AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR SAKIT
Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit spiritual dan fizikal. Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya. PENGASAS - Pengasas perubatan ini adalah Saidina Abu Bakar (ra). Perubatan dengan menggunakan ayat-ayat Quran sebagai penawar ini sangat mashyur semasa di zaman kegemilangan Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad (SAW). Tetapi setelah sekian lama, ramai umat Islam kurang yakin akan hikmah dan mujizat Al Quran sebagai penawar kepada segala penyakit. AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR - Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang...