Kawan ada tiada..survival mode

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak dedahkan rahsia macam mana aku survive walaupun tanpa kawan disisi.


1. ALLAH
Aku survive sebab ALLAH sayang aku. Alhamdulillah dengan rahmat kasih sayang dari-Nya aku dapat hidup berdikari tidak bergantung hanya dengan kawan sahaja. Aku sedar aku masih punya Tuhan walaupun tiada orang disisi aku. Itu yang buat aku kuat untuk hidup dalam dunia yang penuh cabaran ni.

Biarlah sejuta manusia benci kau, asalkan ALLAH tak benci kau. Itu prinsip hidup aku. Insya ALLAH..

2. Aku masih punya keluarga
Aku selalu cerita dengan adik aku.. Aku rasa aku cerita dengan dia je walaupun dia tak nak dengar aku cerita jugak. Hahahha.. kalo kat luar aku pendam je.. balik pot pet..pot pet.. haa itulah aku😂

3. Aku dah biasa hidup tak banyak kawan
Bagi aku keluarga akulah kawan aku. Sedara mara yang rapat itulah kawan sebenar aku. Yang lain cuma sekadar di pinggiran tapi ada juga yang ok cuma biasa la manusia.

Termasuklah kawan baik aku. Sebabnya semenjak dia dah berumahtangga dia langsung tak ingat kat aku. Bercerita pun tidak..  bagi aku la " aku ni kawan baik ko, aku sepatutnya tahu apa masalah suka duka kau, tapi kau tak pernah nak cerita kat aku". Aku tak nak tahu pun cerita dalam kelambu ke apa.. tapi cerita pasal kehidupan kita masing-masing.

Come on lah. Semua kawan aku yang dah berumahtangga semua lupakan aku. Time susah.. datang kat aku.. time bahagia langsung aku dilupakan. Aku bukan apa at least tanya la aku apa khabar. How's life? ke.. haram nak tanya. Kalau aku tak mesej tanya takde la mereka nak tanya aku.

Pasal benda-benda macam ni la aku malas nak ada kawan. Kawan ke kalau macam tu. Kalau susah baru nak cari hmm.. aku ok je boleh tolong insya ALLAH.. tengok pada keadaan juga walaupun hati aku sakit.

4. Aku susah nak percaya orang
Tak kisah la kau laki ke perempuan ke.. Nanti sat lagi dia tikam aku dari belakang. Depan aku punyalah baik, tapi cakap belakang especially perempuan la. Perempuan kan suka mengumpat. Nanti bila kita cerita kat dia, dia pergi cerita kat orang lain. Tapi aku akui la kawan laki ok lagi dari kawan perempuan. Laki dia kurang nak jaja cerita orang lain. Aku rasa la..

5. Aku suka bersendirian
Aku rasa baik aku sendiri daripada berkawan dengan orang yang salah. Buat hal sendiri. Tidak menganggu hidup orang lain. Kalau kita bersendirian kita akan lebih muhasabah diri. Ingat pada pencipta. Aku akui kadangkala terasa juga sunyi tapi aku ingatkan diri sangka baik dengan ALLAH. Tambahan pula aku ni memang tidak reti bersosial dengan manusia. Tak tahu mengapa. Kadang aku tak reti nak buat reaksi apa kalau orang tu buat atau cakap macam tu.  Bila aku tengok orang lain buat reaksi macam tu atau cakap macam tu baru aku tahu how to react to that situation.

6. Pengalaman hidup
Aku pernah cerita dulu kan masa sekolah form 1 aku ada masuk asrama kena buli. Satu dorm tu tak nak kawan dengan aku. Aku dipulaukan sebab dieorang tak suka cara aku. Ada je salah. Aku tak pernah sekali pun melawan. Selalu air mata aku menitis bersendirian. Cuma sorang  je yang ok. Disebabkan itu, aku dah biasa sorang. Bagi aku lantak mereka la nak benci aku ke apa ke.

Form berapa ntah baru aku ada kawan. Tak silap form 2 ke form 3. Cerita nya bermula begini. Nama budak tu Najwa. Dia dok gaduh dengan kawan dia wani. Pastu dia cakap kat aku lebih kurang macam ni la "mesti best kan takde kawan, takde nak susahkan diri..pening kepala" . Aku jawab apa aku tak ingat. Aku rasa aku jawab aku dah biasa kot.

Ending dia aku jadi kawan baik dengan Najwa dan Wani tu.  Masa tu famous komik 18 ape ntah tak ingat. Yang ada budak gangster 3 orang tu. Ha kitaorang lebih kurang cam tu la. Aku lah ketua gangster tu. 😅😅.

7. Hidup dengan berprinsip
Jangan kita ubah prinsip hidup kita, cara hidup kita hanya disebabkan kawan. Kalau kearah kebaikan takpe. Jangan terlalu ikut sangat dengan orang.

Buat masa ini itu je la cara aku.. aku tahu ada orang tak boleh hidup kalau takde kawan.  Nanti aku cerita bab lain pula ye..

Ok tata titi.. jaga mulut jaga hati jaga akhlak 😁. Sama-samalah kita ya..

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z