Puaka mulut seorang perempuan
Assalammualaikum readers, hai apa khabar? aku nak cerita kisah tempat kerja aku lagi. kan post lepas-lepas aku cakap office mate aku mostly fake kan memang dah sah. Aku pun dah kena. Petang tadi pukul 4.35 petang kami iaitu aku dah seorang lagi kawan dipanggil oleh datin berkenaan kerja. Selesai perbincangan berkenaan kami diberi gaji. Gaji aku diberi secara tunai atau omputih kata CASH. Sebab aku tahu mesti akan ada masalah kalau diberi secara transfer. Dan memang betul pun , hari ni tadi datin tu cakap aku tak hadir 2 setengah hari. Aku cakap la aku tak datang satu hari je. Rupanya 1/2 day berkenaan adalah pada bulan lepas 30 hb october , aku pergi check up gigi sebab aku buat minor operation pada gigi bongsu bawah. Dipendekkan cerita pastu datin tu pun bagi semula duit aku. Masa tu aku tak ingat lagi aku tak 1/2 day hari tu, aku tanya trusted friend aku, die cakap takde. Pastu ade akak akak ni cakap aku tak datang ari jumaat. Aku geram weh aku ngamuk ...