Puaka mulut seorang perempuan
Assalammualaikum readers,
hai apa khabar?
aku nak cerita kisah tempat kerja aku lagi. kan post lepas-lepas aku cakap office mate aku mostly fake kan memang dah sah. Aku pun dah kena.
Petang tadi pukul 4.35 petang kami iaitu aku dah seorang lagi kawan dipanggil oleh datin berkenaan kerja. Selesai perbincangan berkenaan kami diberi gaji. Gaji aku diberi secara tunai atau omputih kata CASH. Sebab aku tahu mesti akan ada masalah kalau diberi secara transfer.
Dan memang betul pun , hari ni tadi datin tu cakap aku tak hadir 2 setengah hari. Aku cakap la aku tak datang satu hari je. Rupanya 1/2 day berkenaan adalah pada bulan lepas 30 hb october , aku pergi check up gigi sebab aku buat minor operation pada gigi bongsu bawah.
Dipendekkan cerita pastu datin tu pun bagi semula duit aku.
Masa tu aku tak ingat lagi aku tak 1/2 day hari tu, aku tanya trusted friend aku, die cakap takde. Pastu ade akak akak ni cakap aku tak datang ari jumaat. Aku geram weh aku ngamuk kat situ jugak. Actually aku bukan geram pasal ni je ada lagi masalah yang terpendam (masalah kerja tau) aku bawak emosi die sekali.
Aku tumbuk meja tu weh. Aku geram betul tu.
AKU GERAM DENGAN FAKENESS MEREKA.
MEREKA YANG MENGADU DOMBA.
MEREKA YANG BATU API.
Aku geram dengan ade sorang dua akak fake ni. Macam haram betul perangai. DEPAN kita kemain pijak semut pun tak mati belakang kaw-kaw kutuk orang itu ini.
Orang yang buat baik tambah closed friend dengan dieorang pun dieorang kutuk itu ini depan aku cakap macam-macam. Aku bukan apa malas nak ambik tahu tapi nak buat camne dah terjebak kancah permainan haram jadah ni.
TAK DINAFIKAN DOSA AKU PUN BERTAMBAH SEMENJAK KERJA SINI. DOSA MENGUMPAT.
Dok ngumpat si janda la pastu orang tu la ini la punya perangai, kalau tak ngumpat pun aku dengar dan gelak, tu tak terjebak namanya. TERJEBAK BERDOSA.
Leader umpatan itu ialah sorang akak fake ni. Sekarang baru aku tahu itupun setelah ade sorang akak trusted friend aku kena akibat mulut puaka die tu. Akak tu dah berhenti dan selamat dah dapat kerja tempat lain.
Mungkin ALLAH dah bagi aku green light its time untuk aku blah dari tempat ini. Selama ni aku bertahan first sebab aku tak dapat kerja tempat lain. second aku rasa walaupun dieorang fake tapi ok la jugak . sebab aku tak tahu lagi perangai sebenar dieorang. Third sebab aku tak sungguh-sungguh apply sana sini sebab takut kena reject. Resume aku semua tak sampai setahun kerja dah blah. Jadi aku nak kasi resume aku cantik kerja setahun kononnya.
korang nak tahu lepas aku tumbuk tu aku cuba kawal perasan amarah aku yang membuak-buak. Akhinya perasaan sayu dan sedih pulak yang muncul. AKU SEDIH AKU KERJA BUKAN MAIN LAGI MEREKA SENANG JE CAKAP KAT DATIN AKU TAK DATANG LA. entah apa lagi yang mereka cerita aku tak pasti. Ni mesti mulut puaka tu. Aku hampir menangis depan mereka tapi aku sempat blah dari situ pergi ke ofis depan menunggu waktu balik lagi 4 minit nak pukul 5.
Lagi seminit nak pukul 5 aku dah pegang beg dan gerak laju. Kalau boleh aku tak nak tengok muka fake haram semua tu. alhamdulillah aku berjaya balik awal. Aku jalan kaki dengan lajunya.
Sepanjang perjalanan aku, pipi aku dibasahi air mata. Air mata perasaan seorang yang teraniya. Aku sedih sangat aku tak kacau hidup orang pun kenapa mereka nak dengki dengan aku. Aku sedih. Aku doa pada ALLAH berikan aku kerja baru yang lebih baik. Aku tak faham dengan seorang kaki kencing sorang kaki hmmm tak usah cakap la.
Aku penat nak hadap diorang setiap hari. Cukup la. Esok aku tak nak cakap langsung dengan mereka melainkan hal kerja.
Mereka pun dah tahu banyak pasal aku. Cukup la. Its end here.
TOLONG DOAKAN AKU TAU. TERIMA KASIH KORANG.
-hanna-
Comments
Post a Comment
Boleh komen disini. Hehe