Buta mata belum tentu buta hati




اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Apa khabar you alls?? hihihi

Aku alhamdulillah baik..sihat je..

kali ni aku nak cerita sedikit mengenai orang buta. 

Ceritanya begini, di tempat kerja aku ada seorang hamba ALLAH ni orang istimewa, dia buta. 

Masa mula-mula aku kerja situ aku macam pelik tau " dia keje apa ea kat hospital ni??". Sebabnya aku tak pernah nampak mana dia kerja atau apa kerja dia buat. 

Dah dua bulan aku kerja baru aku tahu apa kerja dia. Dia bekerja sebagai Operator telefon. Itu pon setelah aku tanya senior aku dia kerja apa. Baru aku tahu orang yang bercakap dengan aku tu adalah orang buta. 

Nama dia aku tahu Imran je.

Aku kalau nak telefon pesakit kena telefon melalui operator tak boleh direct call. Suara dia serius sedap macam suara orang yang biasa-biasa. Macam suara lelaki macho gitu. Bagi aku la, tak tau la korang.

Maaflah aku ni tak pernah ada kawan yang buta. Jadi aku tak tahu macam mana mereka secara dekat. Rupa-rupanya mereka sama sahaja seperti kita ada kaki ada tangan, suara pon sedap, cuma mata sahaja yang buta. 

Setiap kali aku telefon kena bagitahu aku ni siapa dan dari department mana, yang paling best sekali dia tanya apa tau:

"Kenapa suara Hanna lain?"

"lain?? ha.. hmm.. " itu je aku jawab masa first dia tanya sebab aku macam pelik sangat, camne die tau suara aku lain sikit ni. Tambahan sebab dia lelaki kot jadi aku macam pelik berganda-ganda la, segan pon ada.

Masa tu aku maybe nak dekat sakit tekak, tapi belum sakit tekak pon, maybe jugak aku macam takde mood sangat, tak tahu la nape, jadi aku rasa maybe sebab tu effect suara ke tak tau la.

Aku pun tanya senior aku, senior aku cakap "aah, dia dapat detect kalau suara kita lain macam batuk-batuk ke, camtu la". Baru aku faham.

Semalam dia borak-borak dengan aku dalam telefon, siap cakap ".........., oh ni ke hanna..... ". Yelah aku kan baru kerja situ maybe dia baru nak kenal aku kot kan siapa Hanna dalam department yang aku kerja tu.

Aku pun dah lepas borak-borak tu baru la ok sikit jawab soalan dia, biasa la aku ni kan sikap negatif masih ada.. haha.. Lelaki kan... hahaha


Then kali kedua dia tanya arini:-

Imran: "Kenapa suara Hanna lain?"

Aku: "Saya sakit tekak"

Imran: "oh patut la, musim sakit sekarang ni kan"

Aku: "aah tu la"


Aku macam terharu sangat bila dia tanya macam tu, tak tahu la kenapa, rasa macam dia prihatin je kat aku. Yelah aku kan tak ramai kawan. Tiba-tiba ada orang tanya kenapa suara lain, kawan baik aku atau family aku sendiri pun tak dapat detect aku sakit tekak tau. Aku pon tak cerita kat orang lain aku sakit tekak.

Ikut hati aku nak je aku cerita kat Imran tu, tekak aku sakit macam nak berdarah je rasa. Tapi hmm takpe la..

Senior aku penah cerita dia dapat tahu hati orang. Ada la seorang ni nak beli sesuatu tapi tak cakap pon nak beli benda tu, tapi si Imran tahu, siap cakap lagi "awak nak beli donut kan".

Semuanya ni membuatkan aku terfikir, kita yang tak buta ni belum tentu celik hati. Dan pelbagai lagi membuatkan aku berfikir, paling penting aku bersyukur aku dapat lihat.

Walaupun dia buta tapi ability dia, telinga dia sharp, siap boleh kenal suara orang dan kalau suara tu lain dia tahu. Bagi aku hebat sungguh la dah macam ninja.. hehehe



Celik hati yang aku cerita atas tu maksud aku ialah dapat baca dengan mata hati. Bukan just nampak depan mata pastu assume camtu je. Tapi fikir kenapa benda tu jadi camtu, mesti ada sebab. Aku pon tak reti nak explain camne. Dalam motivasi Prof Muhaya ada selalu cakap.

(p/s: Aku tak pernah pun tegur dia depan-depan. Biasa la aku ni kan pemalu terlebih, walaupun dia tak nampak tapi hmm takpe nanti lepas ni insya ALLAH aku tegur.)

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z