Semangat yang hilang / Faded spirit
اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Baru aku faham kenapa aku dah tak buat kek atau apa-apa aktiviti berkenaan 'baking' lagi. Semenjak kejadian itu berlaku, cinta di hati aku hilang, semangat aku pun hilang. (nak tahu lebih lanjut boleh baca sini- aku masih disini ) Hari itu ada aku buat kek tapi tidak sesedap dulu. Aku juga suka membuat eksperimen dalam semua aktiviti membuat kek, sebab aku nak cari resipi aku sendiri. Ada juga satu lagi eksperimen yang aku buat tapi sehingga kini tertangguh. Aku seperti tiada mood langsung. Tidak seperti dulu. Rasa nak buat kek je terus aku buat tanpa ada halangan yang mengganggu. Tadi aku menonton cerita bertajuk Inikah Cinta di TV3 yang disiarkan 6.58 setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dalam cerita tu, perempuan yang bernama Ros tu sudah tiada semangat untuk meneruskan aktiviti eksperimen membuat 'perfume' kerana cinta di hatinya hilang. Lelaki bernama Muammar itulah semangatnya. Ba...