga sukar untuk diberi.
Aku harap sangat dapat kerja lain yang boleh menjamin masa depan. Kalau boleh gaji lebih sikit. Gaji aku sekarang cukup makan untuk diri sendiri je. Itu pun kena jimat cermat.
Ikut hati nak cerita pasal kehidupan aku pula.. sambung part 2 esok. Insya ALLAH.. kalau tak esok tunggu je la 😂.
Assalamualaikum. Selamat menjalani ibadah puasa 2018.
Comments
Post a Comment
Boleh komen disini. Hehe