Aku tanya apa khabar? (^_^)
اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
hai kalian semua,
apa khabar? harap semuanya dalam keadaan sejahtera belaka. Jika hari ini kalian bersenang-senang bersyukurlah ye. (^_^)
Maaf jika aku tidak update post selalu seperti dahulu, ini adalah kerana kerjaku sekarang tersangatlah sibuk. Cause i have to finish the work by today, like english proverb saying " by hook or by crook" kena siapkan jugak no matter what.
Minggu-minggu yang lepas aku tak buat lagi kerja yang sebenar sebab tunggu orang yang nak berhenti tu berhenti (jap ayat apa aku cakap ni..). Tapi harap korang faham la. Minggu lepas aku just buat filing je.
Kerja aku mostly kena scan all the folder of patient into the system (banyak tahap dewa). Apart from answered call and meeting patient/agent insurance/doctor and even key in infectious disease case to KKM.
Ni pon baru 2 hari aku buat kerja tu dah rasa macam ya ALLAH.. (maybe juga sebab aku baru lagi, tak berapa reti lagi tu yang buat kerja terkial-kial)
Aku kalau buat kerja nak siapkan by today memang aku fokus tahap dewa punya dan takde masa nak makan, minum, except waktu lunch maybe. Even nak minum pon boleh lupa, menggila punya busy aku.
Tambahan pula ofis aku di basement memang line telefon sangat sukar untuk didapati. Kalau kerja aku dulu boleh rilek-rileks lagi makan, minum sesuka hati. Ni aku sendiri serius tiada masa. Masa untuk diri sendiri pon tiada.
Sampai aku terfikir bagaimana la kakak yang kerja dulu tu buat kerja dengan pantas, siap ada masa lagi makan, minum. Yela dah lama kerja kan mesti dah mahir kan?. Harap aku dapat jadi pantas macam kakak tu buat kerja.
Insya ALLAH.
Doakan aku elok-elok kerja tau korang semua, Doakan aku diberikan kesabaran dan ketabahan dalam melakukan kerja.
(p/s: Dah la ari sabtu kerja halfday. Aku dah takde life sekarang. Life aku banyak tertumpu pergi kerja dan balik kerja je. Pagi aku bangun pukul 5. Pastu siap-siap, panaskan lauk, goreng apa yang patut bawak bekal untuk makan di ofis. Pukul 6.30 pagi aku bertolak atau 6.40 macam tu. Bagi aku biar sampai awal jangan lambat. Kalau awal lepak dalam kereta takpon tido dalam kereta.hehe. Balik kerja pun lewat dah nak dekat maghrib atau dah maghrib. Tido awal dalam around 10.30 pm. Itulah aktiviti aku setiap ari kecuali ari bercuti. Takde life kan? Nak layan laman sosial pon malas dah.)
Comments
Post a Comment
Boleh komen disini. Hehe